Miss World Prestige International Pageant 2017 - Syahirah Valiant

October 28, 2017

Miss World Prestige International Pageant 2017

Miss World Prestige International Pageant 2017 | Pada 12 Oktober 2017 yang lalu, Nurul telah dijemput untuk menghadiri satu dinner yang agak meriah kerana ianya bertarafkan antarabangsa. Excited kan? Hehehe. Majlis makan malam gala final yang telah diadakan di Sunway Resort Hotel Grand Ballroom. Upacara "Miss Worl Prestige International Pageant 2017" bertujuan untuk menjadi setanding dengan Paris Fashion Class atau upacara industri kecantikan kelas dunia.

Wow ! Sangat hebat upacara ni. Pada mulanya Nurul pun ternganga juga sebab tak tahu ni event apa. Last-last bila pergi tu, dah peringkat international weii !!! Hahaha. Excited giler time tu. Mengadanya kita ni :p


Antara sponsor bagi Miss World Prestige International Pageant 2017 ini adalah Gauraro Joaillerie yang merupakan penaja kehormat utama. Gauraro Joaillerie merupakan sebuah jenama dari Perancis, Paris yang dicipta pada tahun 1830. Nama mereka telah sinonim dengan kemewahan. Memang sesuai sangat dengan tema upacara ini yang sangat nampak eksklusif. 

Miss World Prestige International Pageant ini mempunyai beberapa kriteria yang diperlukan pada setiap peserta iaitu semua finalis perlu mempunyai tiga sifat keindahan seperti berikut :-

  • Penampilan luar
  • Kecantikan dalaman
  • Sumbangan sosial

Hanya mereka-mereka yang mempunyai tiga sifat yang murni di atas sahaja layak untuk memegang gelaran kehormat Miss World Prestige International. Upacara ini juga menunjukkan bahawa semua wanita adalah berlian. Kenapa macam tu? Sebab wanita ni sangat special dan bukan calang-calang wanita boleh ada tiga sifat yang Nurul sebutkan tadi.



Jom kita ketahui nama-nama 8 orang finalis yang berjaya melayakkan diri ke peringkat final :-

1. Victoria Jean
2. Gharam
3. Eline Tee
4. Eawen Chia
5. Valerie Lau
6. Kimberley Claire
7. Jocelyn Teong
8. Mobina

Cantik-cantik belaka kan miss world kita ni. Jadi, ini lah serba sedikit tentang perjalan event ini. Para finalis perlu menunjukkan cara mereka berfikir secara kreatif dengan menunjukkan bakat-bakat mereka di atas pentas.




Kecantikan bukan sahaja dapat dipamerkan dari luaran. Malah kecantikan yang sebenar merupakan daripada dalaman kita. Pernah dengar kan, tak guna cantik kalau tiada hati yang murni. Jadi, memang sesuai sangat ayat tu untuk event ni. Dan bagi pendapat Nurul, event ini memang perlu diadakan bagi mencari kecantikan yang sebenar. 





Pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Miss World Prestige International Pageant, boleh layari laman web mereka seperti berikut :-


Hubungi media :
Geozowong @ Realmag Media
+603 - 614 37816 / 012 - 333 2032
realmagmedia@gmail.com


4 comments:

  1. waaa..bestnya dapt g event camni kan,semua cantik2 ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memang best kalau dapat join event :D

      Delete
  2. time ni la nak melaram mcm miss world

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu laa.. dah pening nak mikir baju apa nak pakai :p

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D