8 Perangai 'Annoying' Yang Boleh Buat Dengan Adik-Beradik

By Nurul Syahirah - November 14, 2017

8 Perangai 'Annoying' Yang Boleh Buat Dengan Adik-Beradik | Keluarga adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan kita. Dengan ibu bapa yang menyayangi kita dan adik-beradik yang sentiasa ada dengan kita, kehidupan zaman kanak-kanak lebih seronok.

Pernah kan kita rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak kita. Tak perlu nak fikir masalah kehidupan. Adakalanya perangai adik-beradik kita ni agak menjengkelkan. Asyik nak bergaduh je. Tapi tu semua adalah pelengkap hidup kita. 

Image result for siblings

Sekarang kita throwback sikit la ye. Mesti beberapa perangai annoying yang bakal Nurul nyatakan nanti korang pernah buat dengan adik-beradik korang. Tapi tu semua kenangan kan bila diingatkan balik.

8 Perangai 'Annoying' Yang Boleh Buat Dengan Adik-Beradik


1. BEREBUT REMOTE TV

Peperangan ini memang paling famous la antara kita dengan adik-beradik. Kalau hujung minggu tu, pagi-pagi lagi kita dah belek cerita apa yang best hari ni. Paling best time tu lah masanya untuk kita chop tv tu supaya jangan siapa-siapa ganggu kita bila tengah tengok siaran favourite kita ^^

Tapi jangan ingat kita dah selamat tau. Bila siaran favourite kita tu dah start, ada je makhluk yang kacau kita. Dia pun sibuk nak tengok siaran dia. Jadi, berlaku la adegan berebut remote tv tu. Kadang-kadang tu sampai boleh bawa gaduh kan. Normal sangat ~

Image result for siblings fight for remote tv


2. BERBALAS KENTUT

Ikutkan pengalaman, memang ini salah satu perangai yang paling annoying yang Nurul dan adik-adik pernah buat. Hahaha. Sabar je la kan. Bukan macam dengan orang lain, bila dengan adik-beradik, masing-masing takde rasa malu bila bab melepaskan angin wangi tu.

Ada siap yang mengaku tau. Ataupun ada yang siap tak mengaku bila orang sekeliling tanya. Yang paling lawak, ada yang sengaja masuk bilik adik-beradik yang lain semata-mata nak melepaskan angin dan menyebabkan pencemaran udara.

Image result for siblings laugh


3. MENGAJUK CARA BERCAKAP

Orang yang mempunyai adik-beradik adalah yang paling handal dalam bab-bab ni. Nurul pun memang pernah buat dengan adik-adik dulu. Hahaha. Sengaja nak cari pasal. Sampai geram dibuatnya. Last-last, adik pun balas balik apa yang Nurul buat.

Kadang-kadang kita tengah serius, boleh pula dia mengajuk semula apa yang kita cakap sambil meniru ekspresi muka yang menyakitkan hati. Sampai parents pun dah pening menenggoknya kan ~

mendidik anak


4. KENANGAN GAMBAR LAMA

Sebagai adik-beradik, kita mesti susah nak lupakan detik memalukan adik-beradik kita kan. Ia boleh dijadikan sebagai senjata bila masing-masing mengungkitnya dan menjadikan kita bahan ketawa.

Kalau ada insiden atau gambar-gambar lama kita yang memalukan, baik minta mak ayah kita rahsiakan gambar tu dan simpan jauh-jauh sebelum dijumpai oleh adik-beradik yang lain. Kalau tidak, siap la korang untuk dimalukan setiap masa. Hehehe.


5. BEREBUT TOILET

Waktu-waktu pagi memang huru-hara sebab masing-masing nak bangun paling lewat. Masing-masing saling menyuruh seorang lagi pergi mandi dulu. Akhirnya, bila dah terlewat tu, bermulalah adegan berebut toilet.

Hahaha. Time Nurul share bilik dengan adik dan time tu waktu sekolah, memang selalu jadi adegan ni. Masing-masing tak nak mandi dulu sebab mengantok punya pasal. Tapi bila dah lambat tu, masing-masing terhegeh-hegeh nak pergi mandi.


6. "SIAPA LAST ...."

Siapa last makan, kena kemas sisa makanan. Siapa last bangun, kena kemas tempat tidur. Macam-macam lagi lah siapa last tu. Hahaha. Tak tahu kenapa kita berlumba-lumba hal ni kan.

Bila kita jadi yang awal, memang seronok. Tapi kalau asyik jadi yang terakhir, memang tak aci la kan :p


7. TUNJUK TARING BILA MAK AYAH TIADA DI RUMAH

Biasanya kalau ibu ayah keluar, tanggungjawab menjaga adik-adik akan terletak pada abang atau kakak. Abang atau kakak bila datang perangai dia yang nak mengenakan kita, mula la meletakkan syarat-syarat tidak munasabah untuk kita patuhi.

Yang muda memang terpaksa berkelakuan baik dan tidak melawan kata mereka. Kalau tak, habislah kelakuan kita akan dilaporkan pada mak ayah.

Hahaha. Tapi zaman sekarang takdenya nak macam ni lagi. Dua-dua akan tunjuk taring bila ibu ayah keluar.


8. BUAT-BUAT BAIK BILA NAK MINTA TOLONG

"Eh dia ni tiba-tiba baik dengan aku, mesti ada apa-apa ni." Selalunya sangkaan tersebut benar belaka kerana kita memang kenal sangat dengan perangai sebenar dia.

Tak kiralah sama ada nak menyimpan rahsia atau nak kan pertolongan dari kita. Adik-beradiklah yang kita akan minta tolong sebab kita percaya pada mereka walaupun selalu mengusik. 


WALAUPUN USIK-MENGUSIK, SAYANG TETAP SAYANG

Kita yang membesar dengan mereka sahajalah yang tahu macam mana perangai mereka sebenar. Namun begitu, memang tidak dinafikan kasih pada adik-beradik tiada tandingnya. Walaupun sebanyak mana kita bergaduh, mereka jugalah yang kita akan percaya. Mereka menyimpan rahsia kita dan percaya pada kekuatan kita yang sebenar-benarnya.

Hargailah saat-saat kita bersama mereka. ^^



  • Share:

You Might Also Like

16 Comments