7 Hadiah Pengantin Yang Paling Famous - Syahirah Valiant

November 23, 2017

7 Hadiah Pengantin Yang Paling Famous

7 Hadiah Pengantin Yang Paling Famous | Setiap kali pergi wedding mesti kita akan sediakan satu hadiah kan. Mungkin satu atau dua. Tapi, daripada korang beri hadiah yang pengantin tidak gunakan, lebih baik korang beri hadiah yang pengantin guna. Takde la kita rasa membazir kan ^^

Sekarang ni Nurul nak share dengan korang 7 hadiah yang paling famous atau hadiah yang memang pengantin perlukan. Mana tahu boleh dapat idea untuk korang bagi pengantin tu kan ^^

Related image


7 HADIAH PENGANTIN YANG PALING FAMOUS

1. TUALA

Image result for wedding TOWEL GIFT

Tuala yang berkualiti agak mahal untuk dibeli secara banyak pada satu-satu masa. Selepas berpindah ke rumah baru, pasangan yang baru berkahwin tentunya memerlukan tuala lebih untuk tetamu yang bermalam di rumah mereka nanti. Jadi, korang boleh lah hadiahkan diaorang tuala yang banyak ! Hehehe.


2. BARANGAN ELEKTRIK DI DAPUR

Image result for barangan elektrik di dapur

Walaupun agak klise dan mungkin ramai yang memilih untuk menghadiahkan pengantin barangan dalam kategori ini, tak salah untuk korang hadiahkan raja sehari blender, microwave, periuk nasi dan sebagainya. Pengantin memang dah agak akan dapat barangan sebegini dan selalunya tidak masukkan dalam bajet untuk kelengkapan rumah baru mereka.


3. KUALI

Image result for kuali hadiah perkahwinan

Kalau korang nakkan kelainan daripada orang lain dan ingin menghadiahkan sesuatu untuk dapur mereka, apa kata korang berikan pasangan ini kuali atau frying pan atau yang seangkatan dengannya. Pasangan pengantin memang suka dengan peralatan ini kerana diperlukan untuk rumah baru mereka ^^


4. SET KUTLERI

Image result for CUTLERY SET GIFT

Memang selalunya barangan dapur yang agak leceh. Banyak yang perlu dibeli dan dilengkapkan. Set kutleri agak cool la juga sebagai hadiah untuk pasangan raja sehari kerana bukan sahaja mereka memang perlukan barangan ini, malah set ini juga akan datang dalam kotak yang sangat cantik sebagai hadiah perkahwinan.


5. BANTAL

Image result for PILLOW WEDDING GIFT

Seperti tuala, bantal pun tak cukup sorang satu je dekat rumah baru nanti. Semua benda kena lebih sikit. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, untuk tetamu yang bermalam nanti. Bantal yang elok juga agak mahal untuk dibeli sekali banyak. Apa kata korang bagi sebiji dua dekat pengantin nanti.


6. BUKU RESEPI MEMASAK

Image result for COOKING BOOK WEDDING GIFT

Memang sekarang kita dilengkapkan dengan pelbagai teknologi moden dengan hanya search je semua resepi akan keluar. Tapi bila kita hadiahkan pengantin buku memasak, feeling memasak diaorang pun akan jadi excited. Maklumlah, first time hidup berumah tangga, banyak benda yang kena belajar.


7. PINGGAN MANGKUK

Image result for pinggan mangkuk hadiah

Set pinggan mangkuk pun agak dah biasa kan. Tapi inilah yang pengantin perlukan untuk rumah baru mereka. Tips penting, jika korang tidak berapa pasti tentang style dan citarasa pasangan pengantin, korang pilih lah yang dekorasinya tidak terlampau ketara dan ringkas.


Jeng jeng jeng ~ Dah dapat idea nak kasi pengantin tu apa? Hehehe. Boleh la korang bagi salah satu hadiah yang dinyatakan tadi. In Sha Allah, dapat meringankan beban pengantin nanti ^^


10 comments:

  1. Replies
    1. hahaha.. itu la.. memang rata-rata tengok pinggan mangkuk je yang banyak..

      Delete
  2. biasa orang bagi set cawan gelas tu. belambak lambak la dekat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tapi takpe, untuk kegunaan juga nanti ^^

      Delete
  3. Selalu bg pinggan mangkuk..hehe.. sbb lg berbaloi.. pas kawen bila masuk rumah baru perkara pnting nk guna selain barang elektrik..

    ReplyDelete
  4. Kak liez suka bagi set cadar coz kalau bagi alat elektric mesti dapat benda yang sama 2 barang... hihihi pengalaman sendiri tu yang tahu... atau pun just bagiduit so pengantin boleh beli barang yang diaorang perlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kan.. bagi duit, pegantin boleh beli barang yang dia perlukan ^^

      Delete
  5. agree...
    kebanyakan hadiah berupa pinggan mangkuk, set kutleri dan kuali tiga beradik.

    Salam perkenalan dari saya... Dan jangan lupa singgah di blog saya ye...

    www.waniameen.blogspot.my

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D