Movie Review | Haunted Hotel

By Nurul Syahirah - October 22, 2017

Movie Review Haunted Hotel | Siapa suka tengok movie-movie seram ni? Hahaha. Nurul suka. Tapi Nurul ni sejenis yang sangat penakut. Tapi beranikan diri untuk tengok. Tapi bukan tengok sorang-sorang la ye. Memang kena ada teman. Kalau sorang, baru je first scene dah nak keluar panggung. Hahaha.

Cerita haunted hotel ni first-first tu Nurul fikirkan memang tak seram. Sebab tengok dia punya gambar takde la seram mana. Tapi........ Rupanya seram sangat ! Bagi Nurul la. Nurul tengok dengan adik-adik pun diaorang dah tutup-tutup muka. Hehehe. Tapi seriously. Dalam panggung tu memang kerap sangat Nurul menjerit. Tak tahu la orang lain dengar ke tak. Dan ! Banyak sungguh Nurul cakap apa pasal cerita ni macam ni. Hahaha. Sebab suspen sangat tau.


Haunted hotel ni diadaptasi daripada kisah benar di hotel Amber Court Genting Highlands tau. Siapa la yang tak tahu hotel tu. Hotel yang penuh dengan misteri dan tanda tanya. Tak faham macam mana diaorang boleh berlakon dekat sana. Huhuhu. Nurul tengok bangunan hotel tu pun dah menakutkan. Apa lagi nak buat scene dekat situ. Mengucap panjang ~

Ada juga Nurul dengar cerita kawan-kawan Nurul yang pernah bermalam dekat hotel ni. Zaman dulu mana la nak popular sangat tentang cerita hotel ni kan. Internet pun jarang untuk diakses sebab kita budak lagi time tu. Then diaorang ceritakan semula kisah diaorang bermalam di situ. Memang katanya ada gangguan. Tapi Alhamdulillah satu family tak jadi apa-apa.


Berbalik pada cerita ni, walaupun dalam bahasa chinese, tapi ada subtitle tau. Pada yang tak kuat semangat tu, jangan la tengok. Scene-scene dia banyak yang mengejutkan dengan sound effect yang sangat kuat. Sebab mungkin kita dah tahu ini kisah benar, tu yang menakutkan sikit. Itu Nurul. Kalau Nurul tahu cerita-cerita hantu ni kisah benar, memang takut dia lain macam. Tapi so far cerita ni tak membosankan. Pada siapa nak tengok tu, boleh la beli tiket cepat-cepat ye ^^


Tajuk : Haunted Hotel
Bahasa : Mandarin ; (subtitle Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
Genre : Seram (P13)
Durasi : 1 jam 32 minit
Produksi : Lomo Pictures
Barisan Pelakon : Aom Sushar (Thailand), Li Chuan (China), Teddy Chin (Malaysia), Alvin Chong (Malaysia), Azman Hassan (Malaysia)
Pengarah : Ryon Lee


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments