Wangian Mempesona Bersama Enchanteur - Syahirah Valiant

October 01, 2017

Wangian Mempesona Bersama Enchanteur


Alhamdulillah. Tiba sudah haruman mewangi daripada Enchanteur ni. Dan memang betul alamatnya ke Nurul sebab Nurul memang addicted sangat dengan lotion. Hehehe. Jadi, bila buka je parcel yang abam pos hantar, terus excited dan terus pakai ok. Seriously wangi and best.

Korang pernah kan pakai lotion yang wangian dia sangat la bau kuat. Nurul tak gemar sangat bauan macam tu sebab akan pening kepala. Tapi lotion daripada enchanteur ni memang super duper soft and tak memeningkan kepala Nurul. Ini lah yang dicari selama ni. Akhirnya ketemu jua. Hahaha. Ayat aku kemain lagi. Cop cop ! Tapi kenapa ada air botol tu? Sabar-sabar. Ada kisah di sebalik air botol tu tau ^^




Fakta ! Nurul tahu ramai yang tak suka minum air masak. Betul tak. Aipppp ! Jangan tipu k. Hehehe. Mana yang dah latih diri minum air masak 8 hingga 10 gelas sehari tu memang super duper bagus. Teruskan dan silakan latih orang disekeliling anda. Kenapa kita kena minum air sebanyak tu? Sebab air tu akan memastikan badan kita mempunyai bekalan yang mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya kan, air sahaja pun tak mencukupi untuk proses penghidratan kulit kita lebih-lebih lagi untuk perempuan. Pernah tak korang duduk dalam aircond dalam tempoh yang lama dan kulit korang tu kering?

Mesti pernah kan. Dan Nurul kerja selalu duduk dalam aircond pun memang macam tu. Tak best sangat. Nak menaip dekat keyboard pun beku tangan. Tapi, losyen baharu daripada Enchanteur ni mampu menghidratkan kulit anda dengan sempurna sebab ianya dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih dan minyak zaitun. Kenapa kena pakai? Ianya akan mengekalkan kelembapan kulit korang dengan penggunaan sekali dalam sehari. Wow ! Jimat sangat tau.


Air mawar merupakan bahan semula jadi yang subur dan memang dirumus khas dalam proses penghidratan kulit. Sebab tu apa jua wangian yang lembut berpunca daripada bunga mawar. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pun memang dah terbukti mempunyai keistimewaan yang mampu mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula yang istimewa ini berfungsi untuk meresap jauh kedalam kulit agar dapat memelihara, melembapkan dan menyuburkan kulit.

Losyen baharu daripada Enchanteur ni menawarkan 3 jenis variasi. Iaitu Charming, Romantic dan Alluring


1. ENCHANTEUR CHARMING (Direka khas untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
  • Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldeydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti akan melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

2. ENCHANTEUR ROMANTIC (Direka untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
  • Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman romantic ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orang Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

3. ENCHANTEUR ALLURING (Dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat dan misteri)
  • Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit yang akan meresap jauh kedala haruman mawar dan Iris yang memukau. Dihangatkan lagi dengan aroma Vanila, Musk dan Vetiver yang bakal mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

Jadi, housewife pun tak perlu risau kalau kulit kasar ke apa. Just tuang dan sapu je losyen daripada Enchanteur ni. Memang akan halus mulus kulit korang nanti. Jangan cakap losyen tak penting ye. Kulit pun kena jaga tau. ^^










12 comments:

  1. yeayy mmg best kan guna enchanteur ni.. <3

    ReplyDelete
  2. wow... mesti mewangi 24 jam ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yang penting tak menggeringkan kulit kita :D

      Delete
  3. comelnya dia punya botol air!! :)

    ReplyDelete
  4. Cantik betul botol dia . *_*

    Anyway saya tag awak untuk satu segmen. Jemput join yaa :D

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/10/segmen-tags-sahabat-blog.html

    ReplyDelete
  5. best nya !!! mesti wangi jek sepanjang hari kan ? tak de la rasa down menjelang tengahari badan dah bau kepam.. eh !! hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu.. kena pentingkan bab2 tu :D

      Delete
  6. kak fiezz suka romantic..romantic betul bau dia.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kak ! Nurul pun suka bau tu.. hehehe..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D