Perkara Yang Akan Menjadikan Entri Anda Berkualiti - Syahirah Valiant

October 01, 2017

Perkara Yang Akan Menjadikan Entri Anda Berkualiti

aesthetic, books, and pastel image

Setiap blogger mahukan sebuah entri yang berkualiti. Bukan hanya blogger, malah ada juga penulis yang mahukan entri yang berkualiti. Tapi adakah kita tahu bagaimana untuk dapatkan entri yang berkualiti tersebut? Sebelum korang update entri tu, korang ada teknik tak? Ok, mungkin ada dan mungkin tiada. Tapi bagi Nurul, Nurul lebih memilih untuk ada teknik.

Kenapa perlu ada teknik? Sebab ianya akan membantu kita mengetahui tahap kualiti entri kita tersebut berada pada tahap mana. Time zaman sekolah dulu pernah belajar karangan kan? Pernah buat teknik penghargaan, isi dan penutup? Hahaha. Mesti pernah kan dan mungkin agak bosan. Betul tak?

Tapi, teknik kali ini tidak akan membosankan korang. Nurul dah try dan Nurul dah praktikkan pun. Jadi, memang sudah terbukti tidak membosankan ^^ Tapi teknik apa tu? Haaaa. Kejap lagi Nurul story ye. Tapi sebelum tu kena pastikan korang ada buku nota atau planner korang. JANGAN sesekali korang guna sehelai kertas. Nurul larang sama sekali.

Kalau nak guna handphone comel kita tu boleh ke? Boleh je. Tapi Nurul sarankan korang guna buku tau. Lebih mudah idea tu mencurah. Paling-paling pun korang akan boleh jadikan kenangan. Nanti pada masa akan datang kita boleh baca balik. :D

coffee, fashion, and macbook image

1. PASTIKAN ENTRI TERSEBUT ORIGINAL

Apa maksud original tu? Original dari sudut mana? Maksud original ni adalah dari mana sumber entri tersebut dihasilkan. Contohnya, korang kena buat entri tu memang 100% daripada ayat korang. Cara korang huraikan ayat tu pun kena original tau. Bila entri tu original, orang nak membaca pun tak bosan. Sebab ianya memang entri kita. Jadi, kita boleh tarik perhatian pembaca daripada situ.

Tapi ! Sekarang ni banyak yang orang amalkan copy paste. Sesiapa yang baca tips Nurul ni, Nurul haramkan korang copy paste k. Kesian orang lain dah penat-penat buat entri dia sendiri, kita pula senang-senang nak copy paste. Tu kira mencuri juga tau. Korang tahu kan apa hukum mencuri tu? Haaaa, jangan la korang sesekali buat sikap macam tu.

Untuk mencari idea dekat blog orang lain boleh. Tapi bukan copy paste k. Ada beza dua benda tu. Pastikan ayat tersebut adalah ayat korang sendiri. ^^


2. SEDIAKAN BUKU NOTA / PLANNER

Ni sangat penting dan ini lah teknik yang Nurul buat. Korang boleh catat apa jua idea yang korang nak luahkan. Semuanya tau. Sebab entri dan planner tu kita punya. Jadi korang tak perlu nak segan-segan untuk luahkan idea. Dan paling penting, bila kita mencatat tu, kita takkan terlupa point-point penting yang kita nak update. Mudah kan ^^


3. GUNAKAN AYAT YANG SIMPLE & MUDAH DIFAHAMI

Ok, ni pun penting. Ayat korang tak perlu lah terlalu baku macam ayat essei bm zaman kita sekolah dulu. Ayat korang perlu santai dan sedap dibaca oleh orang ramai. Tapi kenapa? Nurul suka guna ayat macam mana Nurul bercakap sebab ianya sangat santai. Orang pun tak bosan bila membaca. Dan paling penting orang tak mengantok bila singgah blog kita. Hehehe ^^


4. ENTRI YANG DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH ORANG RAMAI

Ini pun sangat penting dan teknik Nurul sebelum buat entri, Nurul akan fikir dulu sama ada entri yang bakal Nurul buat akan selesaikan masalah orang ramai atau tidak. Bila entri kita tu dapat selesaikan masalah orang ramai, automatik pembaca akan sentiasa refer blog kita tau. Seriously tak tipu. Korang boleh cuba. Sebab zaman sekarang ni orang banyak menggunakan google je. Jadi apa kata kita share something yang boleh selesaikan masala orang lain. Pahala pun dapat. Tapi pastikan yang baik-baik je ye :D


Jadi, sangat mudah sebenarnya untuk kita buat entri yang berkualiti ni. Pastikan entri korang tu merupakan sesuatu yang orang lain cari. Dan paling best bila pembaca tersebut nak return ke blog kita. Amalkan tips ni, In Sha Allah, blog korang akan maju ^^



33 comments:

  1. Tq nurul for sharing. Mcm mana pulak kalau share experience orang lain dan kasi kredit. Ok ke gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome kak :) boleh share experience orang lain dan credit.. tapi better jangan ikut ayat tu bulat-bulat.. gunakan ayat sendiri :)

      Delete
  2. Thank you nurul. A good tips. Saya br start blogging shidotdotcom.blogspot.com. So banyak kena belajar nurul. Harap nurul boleh singgah blog saya. Nak tahu juga original tak posting saya?

    ReplyDelete
  3. Nona copy kalau giveaway je,
    Kalau ayat, memang susun, ikut kepala dan jiwa sendiri, tapi elakkan singkatan or ayat dak wicet yang terlalu banyak....hahahaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. jauhkan sikap suka pakai ejaan singkatan.. :D

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini :D

    ReplyDelete
  5. pergh !! cayalah.. best tips ni dik.. hee~ kakak bookmark ya.. mana tau nanti nanti boleh gunapakai.. semoga urusan oktober awak dipermudahkan !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. boleh kak.. amin.. terima kasih kak :D

      Delete
  6. terima kasih nurul atas tips yang bagus!

    ReplyDelete
  7. takde planner tapi buat sticky notes je dekat lappy. Kalau ada planner jarang betul bukaknya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kalau sticky notes dekat lappy pun ok :D

      Delete
    2. dulu selalu jugak guna sticky notes kat lappy ni :D skrg jot down dalam note phone je -_-'

      hanisamanina.com

      Delete
  8. Good tips Nurul ;)..Yg planner tu tak pernah terfikir..Sbb zaman skrg malas nk menulis konsepnya..hehe..tapi boleh praktikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. cuba praktikkan.. lama2 nanti da biasa :D

      Delete
  9. Artikel yang menarik dan bermanfaat. Banyak lagi saya kena belajar dari nurul ni untuk buat artikel yang berkualiti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih awak.. Nurul share mana yang Nurul praktikkan je :D

      Delete
  10. blog berwajah baruuu! cantik lah yayang! btw nice tips!

    ReplyDelete
  11. Really a good tips Nurul :) Blog Nurul pun dah bertambah cantik sekarang :D

    ReplyDelete
  12. notebook mmg sentiasa ada setiap kali nak tulis entri baru

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas pengkongsian ni nurul

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D