Kenapa Perlu Minum Air Lemon Setiap Pagi - Syahirah Valiant

October 16, 2017

Kenapa Perlu Minum Air Lemon Setiap Pagi

Kenapa Perlu Minum Air Lemon Setiap Pagi? | Pernah dengar tak kalau nak kurus atau cantik kena minum air lemon? Mungkin dah ramai yang tahu mengenai kebaikan minum air lemon setiap pagi. Kalau korang biasa pergi ke restoran Itali pun dah biasa dihidangkan dengan air sejuk berlemon. Tapi kenapa?

Jangan tak tahu ye. Air lemon ni mempunyai kebaikan yang tersendiri dan baik untuk kesihatan kita. Jom Nurul nak share dengan korang serba sedikit tentang buah ajaib ni :D

Image result for water lemon

Sebenarnya minum air lemon setiap pagi banyak manfaat yang kita boleh dapat tau. Kesihatan pun akan terjamin. Ia mungkin kedengaran seperti 'idea' yang baru, tapi hakikatnya ianya dah lama dah. Malah sejak lima ribu tahun yang lalu tau. Haaaa. Lama sangat kan. Kita je lambat tahu :p


KEBAIKAN MINUM AIR LEMON WAKTU PAGI UNTUK KESIHATAN


1. MEMBANTU PENGHADAMAN
Air suam sememangnya membatu merangsang saluran penghadaman atau dengan kata lain, merangsang pergerakan usus. Lemon pula dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati. Sebab tu orang cakap kalau nak detox, guna air lemon ni.


2. MENYOKONG SISTEM IMUN
Kandungan vitamin C yang tinggi membantu meningkatkan sistem imun manusia. Lemon memang terkenal mengandungi vitamin C yang banyak. Jadi, sebab tu kalau nak kulit cantik, kena amalkan minum lemon ni. Walaupun ianya agak masam dan pahit, tapi ianya sangat baik untuk kulit kita.


3. MENGALKALIKAN TUBUH
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Bila badan berasid, selain daripada mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh kita juga akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus.

Lemon yang diketahui bersifat asid mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah kita apabila diambil dengan kerap. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan pH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kita gemar makan makanan seperti daging, keju dan lain-lain.


4. MEMBANTU PROSES PENYINGKIRAN TOKSIN (DETOKSIFIKASI)
Air lemon merupakan diuretik semulajadi yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta penghasilan enzim untuk detoks pada organ hati. Organ hati diketahui umum merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap.


5. MENCANTIKKAN KULIT
Kandungan vitamin C pada lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan keremajaan kulit.


6. MENINGKATKAN HIDRASI DAN MEMBERIKAN TENAGA
Ia membantu tubuh kita kekal terhidrat sepanjang hari terutamanya jika kita jenis yang kurang minum air. Secara tidak langsung kita akan rasa lebih bertenaga. Lagipun bila air masak dah bercampur dengan lemon, memang sedap tau. Korang kena cuba :D


7. MEMBANTU PENGURUSAN BERAT BADAN
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam pengurusan berat badan.

Image result for water lemon

Jadi, dah semangat nak minum air lemon setiap pagi? Hehehe. Jom jom kita hidup secara sihat. In Sha Allah, lemon ni buah-buahan semulajadi. Jadi, ia akan memberikan banyak kebaikan pada kesihatan kita ^^



16 comments:

  1. Baru rahu! Lepas ni kena start la amalkan minum lemon :)

    ReplyDelete
  2. Lama x buat air lemon ni..pahit tapi byk khasiat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. rasa pun pahit.. tapi bila dah biasa minum tu memang sedap :D

      Delete
  3. kalau nak menguruskan beratbadan kena campurdegan apple cider...
    tapi letak madu sikit... terangat dan berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. apple cider tak pernah try lagi.. nanti nak try la :D

      Delete
  4. skrg mlm2 layan lemon panas + madu..kalo xde stok lemon, limau nipis & limau kasturi pun jalan jgk..ekekek

    ReplyDelete
  5. Hehe dok nak minum tp slalu xda masa (alasan memanjang 😂)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. buat la time malam.. simpan dalam peti sejuk, esok baru minum.. memang sedap :D

      Delete
  6. pernah juga amalkan haritu. tapi sekarang ni malas sungguh tau hahaha

    ReplyDelete
  7. Skang pun GV tengah buat air detoks lemon campur air limau. hihi. Lemon mmg banyak sangat khasiatnya. Terbaik kak Nurul. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan limau Nurul tak pernah cuba lagi.. nanti boleh cuba la :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D