Syahirah Valiant Official Business Card - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 07, 2017

Syahirah Valiant Official Business Card


Setiap perniagaan atau perhidmatan servis tak sah kalau tiada bisnes kad kan. Tujuan bisnes kad ni untuk memudahkan orang ramai mengetahui apa perniagaan atau servis yang kita lakukan. Sekaligus akan memudahkan mereka untuk menghubungi kita. Bisnes kad merupakan salah satu elemen penting yang Nurul tekankan dalam dunia perniagaan.

Tak kira la kita buat perniagaan apa pun, bisnes kad ni penting tau. Contoh macam dunia blogging. Bisnes kad ni untuk orang ramai kenal siapa kita. Dan paling best bila PR senang nak hubungi kita. Bila macam tu, kita pun akan dapat job yang agak lumayan. Sebab tu kalau ada event kena bawa bisnes kad ni. Mudah untuk kita berkenalan dengan PR.

Antara blogger pun boleh. Kita boleh bertukar-tukar bisnes kad. Macam Nurul, Nurul memang suka simpan bisnes kad yang orang kasi. Siap ada album ok. Hehehe. Jadi, bila Nurul buka, Nurul akan throwback siapa diri blogger tersebut. Bisnes kad ni lebih kepada untuk berkenalan antara satu sama lain. Tak rugi pun kita buat ^^



Jeng jeng jeng ~ Ini lah bisnes kad Nurul. Hehehe. Just a simple business card. Nurul pilih tema sama dengan blog Nurul. Jadi, bila orang tengok je warna tu, orang akan ingat Nurul. Hehehe. Design kad tu Nurul yang buat sendiri dan Nurul just beri pada orang yang buat servis kad ni sahaja. Jadinya, bila kita edit sendiri, kita akan puas hati sangat dengan design yang kita nak. Lagipun jimat. Hehehe. Sebab kalau suruh orang lain edit, akan ada charge yang agak tinggi dan mungkin design tersebut tidak memuaskan hati.

Biar simple asalkan ianya memuaskan hati kita. Sebab bisnes kad ni kita nak guna lama dan nak dibawa ke mana sahaja. Jadi, aspek tu semua penting tau. Kalau boleh bisnes kad tu biarlah simple dan ada details-details penting sahaja. Lebih kurang untuk mempromosikan diri kita. Naikkan branding diri sendiri ^^

Jadi, blogger-blogger sekalian Nurul sarankan untuk ada bisnes kad sendiri ye. Tak mahal pun nak buat. Sebab kuantiti dia sangat la banyak. Bertahun boleh guna tau. Yang penting, investment kita tu sangat-sangat berbaloi pada masa akan datang ^^



15 comments:

  1. cantik nurul.. mmg kena ngan blog. warna sama.. konsep pun nmpk sama

    ReplyDelete
  2. Wah..cantik colour dia...sama dengan colour blog nurul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itu la.. memang Nurul buat sama dengan blog ^^

      Delete
  3. simple but nice...saya pun pinky lover :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya business card nurul ni.. teringin pulak nak buat

    ReplyDelete
  5. Cantik.design pun simple..nak satu boleh tak.hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. hahaha.. macam mana tu nak kasi? :D kena jumpa la baru boleh kasi..

      Delete
  6. Ditag
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad