Orang Kulit Flawless Selalu Melakukan Perkara Ini - Syahirah Valiant

October 14, 2017

Orang Kulit Flawless Selalu Melakukan Perkara Ini

Orang Kulit Flawless Selalu Melakukan Perkara Ini | Suka tengok cerita korea? Suka tengok music video korea? Haaaa ! Ada yang giler kpop dekat sini? Hehehe. Nurul salah seorang. Tapi tu dulu la. Sekarang dah takde masa sangat nak layan semua tu.

Diaorang semua cantik kan? Bersih je kulit diaorang. Makeup simple pun nampak natural beauty. Ada yang nampak tak makeup pun. Ada yang tertanya-tanya tak macam mana diaorang jaga muka? Of course la ada. Nurul juga salah seorangnya. Hehehe. Mana taknya. Kita pun mesti la nak kulit cantik macam tu kan.

Alaaaa. Tak payah tengok kulit orang korea. Try tengok orang Malaysia yang cantik-cantik tu. Besih je kulit diaorang kan. Haihhh ! Macam mana la diaorang jaga kulit. Kita nak juga. Hehehe. Jom kita buat 7 perkara ni untuk dapatkan kulit flawless ^^



Related image

Sebenarnya banyak cara untuk jadi flawless sekarang ni. Maklum la. Macam-macam produk yang dijual. Cumanya kita je yang kena pilih mana yang terbaik. Kalau korang google pun banyak tips untuk dapatkan kulit flawless. Alaaa, tak payah google pun takpe. Dalam blog Nurul ni berlambak. Hehehe. Memang impian semua wanita nakkan kulit gebu gebas ni. Cumanya tak tahu cara je.

Kalau korang nak tahu rahsia tu, teruskan membaca ye ^^ .........


1. MINUM AIR
Cuma air kosong je tau ! Jangan nak menggatal pergi telan air manis tu. Amalan meminum air kosong yang mencukupi dapat mencegah kesan hidrasi dan kulit akan kekal lembab dan lembut. Sebab kulit kita ni memerlukan air yang banyak untuk kekal cantik.


2. SELAMAT TINGGAL GULA
Tinggalkan segala minuman manis kecuali jus buah-buahan sebenar tanpa gula ! Tanpa GULA k. Ingat tu. Jangan nak pergi tambah gula semendang air buah tu masam atau pahit. Telan je ye sebab tu untuk kecantikan kita juga. Pengambilan gula yang banyak boleh membahayakan tubuh badan. Jadi, hati-hati tau.


3. TIDUR KENA CUKUP
Selalu tidur lambat? Patut la kulit kusam je. Nurul la tu. Hehehe. Bukannya tidur lambat je yang menyebabkan kulit kusam. Tak cukup tidur boleh jadi sebab tau. Hasil kulit yang hebat bermula dengan bangun tidur yang mencukupi. Sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan korang akan dapat rasai perubahannya.


4. JANGAN SESEKALI MEROKOK
Ada ke perempuan yang merokok? Ada tau. Jadi hindarkan. Lelaki yang nak kulit cantik pun tolong lah jangan merokok. Merokok ni bukan sahaja membahayakan kesihatan dari dalam malah diluar juga. Kesan merokok juga akan menampakkan kulit korang kelihatan tua.


5. CUCI MUKA GUNA AIR SEJUK
Segarkan kalau cuci muka guna air sejuk? Memang awalnya kita tak tahan sejuk tu. Tapi lepasnya memang korang akan rasa segar je. Bukan tu je tau. Liang pori terbuka secara semulajadi dan membenarkan kulit untuk bernafas. Yeahhh ! Jom kita buat malam ni :D


6. BERPELUH
Rajinkan bersenam aktif untuk berpeluh bagi mengeluarkan toksik-toksik terkumpul. Kulit kita pun ada toksik tau. Sebab tu dengan bersenam, toksik tu akan keluar bersama dengan peluh. Perasan tak lepas bersenam kulit kita jadi gebu. Itu lah sebabnya ^^


7. STRESS !!
Haaaa. Stress memang tak dapat dielakkan. Setiap orang akan mengalami stress. Cumanya kita je yang kena pandai tangani stress kita tu. Kalau asyik stress pun tak elok tau. Ianya akan membawa kepada masalah kesihatan kulit. Jadi, pastikan korang tahu cara untuk membahagikan masa dan belajar untuk kawal emosi diri sendiri.


Simple je kan? Cumanya yang simple tu la yang orang susah nak buat. Hehehe. Takpe-takpe, lepas ni kita buat sesama ye. Siapa yang dah try tu cuba roger-roger Nurul kesan dia macam mana ^^


2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D