Tips | Tak Ada Idea Untuk Update Blog? - Syahirah Valiant

October 29, 2017

Tips | Tak Ada Idea Untuk Update Blog?

Tak Ada Idea Untuk Update Blog? | Asyik-asyik nak update blog. Post sana, post sini. Eh ! Nama pun blogger kan. Mesti la kena aktif mengupdate. Hahaha. Jangan jadi macam Nurul tau. Asyik malas je nak menaip sedangkan banyak sangat entri yang pending. :p

Pernah jadi kan dekat diri kita kadang-kadang asyik takde idea je nak update blog. Pernah jadi juga dekat Nurul. Itu sebenarnya normal. Memang akan jadi pada mana-mana blogger. Tapi kita kena manipulasikan diri kita untuk menulis. Diri kita ni akan mudah untuk berimaginasi dan sekaligus kita dapat idea untuk update blog kesayangan kita ni ^^


Ok, sekarang ni Nurul terdorong nak share sesuatu yang mungkin akan berguna untuk korang semua. Mana la tahu, bila baca je entri ni, tup tup banyak idea korang untuk update blog. Hahaha ~ Gurau je.


1. PERKARA YANG BARU KORANG TAHU
Sesuatu yang baru. Tapi macam mana? Ok, contohnya korang godek-godek dalam google tu, then korang nampak ada isu terbaru. Korang boleh gunakan isu tersebut untuk korang bualkan dalam entri post korang. Tapi paling bagus kalau korang gunakan ayat yang tersendiri. Mesti lagi tip top !


2. BENDA YANG KORANG SUKA
Apa benda pula tu kan? Sesuatu yang korang suka ni, korang lebih mengetahui nya. Sebagai contoh, ni diri Nurul tau. Nurul suka sesuatu macam planner, alat tulis, haaaa. Dari situ Nurul boleh create untuk jadikan post. Korang yang suka buat DIY, lagi senang tau. Korang boleh share dengan pembaca tentang DIY yang korang buat tu ^^




3. BENDA YANG KORANG TAK SUKA
Tadi benda yang korang suka kan. Kali ni benda yang korang tak suka pula. Contohnya, "Ishh ! Bosannya asyik makan dekat rumah je. Teringin juga nak makan dekat luar." Jadi, secara tak langsung korang boleh dapat idea untuk update entri tentang korang makan dekat luar. Mana la tahu tempat tu best dan akan tarik lagi ramai orang pergi sana. Haaaa. Kita pun dapat tolong bisnes orang kan.


4. KEJADIAN YANG BARU KORANG ALAMI
Contoh je tau. Contoh macam sesuatu yang korang alami. Contohnya, korang baru balik daripada kerja ke, ada sesuatu kes yang mungkin korang boleh sharekan dalam blog sebagai rujukan orang lain. Jadi, itu pun akan mendatangkan idea untuk korang update blog kesayangan korang tu.


5. BERCERITA TENTANG AKTIVITI SEHARIAN
Rasanya entri ni mungkin akan menarik lagi ramai pembaca. Dan blogger sekarang kan banyak pergi event atau jalan dekat mana-mana pun. So, korang boleh buat entri aktiviti korang tu. Nak bercerita tentang korang pergi holiday pun boleh. Sediakan gambar cantik-cantik juga tau. :D


Jadinya, itu lah serba sedikit tips untuk korang yang selalu sangat kekeringan idea. Dan salah satunya memang Nurul praktikkan. Cuba la buat. In Sha Allah, idea korang takkan pernah kering. Hehehe. Semoga ianya bermanfaat untuk korang ye ^^



18 comments:

  1. Tq for tips kadang2 mmg xde idea Dan bila mood m dtg Abis laa

    ReplyDelete
  2. Betul-betul akak setuju tu. Cuma takde pulak cara nak hilangkan malas update blog heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. malas kena buang sendiri tu :D

      Delete
  3. nice sharing dik. sangat berguna..

    ReplyDelete
  4. Memang kak kadang² kite kehabisan cerita untuk update blog, tapi tetep bersemangat.

    ReplyDelete
  5. betul tu!selalu sangat kekeringan idea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kekeringan idea itu normal ^^

      Delete
  6. Majoriti semua blogger pernah takde idea dan tak tahu nk update apa kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. betul tu CCL.. idea tu kita yang kena cari..

      Delete
  7. haaaa...cerita byk nak buat tapi ms xde... sikecik kacau...
    ni tgh BW,dia duk panjat nak tekan keyboard ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. biasa la kak.. masa tu kita kena cari.. lagi2 yang ada anak kecik ni.. :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D