Tanda-Tanda Bila Wanita Menyukai Lelaki Itu - Syahirah Valiant

October 22, 2017

Tanda-Tanda Bila Wanita Menyukai Lelaki Itu

Tanda-Tanda Bila Wanita Menyukai Lelaki Itu | Bila seseorang wanita menyukai seseorang lelaki, memang agak misteri. Sebab apa? Sebab girls ni jarang nak luahkan perasaan dekat orang tu. And yeahhh ! Itu lah perangai Nurul. Siapa geng kita ni? Hahaha.

Nak kata penakut tu ada juga. Nak kata takut kena reject pun ada juga. Hahaha. Tapi seriously, memang tak pernah luahkan perasaan dekat mana-mana lelaki pun selama ni. Kalau minat seseorang lelaki tu, Nurul ambil keputusan untuk berdiam diri dan tengok orang tu dari jarak jauh. Eh ! Hehehe. Takde la. Jangan ikut macam Nurul tau :p

Related image
Kalau boleh, lelaki-lelaki sado sekalian, kalau korang dapat detect ada seseorang yang menyukai korang, please hargai dan paling penting ! Korang kena alert tau. Hahaha. Bukan apa. Macam Nurul cakap tadi, bukan semua perempuan boleh luahkan perasaan dia.

Jom kita ketahui beberapa info tentang tanda-tanda bila wanita menyukai lelaki itu. Mana la tahu korang tergolong dalam salah satu tanda ni :D


1. SENTIASA BERADA DALAM RADAR
Kalau perempuan dah suka seseorang lelaki tu, mesti si dia akan muncul dalam kehidupan korang. Tak kiralah muncul tu dari segi fizikal atau dalam internet. Sekarang kan dah canggih. Semuanya bersangkut dengan internet. Sekiranya korang perasan gadis tersebut selalu je ada di tempat yang korang ada, besar kemungkinan itu BUKAN secara kebetulan.

Setiap kali korang online whatsapp atau messenger atau trend sekarang, upload gambar dekat instagram, dan si gadis tersebut akan menegur anda. Haaaa ! Fahamkan maksudnya apa? Tapi si lelaki pun janganlah terlebih perasan pula tau mengatakan si gadis ni stalker korang. Ini normal. Bila perempuan dah suka seseorang lelaki itu, si dia pasti akan mencari jalan untuk selalu berhubung dengan korang.


2. GERAK BADAN
Tutur bicara boleh menipu, tapi tidak dengan gerak badan. Gerak badan sentiasa jujur ok ! Seorang gadis yang sukakan korang akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk korang tafsirkan. Antaranya adalah .... Jeng jeng jeng ~ Pandangan tajam ke arah korang bila bercakap dan paling penting, disulami dengan senyuman yang malu-malu meow. Ok, ni mengada. Hahaha. Tapi memang hakikat.


3. SENTIASA AVAILABLE UNTUKMU
Untuk lelaki yang dia suka, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazimnya, insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk korang. Cuba korang minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan korang. Tapi ! Jangan ambil kesempatan pula k. Kesian dia ~ Tak baik tau.

Kalau korang tegur dia melalui chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual dengan korang. Perempuan takkan mudah untuk meluahkan secara perkataan, tapi mereka akan meluahkan dengan cara perbuatan. Korang just tengok je pergerakan dia. Dari situ korang boleh dapat detect.


4. BERTANYA BANYAK SOALAN DAN WUJUD UNSUR CEMBURU
Kalau hati tu dah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang diri korang tu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya pada korang. Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi. Semuanya dia akan nak ambil tahu.

Tips untuk lelaki ! Hahaha. Jangan sesekali korang bercerita tentang hubungan korang yang telah lalu kerana si dia akan rasa cemburu. Tapi bab ni la yang lelaki suka buatkan. Menyampah hokayyyy ~ :p


5. DIA TIDAK LUPA HARI PENTINGMU
Apabila tiba hari birthday korang, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang akan organize sambutan birthday korang tu. Hebat kan? Dah tentu-tentu lah korang akan dapat hadiah daripada dia. Hadiah bukan cikai-cikai. In Sha Allah hadiah tu adalah hadiah yang ikhlas daripada dia.


Wanita ni jarang sekali nak berterus terang. Seriously ~ Kalau boleh diaorang ni nak bairkan je tak diberitahu. Jadi, lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan oleh kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jadi ! Lelaki jangan buat-buat tak nampak pula ye :D


19 comments:

  1. Nice sharing... Take noted wahai lelaki..

    ReplyDelete
  2. mrs pip kalau suka, malas nak cover2, kita terus terang jer ...
    muehehe ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Nurul tak reti la berterus terang :p

      Delete
  3. Salam singgah! Awk dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  4. Betul sangat. Wanita ni bila dah suka seseorang jejaka, memang setianya pada tu jer lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kebanyakan nya memang macam tu :D

      Delete
  5. akak suka nombor 1 tu.. betul !! sentiasa berada dalam radar.. siap la ko lelaki.. hahahaha~

    ReplyDelete
  6. hahaha kalau dia upload gambar tak pernah puji pun. Like je tu pun jarang2 sebab taknak nampak sangat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kalau Nurul, memang akan like semua.. biar dia perasan :p

      Delete
  7. Oh rupanya ini tanda-tandanya.. kena alert ni muahaha

    ReplyDelete
  8. nice entry Nurul. masalahnya hakak ni kalau suka mmg senyap n kaku gitu je kowt. takda nak like gambar, komen pun takda. mmg takda dalam radar sungguh lah. terlebih pemalu ke apa tataw lah. hahaha. Gerak badan tu pun sama Nurul, iollss akan menyorok kalau nampak org yg disukai. no signal at all. lolz ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. adududu.. macam mana tu.. orang pun tak perasan yang akak suka dia :p

      Delete
  9. hihihi... semua tu betul... sometimes diupdate dekat kita aktiviti dia tanpa kita tanya pun..bg th dia nak ke sini la jumpa sipolan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. girls boleh jadi spy part time :p

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D