Khasiat Air Detox Pada Tubuh Badan - Syahirah Valiant

October 16, 2017

Khasiat Air Detox Pada Tubuh Badan

Khasiat Air Detox Pada Tubuh Badan | Bercakap pasal detox je mesti korang dah tahu apa benda kan. Detox ni best tau. Badan kita akan terasa ringan dan kita rasa lagi bertenaga sepanjang hari. Tapi kenapa kena detox? Apa kebaikan detox ni?

Haaaa. Jangan korang tak tahu ye. Air detox banyak kebaikan untuk badan kita. Bukan senang orang nak konsisten detox ni. Kalau korang teruskan konsisten, In Sha Allah, banyak kesan baik yang korang boleh dapat.

Image result for air detox

Lagi-lagi cuaca panas macam sekarang ni, memang elok sangat korang mendetoks kan badna korang tu. Kalau nak beli vitamin macam mahal je kan dan risau tak berkesan. Jadi, Nurul cadangkan untuk korang cuba cara ni. Segarkan tubuh badan dengan pelbagai air detox. 

Detox ini seperti satu cara pembersihan tubuh dari segala kotoran dan bahan yang tidak diperlukan oleh badan. Kiranya segala kerak-kerak dalam badan kita akan dapat dibersihkan. Macam flush gitu ~ Hehehe. Detox juga dapat membantu untuk melicinkan kulit dan membakar lemak pada tubuh badan.


Detox ni sangat bagus untuk badan tau. Kiranya dua dalam satu ^^ Bukan je tubuh menjadi idaman sang suami, tapi sistem tubuh badan seperti hati, ginjal dan buah pinggang juga dalam keadaan yang sangat-sangat bagus.

Air detox ni korang boleh je buat sendiri. Sangat mudah sesimple ABC :p Kos pun tidak memerlukan kos yang mahal. Cuma perlu kan beli buah dan sayur sahaja. Untuk lagi bertambah kesannya, korang pun kena rajin bersenam tau. Kan dah giler awesome dekat situ :D


ANTARA KEBAIKAN DETOX :
  • Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Mengempiskan perut
  • Meningkatkan imunisasi badan serta membuang toksin di dalam badan
  • Mencuci sistem dalaman tubuh badan
  • Mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi

Air detox ni elok dibiarkan semalaman tau. Atau paling-paling pun 8 jam sebelum diminum. Kerana ianya akan mengeluarkan lagi bahan-bahan yang perlu digunakan dalam detox. Kalau minum time sejuk-sejuk lagi best tau ^^ Jom kita try :D



6 comments:

  1. detox kak liez hanya lemon,orange dan limau nipis...
    memang mujarab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. nanti nak cuba orange dengan limau nipis tu..

      Delete
  2. Minuman buah-buahan semulajadi tanpa pengawet ni sangat bagus jika diamalkan... berkhasiat..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D