Lee Kum Kee "My Fun Cooking 2017" | Masak-Masak Bersama Ibu Dan Anak - Syahirah Valiant

October 18, 2017

Lee Kum Kee "My Fun Cooking 2017" | Masak-Masak Bersama Ibu Dan Anak

Lee Kum Kee "My Fun Cooking 2017" | Wow ! Dah macam Masterchef tau. Hehehe. Mesti korang pernah tengok kan cerita tu. And My Fun Cooking ni pun lebih kurang sama dan yang uniknya pertandingan ini adalah ianya melibatkan ibu dan anak. Jom kita terokai lagi tentang pertandingan ini. Mana la tahu kut-kut lepas ni korang pula yang join ^^


17 Oktober 2017 yang lepas telah berlangsungnya satu pertandingan memasak antara ibu dan anak di Subang Jaya. Lee Kum Kee "My Fun Cooking 2017" telah dianjurkan oleh Lee Kum Kee dan Desa Home. Memang hebat kolaborasi antara dua pihak ni sebab pertandingan yang dianjurkan memang best. Dapat mencungkil bakat memasak antara ibu dan anak.

Secara rasminya pertandingan ini dimulakan dengan pusingan pertama yang telah diadakan di One Space @ The Square, One City pada Ahad yang lepas. Empat pasukan keluarga berkumpul untuk mempamerkan bakat memasak mereka. Pertandingan ini diadakan bagi tujuan menggalakkan anak-anak muda di Malaysia untuk meneroka bakat memasak mereka dan menikmati saat-saat memasak dengan ahli keluarga sendiri. Memang sungguh unik objektif pertandingan ini. 

Peralatan Memasak Yang Digunakan Oleh Para Peserta


Bahan Masakan Yang Digunakan Oleh Para Peserta

Setiap pasukan yang mengambil bahagian memerlukan dua ahli keluarga untuk mengambil bahagian dengan salah seorang daripada mereka adalah anak berusia antara 10 hingga 18 tahun dan yang lain merupakan ibu atau bapa mereka. Tapi memang pada pusingan ini ibu-ibu yang join :D

Nak tahu apa lagi yang peserta kena buat untuk memasak? Hehehe. Part ni paling best tau. Ibu dan anak perlu membeli belah di SK Market yang berada di kawasan itu dengan dibekalkan sejumlah wang. Mereka akan membeli barang memasak dengan menggunakan wang tersebut.


Khusyuk sangat ibu dan anak ini membeli belah :D


Setiap pusingan ada tema yang tertentu tau dan setiap pasukan perlu mematuhi tema tersebut. Pada pusingan pertama ini, tema yang telah ditetapkan adalah dengan menggunakan sos Lee Kum Kee dan ayam menjadi bahan utama. Macam mana agaknya setiap pasukan nak olah masakan mereka ye :D

Selepas puas membeli belah, bermula lah adegan masak memasak. Part ni paling seronok bila dapat tengok peserta masak dengan khusyuk sangat tau. Semua peserta dalam debaran yang teramat sangat. Ye la kan ~ Nak berentap dengan pesaing yang sama-sama hebat. Memang nervous la citenya.




Para peserta sedang berhempas pulas untuk menyiapkan menu yang bakal dihidangkan pada para juri. Dup dap dup dap tak? Hehehe. Siap dengan hiasan masing-masing ^^



Tiba masanya untuk para juri merasa dan membuat kesimpulan tentang masakan dari para peserta. Yeahhhhh ! Dan akhirnya, siapakah pemenang yang ditunggu? :D


Jeng jeng jeng ~ Pemenangnya adalah ...........



Tahniah kepada Pemenang Pusingan 1 : 

Mom : Kat Kok Han Teng
Daughter : Chloe Chong Cheng Yee, 11 yr

Dish name : Kum Kee Golden Patties


Pada pandangan Nurul, memang bagus sangat kalau ada pertandingan yang macam ni. Pertandingan yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Seriously sekarang kurang dah ada pertandingan macam ni. Jadi, Nurul memang akan galakkan ibu bapa dan anak join pertandingan-pertandingan macam ni :D

Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh je singgah facebook my fun cooking ni tau. Dari semasa ke semasa mereka akan membuat pertandingan yang mungkin korang boleh join ^^



PENAJA UTAMA





2 comments:

  1. Macam menarik je pertandingan ini..selain bertanding untuk mencapai kemenangan sebenarnya ianya mampu mengeratkan lagi hubungan anak dan ibu

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D