Tropika Face Cleansing Oil | Product Review - Syahirah Valiant

October 18, 2017

Tropika Face Cleansing Oil | Product Review

Tropika Face Cleansing Oil | Memang susah sekarang ni nak dapatkan skincare untuk seseorang yanng mempunyai kulit sensitif. Kulit sensitif ni lain ceritanya tau. Diaorang yang ada kulit sensitif memang tak boleh pakai sembarangan skincare sebab kulit muka diaorang sangat nipis. Jadinya, mereka yang mempunyai kulit sensitif ni kena pilih skincare yang 100% organik. 

Ni dia Nurul nak memperkenalkan Tropika Face Cleansing Oil yang diperbuat daripada bahan organik yang mempunyai bahan daripada kelapa. Bila cakap skincare yang berasas daripada kelapa, memang bila kita pakai tu lembut je kulit kita tau.


PENGENALAN
Tropika adalah perniagaan keluarga yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan kualiti kesihatan semulajadi dan aromaterapi. Dengan menggunakan sifat-sifat alam semulajadi dan ramuan sumber secara etika, perniagaan ini telah membangunkan pelbagai produk penjagaan kulit yang berjaya. Dan salah satunya merupakan Tropika Face Cleansing Oil.


VISI DAN MISI

Asli - Kami menghargai dan meraikan kesan produk semulajadi dalam kualiti kehidupan kita. Kami menggunakan bahan-bahan semulajadi kelapa matang yang berkualiti dan asli. Kami memproses, menggabungkan dan mengubahnya menjadi produk kami. Dengan bahan-bahan dalam bentuk yang semulajadi, produk kami adalah selamat dan kelihatan semulajadi dan dapat mengekalkan nilai pemakanan yang tinggi.

Sihat - Penggunaan berterusan dan penggunaan minyak kelapa dara terbukti sihat. Kami bersungguh-sunggu terlibat dengan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan untuk sentiasa meningkatkan kualiti produk kami.

Berkesan - Hasilnya memang berkesan kerana produk kami dibuat dari bahan-bahan semulajadi. Kami bangga dengan keberkesanan produk kami.


Sangat bagus pihak Tropika mengeluarkan produk yang berasaskan daripada bahan semulajadi seperti kelapa. First sekali Nurul try memang best sangat. Kulit muka memang lembut bila cuci tu. Alhamdulillah. Walaupun Nurul tidak mempunyai kulit yang sensitif, Nurul suka pakai skincare daripada Tropika ni. Pada sesiapa yang mengalami kulit sensitif, memang sesuai sangat untuk cuba Tropika Face Cleansing Oil ni ^^






No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D