7 Tips Berjimat Melancong Backpacking - Syahirah Valiant

November 18, 2017

7 Tips Berjimat Melancong Backpacking

7 Tips Berjimat Melancong Backpacking | Kadang-kadang yang bujang ni mesti teringin nak melancong secara backpacker kan. Dan Nurul lah salah seorangnya. Tapi tengah kumpul duit dulu. Hehehe. Dah jadi salah satu wish list Nurul setiap tahun. Tinggal menghitung hari dan duit je ^^

Bukan semua orang mempunyai bajet yang besar terutamanya kalau kita masih seorang pelajar atau baru mula bekerja. Lagi-lagi dengan kenaikan harga barangan dan cukai yang makin membebankan. Memang lagi lah merumitkan namun itu bukan alasan untuk korang lupakan hasrat korang untuk pergi melancong.

Apa yang korang perlu buat adalah melancong dengan cara berjimat. Eh ! Time melancong boleh berjimat ke? Hahaha. Mesti la boleh. Tinggal kita kena pandai manage duit je. Jom Nurul nak share dengan korang sikit tips untuk berjimat untuk para backpacker semua ^^

Image result for backpacker travel


1. PACKING BARANG DALAM BEG GALAS 'SEMINIMUM' MUNGKIN

Formula kalau nak melancong secara backpacker ni adalah "Makin Kurang Makin Banyak". Huh ! Apa itu? Hehehe. Kebanyakan yang bujang atau pelajar kalau pergi melancong ada yang bawa baju sampai 7-8 pasang. Cara sebegini memang tak efektif tau. Bayangkan kalau situasi korang nak melihat tempat menarik di 'last last minute' percutian korang sambil menunggu bas, train atau flight bukan ke lagi senang nak bergerak kalau barang dalam kuantiti yang sikit?

Lagi kalau korang bawa beg troli. Lagi susah nak bergerak kan. Bukan tu je tau, korang pun akan mengurangkan kos tambang kapal terbang untuk muatan tambahan. Sebab dalam kapal terbang dibenarkan untuk membawa 1 handbag, 1 beg baju tangan dan 1 bag laptop.


2. TINGGALKAN BARANGAN BERHARGA DI RUMAH

Kebiasaannya kalau wanita, nak melancong habis semua barang kemas dan aksesori mahal nak bawa seperti cincin kahwin, cincin tunang dan seumpamanya. Jangan ye. Idea untuk melancong secara backpacker ni korang hanya perlu bawa keperluan asas sahaja. 

Jangan korang angkut segala barang korang tu. Nanti hilang tak pasal-pasal je kan.


3. BERITAHU SESEORANG KALAU MELANCONG

Kesilapan besar kalau korang pergi melancong terutamanya keluar negara tanpa pengetahuan keluarga atau kawan baik. Kalau ye pun nak bercuti, bagitahulah keluarga atau kawan supaya mereka tak risau. Dan bila dah balik tu pun jangan lupa update ye.

Ada kes, dah sampai di Thailand, bila nak balik ke tanah air, sekali kena tahan dekat airport dan kadang-kadang tertangguh perjalanan sampai berhari-hari. Mungkin benda ni sekali dalam sejuta akan berlaku tapi tak rugi kalau maklumkan percutian korang tu. Supaya mereka tahu korang ada dekat mana.


4. DAPATKAN HOMESTAY / RUMAH / HOSTEL DAN TEMPAT MAKANAN SEBELUM BERANGKAT

Kebanyakan orang yang melancong secara backpacker ni lebih mengutamakan penginapan bajet yang mempunyai dapur. Lagi-lagi kalau melancong ke negara luar yang kedai makan halal susah nak dapat.

Korang boleh memilih penginapan rumah tamu atau hostel di platform-platform yang disediakan seperti Agoda. Kalau korang was-was dengan tempat makanan yang ada, korang boleh bawa mee segera atau pos bekalan makanan ke alamat penginapan yang akan korang tinggal tu. 


5. BELI 'TRAIN PASS'

Sekiranya korang dah tahu akan melancong secara backpacker ke destinasi seperti Eropah Utara, Eropah Selatan dan juga di Asia, lebih elok sekiranya kalau korang beli 'train pass' awal-awal bagi memudahkan korang bergerak nanti. Tak payah penat-penat nak beratur beli tiket. Ini lebih kepada korang kena rancang perjalanan korang.


6. BERHATI-HATI DENGAN PENYELUK SAKU DAN ARTIS PENIPU

Boleh dikatakan semua tempat di dunia ni akan ada 'lanun-lanun' a.k.a penyeluk saku dan artis penipu. Sebaik korang mengetahui korang bukan orang tempatan, sememangnya mereka akan mencari peluang untuk mengambil kesempatan.

Pastikan duit sentiasa di simpan rapi di dalam poket dan bagi wanita, seeloknya jangan pakai handbag dan pegang dengan tangan. Pastikan korang silang di dada. Selain itu, ada juga ejen-ejen pelancongan penipu yang akan secara tiba-tiba datang tegur korang di tepi jalan dan menawarkan pelbagai servis pada harga yang murah.

Seeloknya kalau korang nak guna ejen pelancongan, pastikan cari yang mempunyai review yang bagus contohnya di Fanpage facebook mereka. 


7. JALAN KAKI SEBANYAK MUNGKIN

Kalau korang melancong ke kawasan bandar, sebaiknya kurangkan penggunaan teksi atau pengangkutan awam. Lebih jimat dan sihat kalau korang berjalan kaki sambil-sambil melihat sekeliling di tempat orang.

Korang pun pernah nampak mat salleh yang backpacker dekat Kuala Lumpur bawa beg besar-besar ke hulu ke hilir di sekeliling KL. Diaorang pun berjimat semasa melancong.


Itu lah dia 7 tips untuk korang berjimat menjadi seorang backpacker. Bukan susah sebenarnya nak berjimat ni. Apa-apa pun kena pandai manage duit. Harap perkongsian kali ni dapat membantu korang yang ingin menjadi seoarang backpacker ^^

6 comments:

  1. Good sharing. To mcm Cikla nk melancong kena angkut askar sekali. Hihi. Sorang satu beg

    ReplyDelete
  2. sekarang backpackers dengan anak-anak jelah gee ni..hehe..penuh baju anak2 kalau travel..adeh..

    ReplyDelete
  3. boleh pakai tips ni..i pon minat gak aktiviti melancong ni..

    ReplyDelete
  4. sha rasa sha takboleh haha sebab sejenis manusia kalau pergi mana kalau boleh satu bilik nak bawak T-T

    jemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak melancong la kalau tak ada anak mungkin senang kot apa yang disuggest tapi dah ada anak anak satu runah rasanya nak bawa

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D