7 Cara Berkesan Melembutkan Tumit Kaki Pecah - Syahirah Valiant

November 10, 2017

7 Cara Berkesan Melembutkan Tumit Kaki Pecah

7 Cara Berkesan Melembutkan Tumit Kaki Pecah | "Stressnya tengok tumit kaki ni pecah ! Ada masanya gatal-gatal dan boleh luka pula tu. Rasa tak selesa dan malu nak pakai selipar."

Menurut sebuah survey yang dijalankan oleh laman kesihatan HealthLine, masalah tumit kaki pecah, kering atau menggelupas ni adalah masalah yang dihadapi oleh hampir 20% manusia. Namun, ia cenderung dialami oleh golongan wanita.

Image result for kaki merekah

Umumnya, masalah ini berpunca daripada kekurangan kelembapan pada bahagian tumit kaki. Menurut pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering. Antaranya adalah :-

  • Kurang minum air
  • Kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • Merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
  • Penggunaan sabun yang tidak sesuai
  • Masalah kencing manis / diabetes
  • Obesiti
  • Amalan pemakanan tidak sihat

Meskipun masalah ini tidaklah serius, namun sudah tentulah ia akan mendatangkan rasa tidak selesa hingga mampu merendahkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan situasi tertentu yang memerlukan seseorang membuka kasut.


7 CARA MELEMBUTKAN TUMIT KAKI PECAH


1. LOSYEN / PELEMBAP
Antara cara paling berkesan yang boleh korang lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen atau pelembap dekat tumit kaki korang tu.

Sebaiknya, pilih losyen yang bersumber daripada bahan organik, tidak terlalu wangi atau kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti vaseline.

tumit kaki pecah



2. MINYAK
Selain losyen dan pelembap, korang boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak almond.

Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembapan serta merawat rekahan.



3. LEMON DAN GARAM
Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagai home remedy. Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.

Caranya mudah je. Hanya rendam kaki korang dalam air suam yang dicampur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam tu dengan baking soda. Wangi pun wangi. Wangian yang sangat semulajadi tau.




4. BELIMBING BULUH
Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.

Caranya dengan mengambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit korang perlahan-lahan selama beberapa minit. 

Amalkan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.



5. TEPUNG BERAS DAN MADU
Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembap pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tebung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.

Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan scrubkan pada tumit korang dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.



6. ASAM KEPING / ASAM JAWA
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.

Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.



7. BAWANG MERAH / BAWANG PUTIH
Bawang putih dan bawang merah mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit.

Potong bawang merah atau bawang putih kepada 2 bahagian. Saputkan tumit kaki korang yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan sehingga korang berpuas hati dengan hasilnya.

bawang merah mengurangkan kolesterol


BERI PERHATIAN KEPADA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KAKI

Untuk mendapatkan kulit kaki yang cantik, kita perlulah menitikberatkan rutin kebersihan dan kesihatan kaki sebagaimana kita cenderung menjaga wajah.

Elakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu kerap kerana kaki yang terdedah dan postur yang tidak elok boleh menyebabkan kekeringan dan memaksa beban pada tumit kaki. Selain itu, minumlah air secukupnya setiap hari dan amalkan pengambilan makanan yang sihat.


1 comment:

  1. Tips yang bagus untuk dicuba. terima kasih

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D