Petua Untuk Menghapuskan Habuk Di Rumah - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 07, 2017

Petua Untuk Menghapuskan Habuk Di Rumah

Image result for home cleaning

JOM HAPUSKAN HABUK DI RUMAH KITA !


Hama merupakan organisma kecil yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Setiap rumah ada tau. Malah ada berjuta-juta hama. Nampak tak, kita sangat terdedah dengan hama yang kotor. Hama ni boleh memakan kepingan kulit manusia dan boleh didapati dalam tilam, bantal, permaidani, perabot, katil, pakaian, mainan dan segala jenis kain. Hama ni boleh menyebabkan kita terdedah dengan penyakit asma terutama pada mereka yang mempunyai masalah alahan kepada habuk hama. Macam  Nurul :D

Takut kan. Sebab tu kita kena jaga kawasan rumah kita supaya tidak berhabuk dengan teruknya. Dan sekaligus minta kita untuk rajin mengemas rumah. Hehehe. Tapi takpe, semua tu untuk kepentingan diri dan keluarga juga kan. Bila rumah dah bebas daripada hama, kita pun selesa.


LANGKAH - LANGKAH MENGHAPUSKAN HABUK DI RUMAH

Kumpulkan semua peralatan yang diperlukan untuk proses pembersihan. Jom ajak ahli keluarga yang lain juga ^^

  • Bulu ayam
  • Kain mikrofiber
  • Vakum
  • Mop
  • Dan sebagainya !

LAKUKAN PROSES PEMBERSIHAN SECARA SISTEMATIK
Jangan main cincai je tau. Korang kena ikut flow tertentu supaya proses pembersihan dilakukan keseluruhan rumah. Jangan sampai terlepas pandang pada tempat-tempat yang tertentu. Korang pun boleh pasang lagu-lagu yang korang suka supaya masa kita mengemas tu enjoy, bukannya dalam keadaan tertekan.


Related image

SENTIASA KIBAS ATAU BILAS KAIN DI LUAR RUMAH
Apabila kain yang korang guna dah kotor atau penuh dengan habuk, kibas-kibaskan atau bilas di luar rumah tau. Ini akan menggelakkan kotoran tidak kembali ke dalam rumah.


JANGAN KETINGGALAN MEMBERSIHKAN RUANG YANG SUKAR DICAPAI
Dalam rumah kita mesti ada sesetengah tempat yang kecil kan. Kadang-kadang kita tak peduli pun bahagian tu dan tak pernah nak bersihkan pun. Betul tak? Jangan ye. Bahagian-bahagian tu la yang banyak habuk sebenarnya dan korang perlu bersihkan dengan betul.


Hapus Habuk Kediaman 04

VAKUM PERABOT YANG DIPERBUAT DARI FABRIK
Contoh macam karpet dan sofa. Jenis fabrik kan? Dekat situ pun banyak habuk yang membiak. Jadi, bahagian-bahagian tu semua korang kena bersihkan pakai vakum. Biar semua disedut !


PETUA HAPUSKAN HABUK DI BILIK TIDUR

Image result for bedroom cleaning


1. Angkat segala barang-barang di atas lantai dan letak di tempat sepatutnya. Masukkan pakaian ke dalam bakul laundry atau almari.

2. Bersihkan segala perabot.

3. Keluarkan semua sarung bantal, cadar dan selimut. Vakum kedua-dua belah tilam. Terbalikkan tilam, gunakan sebelah yang berada di bawah semasa sebelum divakum.

4. Bersihkan katil. Ini merupakan langkah yang paling penting kerana katil adalah habitat utama hama. Pada tilam mungkin terdapat 100,00 hingga 10 juta hama. 10% daripada berat bantal berusia 2 tahun terdiri daripada hama mati dan najisnya. Hama suka keadaan yang panas dan persekitaran yang lembap.

5. Vakum dan mop lantai.



TIPS & TRICKS !

1. Lagi sikit jumlah objek di dalam rumah, lagi senang kerja pembersihan habuk. Sekiranya korang ada banyak barang-barang kecil, storkan ia di dalam kotak, drawer atau storage unit yang bertutup.

2. Gunakan cadar atau sarung bantal yang allergen-proof atau dust-proof.

3. Jangan lupa untuk bersihkan bulb lampu sebab kawasan tu pun mempunyai habuk yang banyak.



20 comments:

  1. benda paling stress lepas vacum habuk adalah bila kita dah nak tutup vacum tu, tiba2 ada habuk muncul.

    hahaha anyway nice entry. seronok baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan.. sangat setuju yang itu :D

      Delete
  2. Tak suka tengok rumah dalam keadaan berhabuk . Memang tak selesa duduknya . So kena rajin-rajinkan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. macam Nurul ni resdung, memang lagi tak selesa..

      Delete
  3. bulb lampu dan kipas siling/aircond selalu terlupa nak bersihkan,
    so buat jadual pembersihan , yeah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh ! betul tu.. Nurul pun selalu terlupa bahagian tu..

      Delete
  4. Terima kasih tips hehe syok baca

    ReplyDelete
  5. Petua yang menarik..

    Boleh la Cuba dekat Rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. memang dialu-alukan untuk cuba ^^

      Delete
  6. Bulb lampu tu betul. Tak perasan kat situ selalu bertapuk habuk. Nice tips πŸ‘ŒπŸ»

    ReplyDelete
  7. great tips. Nasib baiklah dalam bilik tak banyak sangat barang so senang nak bersihkan cuma skang ni malas yg jadi faktor utama hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. kalau boleh jangan banyak barang dekat dalam bilik..

      Delete
  8. nic sharing sya! thanks. kena praktikkan nih kalau tak berhabuk rumah.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. kena selalu praktikkan..

      Delete
  9. biasa barang kecil letak dalam box je senang nanti bersihkan box je..btw, thanks untuk tips yang berguna ni :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad