Review Product | Hermo Dunia Skincare Dari Korea

By Nurul Syahirah - October 10, 2017


Hermo Dunia Skincare Dari Korea | Assalammualaikum semua. Sudah 2 hari blog ni tak berupdate. Asyik tambah entri dekat draft je. Hahaha. Teruk kan. Hari ni ku gagahkan diri juga untuk update sebab sudah sekian lama blog bercuti. Nanti kesian takde story dari blog Nurul kan. Hehehe.

Semua orang suka cantik. Sedangkan lelaki pun nakkan kulit yang cantik. Betul tak? Sekarang memang ramai yang menggunakan skincare daripada korea sebab skincare mereka memang super duper best dan harga pun memang mampu milik. Walhal students pun mampu tau. So, harga dia memang berbaloi sangat. Tapi lagi berbaloi kalau korang shopping dekat Hermo. Hehehe.



Jeng jeng jeng ~ Ini la dia barang hermo kali kedua Nurul shopping. Dah jadi addicted dengan hermo sebab barang memang original dan giler murah la ! Lagi-lagi sekarang ada mycyber sale tu kan. Lagi murah. Kalau korang nak shopping, better shopping sekarang.




Kali ni Nurul sempat grab barang yang memang dari dulu lagi Nurul nak iaitu skincare khas daripada Innisfree. Innisfree ni memang bagus sangat tau dan brand ni memang paling laris di korea. Pada siapa yang nak cuba skincare korea, Nurul suggestkan korang start dengan brand ni sebab harga dia memang mampu milik dan kuantiti yang agak banyak.



Nurul pernah story kan yang muka jenis berminyak ni sesuai guna serum. Haaaa ! Ni la dia serum yang sangat bagus untuk kulit jenis berminyak. Actually serum ni boleh je guna untuk apa jua jenis kulit. Tapi sangat recommend untuk yang berkulit berminyak ni. Kulit kita akan hydrate sepanjang hari. Dan paling penting, ianya akan mengurangkan minyak yang selalu singgah di muka kita ni.

Nurul sarankan korang beli dekat hermo sebab ianya memang 100% original. Jangan pakai beli je dekat luar sana tau. Risau ada yang ciplak punya. Kita mana tahu kan.



Ok, produk kedua ni pulak clay mask daripada Innisfree juga. Hahaha. Rasa macam nak kumpul je barang daripada Innisfree ni. Geram pula ku tengok.

Pada siapa yang ada pori besar tu memang stress sangat. Walaupun pakai makeup pun tetap akan nampak pori besar tu. Cumanya memang agak susah la nak tutupkan dia. Hehehe. Nurul la orangnya. So, sebab tu sangat recommended guna clay mask ni sebab ianya memang khas untuk pore. In Sha Allah, berkurang juga nanti pori besar tu.


So, jom kita grab barang dekat hermo tu. Banyak lagi tau produk yang murah-murah. Rugi tau ^^


  • Share:

You Might Also Like

18 Comments