Tips Lulus Ujian JPJ - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 06, 2017

Tips Lulus Ujian JPJ

Image result for jpj test cartoon

Pada yang baru nak ambil lesen kereta benda yang paling menggerunkan adalah ujian JPJ. Betul tak? Dup dap dup dap hati ni rasa. Sama la dengan diri si penulis masa nak ambil ujian jpj. Hehehe. Siapa yang tak takut kan. Dalam fikiran kita nak lulus je. Sebenarnya korang pun boleh lulus sekali ujian je. Tapi mesti la kena amalkan tips-tips ni ye.

Nurul akan sharekan serba sedikit tips yang Nurul gunakan untuk mengambil ujian JPJ ni. Mungkin akan berguna untuk korang yang bakal mengambil ujian JPJ tersebut. In Sha Allah, korang pun boleh lulus sekali ujian je. Yang penting, kena yakin pada diri hokayyy :D


1. KERETA

Faktor kereta ni sangat penting sebenanrnya. Ini juga yang menjadi modal alasan kalau dapat markah rendah dalam ujian jpj. Kalau boleh, berlatihlah menggunakan kereta kancil dan viva. Kena tengok sekali bahagian-bahagian enjin ye. Sebab sekarang ujian kena ada rpk dan rsm. Selalunya ujian jpj ni di litar menggunakan kancil dan jalan raya menggunakan viva. Jadi, korang kena hadam dua-dua kereta ini.

Perbezaan antara kancil dan viva tak banyak sebenarnya.

Kancil - badan dia kecil, clutch dia rendah dan ringan.
Viva - badan dia besar dari kancil, clutch dia agak tinggi dan agak berat dari kancil.

Dan paling menggerunkan untuk kita adalah part bukit kan. Hehehe. Nurul pun memang takut sangat buat ujian tu. Tapi apa yang Nurul fikir, Nurul nak lulus sekali je. Korang jangan takut nak tekan minyak. Biar kereta tu bunyi ganas macam mana sekalipun asalkan jangan mengundur ye.


2. ULANGKAJI UJIAN JPJ

Daripada korang berjalan tak tentu hala, ada baiknya korang duduk diam dan ulangkaji tentang RPK dan RSM. Memang bahagian ni agak senang. Tapi bila dah sampai gugup korang, mesti akan ada yang terlupa. Jadi, sediakan payung sebelum hujan ye. Dan kalau boleh, sila ingat tentang markah-markah ujian. Selalunya cikgu-cikgu driving school ada menyediakan dan share tentang markah ujian ni. Paling penting korang kena ingat bahagian-bahagian mandatori tau di mana sekali kita langgar, terus gagal.


3. INGAT STEP

Korang boleh usaha ingat balik step-step untuk ujian litar. Cikgu-cikgu driving school ada menyediakan sedikit tips macam mana untuk korang buat ujian litar. Dulu cikgu Nurul pun ada bagi tips tu. Dan Nurul cuma ingat je la. Memang banyak sangat, tapi cuba ingat untuk korang lulus. ^^


4. DATANG AWAL

Kalau boleh, sila datang awal tau. Sebab pegawai JPJ selalunya akan bagi taklimat untuk semua calon. Taklimat ni sangat berguna tau untuk calon. Sebab kita akan refresh balik apa yang kita dah belajar. Dan paling penting ! Jangan lupa tengok nombor giliran yang diberi oleh pegawai tersebut ye.

Jangan lupa bawa ic, lesen L dan gambar passport.


5. HORMAT

Hormat dan fahami pegawai JPJ. Mereka pun manusia juga, mungkin sebab dah kena hadap dengan 1001 karenah calon masa tu, mungkin emosi dan sikap dia terganggu. Apapun korang senyum je la ye. Jangan nak buat perangai ! Hehehe. Kalau korang baik dengan orang, In Sha Allah, orang pun akan baik dengan korang.


Ok, itu sahaja yang Nurul praktikkan masa nak ambil ujian jpj. Haaaa. Untuk calon beragama Islam, jangan lupa zikir dan baca doa untuk permudahkan urusan korang. Sebut baik-baik je tau. In Sha Allah, yang baik akan datang. Nurul time tu memang nervous tahap apa da. Hahaha. 

Doa memohon berlindung dari perasaan Risau, Doa Nak Lulus Ujian Memandu,

Korang boleh praktikkan doa ni kalau dalam keadaan risau. In Sha Allah, urusan korang untuk ambil ujian jpj dipermudahkan. Dan good luck ! ^^




6 comments:

  1. Nice tips... memang betul apa yang Syahirah kongsi tu... nice template blog... nampak segar...

    ReplyDelete
  2. dulu part bukit tu paling ngeri sekali. pergi ujian tak makan sebab takut sangat. Dah lulus menggelupur cari makanan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sama dengan Nurul.. lepas habis tu memang tuju kantin terus :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad