Cara Ukur Saiz Cincin Pasangan - Syahirah Valiant

November 23, 2017

Cara Ukur Saiz Cincin Pasangan

Cara Ukur Saiz Cincin Pasangan | Setiap jari berbeza saiznya. Sebab tu kita kena ukur dulu sebelum beli cincin. Nanti padah kalau tak muat kan. Hehehe. Kalau kita pergi dekat kedai-kedai, memang akan ukur dulu size kita macam mana.

Ni let say kalau korang nak buat suprise untuk pasangan korang. Kalau pakat tengok gitu je, kalau tepat saiznya takpe. Kalau salah, haaaa, macam mana? ^^ Hehehe. Sebab tu sekarang ni Nurul nak share dengan korang macam mana nak ukur size cincin pasangan korang. Kot-kot dapat membantu korang nanti dalam pemilihan cincin ^^

Image result for wedding rings
Pernah tak korang tengok lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin perempuan selain di jari manisnya? Nama pun jari manis kan, mestilah untuk lebih manis dengan sarungkan cincin di jari itu. Memang jarang sekarang ni kita nak tengok lelaki sarungkan cincin selain daripada jari manis.

Jadi, sangat penting untuk bakal pengantin di luar sana mengambil berat tentang cara ukur lilit jari bagi mengetahui size cincin yang sesuai. Mungkin ada yang berpendapat untuk terus je beli dekat kedai atau kata lain ukur je dekat kedai. Tapi, bukan ke lebih manis dan romantik kalau korang tahu saiz ukur lilit jari pasangan anda. Bukan apa, senang nanti korang nak buat suprise untuk dia ^^


Kalau dekat kedai emas, mereka mempunyai alat khas untuk mengukur saiz jari korang dan terus memberi jawapan tentang saiz cincin korang. Korang pun mesti tahu kan, setiap cincin mempunyai saiz yang berlainan. Jadi, dengan adanya alatan khas ni, korang cuma masukkan cincin tersebut ke dalam jari korang dan jeng ! Korang pun akan tahu saiz cincin yang tepat untuk korang.

Tapi sekarang ni Nurul nak share dengan korang macam mana nak ukur secara manual. Ni sesuai untuk korang ukur dekat rumah. Tak perlu ada alatan tersebut. Cara dan alat yang diperlukan pun sangat mudah tau ^^

Sediakan alatan seperti berikut :-

  • Kertas atau benang
  • Gunting
  • Pensil
  • Pembaris

Caranya :-

1. Tenangkan jari jemari anda. Gunting kertas korang lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula anggarkan sejengkal. Sama juga dengan benang. Gunting benang korang dengan anggaran sejengkal.

2. Ambil kerta atau benang yang korang gunting tadi, lilitkan di jari manis korang.

INFO TAMBAHAN : Ukurlah jari korang ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungkin berbeza jika korang membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari korang sewaktu masih basah.

3. Seterusnya, tandakan di mana-mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan korang. Tandakan dengan pensil korang.

4. Setelah korang tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas, letakkan sebaris pembari korang dan ukurkan benang atau kertas itu tadi. Pastikan ukuran korang dalam bentuk 'mm' ye ^^

5. Lepas dah siap, korang rujuk dekat gambar bawah ni ye ^^


Sangat mudah kan? Jadi, dah boleh lah korang ukur saiz cincin korang sekarang. Lelaki di luar sana yang nak suprisekan pasangan anda cincin, korang boleh lah ikut taktik ni ye. In Sha Allah, saiz akan sesuai kalau kita ukur betul-betul ^^




6 comments:

  1. Encik Tunang ukur macam ni la dulu sebab masa dia beli cincin kita tak ikut.

    ReplyDelete
  2. entri yang orang lelaki patut baca.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. gi tunjuk dekat husband akak :D

      Delete
  3. Oh kena ukur waktu siang yer, boleh lah ni untuk beli cincin baru pulak

    ReplyDelete
  4. Tak sempat ukur..terus beli je masa cri cincin..hehe..tu yg xtahu saiz ni..tq info

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D