Bagaimana Rasulullah Mengajar Cinta Dalam Islam? - Syahirah Valiant

November 30, 2017

Bagaimana Rasulullah Mengajar Cinta Dalam Islam?

Bagaimana Rasulullah Mengajar Cinta Dalam Islam? | Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada zaman ini. Lagi-lagi dalam kalangan remaja. Dengan adanya kemudahan teknologi perhubungan, mustahil sangat pemuda di zaman ini tidak bercinta walaupun sekurang-kurangnya hanya dengan ber-sms.

Bila seseorang tu cakap dia tidak bercinta, pada kita nampak mustahil kan? Tapi mungkin ada betulnya atau sekadar mahu menutup cerita. Ada sesetengah orang memang tak suka menghebohkan hubungan sendiri kerana baginya adalah sesuatu privasi.

Kali ni tajuk yang ingin dibincangkan adalah mengenai cinta di dalam Islam. Adakah kita, kaum muda memahami cinta yang dianjurkan di dalam Islam. Jom kita tengok ^^

Image result for islamic love

PENGERTIAN CINTA DALAM ISLAM

Cinta harus diungkapkan dengan baik dan betul sesuai dengan ukurannya. Jika kita tersilap langkah, ianya boleh merosakkan. Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara sehingga ianya boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.

Contohnya, kita tengok pada pasangan suami isteri ....

Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah. Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan. Semuanya bermula daripada kasih sayang.

Namun, terlalu kerap manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Seperti yang kita tahu, semua yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang tidak melihat ujian itu ada hikmah yang tersembunyi. Lebih-lebih lagi apabila seseorang manusia telah menggunakan egonya. 

Ego, akan membinasakan kita .....


Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempersoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya. Contohnya, ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya, kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin. Namun, mereka putus di tengah jalan. Cliche sangat kan. Tapi itu lah hakikat. Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke dalam kehidupan.

Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya. Anggap sahaja si dia bukan untuk awak. Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda dan pemudi selalu mendesak dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar keranan semuanya sudah diketahui dan terbuka. Tiada kemanisan dalam perhubungan selepas menikah.

Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.


BAGAIMANA RASULULLAH  MENGAJAR CINTA DALAM ISLAM?

Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Baginda selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan. Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi.

Rasulullah juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti "Kamu cantik hari ini."

Ekspresi ini walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ianya merupakan doa yang terungkap dari dalam hati. Apa salahnya kan. Baru ada kemanisan dalam berumah tangga. Tak perlu beli alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup hanya dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik meskipun semakin tua.

Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya. Allah berjanji apabila hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.

" Jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah. Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti ...... "


1 comment:

  1. Bersempena Maulidur Rasul, memang amat sesuai sekali mengimbas sejenak contoh terbaik, Rasullullah S.A.W dalam pelbagai peranan, terutamanya peranan sebagai seorang suami yang terbaik.

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D