10 Kebaikan Tentang Minyak Kelapa - Syahirah Valiant

November 24, 2017

10 Kebaikan Tentang Minyak Kelapa

10 Kebaikan Tentang Minyak Kelapa | Minyak kelapa sekarang ni merata tempat ada. Korang pun mesti kenal kan dengan minyak kelapa ni. Mungkin ada yang tahu sebenarnya banyak kebaikan yang kita boleh dapat melalui minyak kelapa ni. Kita pun ada yang tak tahu sama ada minyak kelapa ni untuk makan, minum atau mandi. Sekarang ni Nurul nak bongkarkan 10 kebaikan tentang minyak kelapa yang mungkin ramai tak tahu ^^

NOTES : Bagi mana-mana rawatan di rumah, jenis yang terbaik untuk digunakan adalah organik, tiada sebarang campuran bahan kimia, minyak kelapa dara dan disimpan pada suhu bilik. 


PENJAGAAN RAMBUT

1. RAWATAN MINYAK
Minyak kelapa boleh digunakan untuk rambut kering, rosak dan kerinting. Asid lemak yang ada dalam minyak kelapa boleh melembutkan rambut. Cara terbaik untuk apply pada rambut adalah dengan menggosok sedikit antara tangan. Kemudian, sapukan rambut korang dari akar ke hujung rambut, satu bahagian pada satu masa dan sikat. Semakin lama korang buat, semakin lembut rambut korang nanti. Kemudian, korang bungkus rambut korang dengan tuala sekurang-kurangnya 15 minit dan kemudian bilas dengan syampu yang lembut.


2. RAWATAN KELEMUMUR
Kelemumur dan kulit kering memang selalu melanda dekat kepala kita kan. Jadi, dengan menggunakan minyak kelapa, masalah kelemumur dan kulit kering pun akan hilang. Buat rawatan ni pada waktu malam ye. 


3. PENJAGAAN MULUT
Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri anti kulat dan antibakteria. Kumur (kira-kira satu sudu besar) selama 20 minit dengan sesudu minyak kelapa boleh membantu membersihkan kuman di mulut dan plak yang boleh membawa kepada nafas yang lebih segar, gigi putih, gusi yang lebih sihat dan juga dapat membantu mencegah kerosakan gigi.


PENJAGAAN KULIT

1. PEMBERSIH MATA
Minyak kelapa juga berfungsi pada maskara kalis air. Letakkan sedikit pada bola kapas dan perlahan-lahan sapukan pada mata korang. Minyak kelapa mapu memecahkan wax, solekan mata yang tidak sihat dan meninggalkan kawasan yang halus mulus. Selepas korang dah siap, basuh muka korang seperti biasa.


2. KRIM MALAM
Walaupun minyak kelapa boleh digunakan sendiri sebagai pelembap, Nurul syorkan korang bersihkan kulit dan sapukan serum untuk base kulit. Minyak kelapa boleh dicampurkan dengan pelembap kegemaran korang kerana asid lemak membantu menguatkan penghalang lipid semulajadi kulit. Proses ini membantu memastikan kulit korang kekal lembap, menggalakkan penghidratan dan melicinkan garis halus dan kedutan.


3. LIP BALM
Minyak kelapa adalah ubat yang sesuai untuk bibir kering kerana ianya semisolid pada suhu bilik. Letakkan sedikit minyak kelapa dalam balang kecil dan oleskan pada bibir korang setiap hari. In Sha Allah, lepas ni takde bibir kering da.



DIY PRODUK KECANTIKAN

Asyik busy je memanjang sampaikan tak sempat nak pergi spa? Jangan risau. Sekarang korang boleh buat spa dekat rumah je. Jimat masa dan duit. Betul tak? ^^

1. SCRUB BADAN
Panaskan 1/2 cawan minyak kelapa pada api yang sangat rendah. Keluarkan dari haba, kemudian tambahkan 1 cawan gula perang. Lepas dah sejuk, korang boleh la scrub badan korang. Lagi satu, korang pun boleh tambah kopi kalau nak buat scrub kopi ^^


2. MASKER MUKA
Campurkan 1 sudu madu dan 1 sudu minyak kelapa. Sapukan secara langsung pada muka dan leher yang bersih. Biarkan mask korang diletakkan selama 15-20 minit. Kemudian, lap muka korang dengan kain lap yang suam supaya pori korang terbuka.


3. LOSYEN BADAN ANTI PENUAAN
Campurkan 1/2 cawan minyak kelapa, 1 cawan mentega dan beberapa titis vanila. Kemudian, sapukan pada anggota badan korang. Nanti korang akan rasa kulit jadi lembut je ^^


Kelapa bukan hanya untuk makan dan minum je tau. Malah ianya boleh dijadikan sebagai produk kecantikan kita. Jadi, tak payah la beli produk-produk yang mahal da. Kita diy pun boleh ^^




2 comments:

  1. Dah lama tahu minyak kelapa banyak benefit. Tapi, kenapa jarang pakai walhal tahu bagus. Aduhai. Pemalas punya orang ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu la.. kita tahu kebaikan dia, tapi punya lah malas nak pakai :p

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D