Cuti - Cuti Malaysia Melawat Kelantan - Syahirah Valiant

November 23, 2017

Cuti - Cuti Malaysia Melawat Kelantan

Cuti - Cuti Malaysia Melawat Kelantan | Cuti sekolah dah semakin tiba. Mesti ibu ayah tengah planning nak bawa anak-anak bercuti dekat mana kan. Tak kira lah dalam negara atau luar negara. Yang pastinya, pihak penerbangan pun ada yang buat sales seat. Hehehe. Dan salah satunya parents Nurul lah terlibat sama beli tiket tengah murah.

Tapi tiket murah selalunya bukan time cuti sekolah la. Adik-adik Nurul pun terpaksa lah ponteng. Hahaha. Tapi takpe, sebab dah nak habis sekolah da pun. Masing-masing pun dah tak belajar. Pergi sekolah untuk borak-borak je. Mungkin ada juga yang cikgu-cikgu buatkan aktiviti untuk anak murid.

Dan percutian pilihan Nurul sekeluarga tahun ni adalah ke Kelantan. Hehehe. Pergi Kelantan naik flight tau. Punya lah malas abah nak drive 10 jam tu ke sana. Memang Nurul pun, akan sanggup naik flight daripada drive sendiri. Memang tak dan nak jalan-jalan sebab perjalanan yang sangat jauh.

Image result for cuti-cuti kelantan

Bila dah sampai dekat Kelantan tu, cepat-cepat Nurul whatsapp kawan kolej Nurul tanya dekat mana tempat yang best. Tak kira la tempat shopping ke atau sekadar melawat. Hahaha. Dia siap cakap dekat Kelantan bukan ada apa pun. Memang lah bagi dia takde apa-apa sebab memang itu tempat lahirnya. Kita ni yang excited sebab baru first time sampai. Hehehe.

Tak banyak sangat tempat yang Nurul sempat pergi sebab bercuti cuma 3 hari je. Masing-masing pun penat. Sampai homestay terus tidur. Hahaha. Jarang sangat tidur pukul 9 tau. Tu memang penat tahap maksimum la ^^

Image result for homestay kayumas

Image result for homestay kayumas

Nurul dan keluarga ambil keputusan untuk menginap di Kayumas Homestay dekat Kota Bharu. Memang kawasan perkampungan tapi line handphone tetap ada tau. Hahaha. Itu yang dipentingnya. Firstly sampai je homestay ni, Nurul suka sangat dengan suasana homestay. Tak menakutkan. Hahaha. Nurul tak suka bercuti kalau tempat penginapan tu menyeramkan. Nak tidur pun tak tenang :p

Memandangkan hari yang kitaorang bercuti tu bukan cuti sekolah, maka cuma kami sekeluarga je lah yang menginap dekat situ. Riuh rendah dengan suara kitaorang je. Hehehe. Bilik yang disediakan pun sangat bersih dan teratur. Yang paling penting kitaorang memang selesa sangat. ^^




A post shared by BLOGGER | INFLUENCER | REVIEW (@_nrlsyhirh) on

Nurul ni memang lah agak kuat selfie juga. Hahaha. Nasib baik adik-adik pun jenis melayan. ^^ So sebelum kita fly, kita selfie-selfie dulu sebagai kenangan. Sebab belum tentu kita akan dapat moment-moment macam ni lagi kan ^^



A post shared by BLOGGER | INFLUENCER | REVIEW (@_nrlsyhirh) on

Dan Nurul memang suka giler dengan pantai tau ! Asal nampak pantai je memang Nurul yang meluru ke sana. Hehehe. Ciptaan Allah yang sangat indah.

Jadi, kitaorang pun sempat lah juga singgah ke Pantai Cahaya Bulan. Orang kata makanan dekat sana sedap-sedap. Dan yes ! Memang sedap walaupun harga yang mahal. Biasa lah kan. Kalau tempat yang menjadi tumpuan, memang agak mahal. Dan kecewanya, Nurul ingatkan pantai ni boleh mandi-mandi. Rupanya tak. Sekadar untuk lepak-lepak je. Tu la. Tak buat research lagi. Hehehe.


A post shared by BLOGGER | INFLUENCER | REVIEW (@_nrlsyhirh) on


Dan kitaorang pun sempat juga singgah ke Pantai Senok. Lagi sekali kecewa ~ Hahaha. Pantai memang tak boleh mandi. Ombak yang sangat kuat. Then kitaorang pun hanyalah photoshoot dan lepak-lepak je ^^


Bukan setakat pantai je kitaorang pergi. Sempat juga la singgah dan shopping dekat Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bazaar Tok Guru. Yang paling penting, kitaorang dekat sana asyik makan je. Hahaha. Nurul la terutamanya. Habis la. Makin gemuk la kita ni :p

Sebab Nurul suka makanan Kelantan. Sedap dan tak pedas sangat. Laksam dengan Nasi Kerabu diaorang memang terbaik ! Hahaha. Siap suruh ibu belajar buat lagi. Padahal Nurul la kena buat kan. Hehehe :D


A post shared by BLOGGER | INFLUENCER | REVIEW (@_nrlsyhirh) on

Yeahhh ! Siap shopping dah ~ Hahaha. Hantu shopping betul Nurul ni. :p
Dan benda yang Nurul excited adalah Nurul dapat tengok Thailand seberang Kelantan. Hahaha. Sebab dekat Rantau Panjang memang pintu untuk masuk ke Thailand. Berpeluang juga tengok Sungai Golok tu. Tengok dalam waze pun memang sebelah-sebelah je Thailand tu ^^ Adik Nurul siap tak percaya lagi tu Thailand. 

Hehehe. Lepas dia nampak bendera Thailand tu, baru lah dia percaya. Haru betul adik Nurul sorang tu :p

Memang best sangat melawat Negeri orang tau. Banyak yang kita tahu. Nurul pun baru tahu signboard dekat Kelantan semua ada bahasa jawi. Unik kan? ^^ Jadi, jelajah lah negeri orang. Memang kita akan belajar dan tahu banyak benda ^^


10 comments:

  1. setakat ni kelantan belum dalam list sha, idk why haha tapi pantai tu!!! terus rasa nak pergi

    ReplyDelete
  2. itu la uniknya kelantan tulisan jawi hihihihi.. nak kena balik kelantan pulak ni hahahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu kak.. keunikan kelantan tulisan jawi tu.. ^^

      Delete
  3. wah..best nya jalan-jalan....lawa juga homestay dia..kenapa tak tembus jak masuk pi thailand?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak boleh.. passport takde ^^

      Delete
  4. Agaknya kalau pasport ada tu confirm pergi ke seberang hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mesti kak.. bukan selalu dapat kan ^^

      Delete
  5. Kelate x banyak tempat menarik tp syurga makanan n shopping!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. memang tempat makan dia best ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D