Kenali Personaliti Diri Mengikut Bulan Kelahiran - Syahirah Valiant

October 29, 2017

Kenali Personaliti Diri Mengikut Bulan Kelahiran

Kenali Personaliti Diri Mengikut Bulan Kelahiran | Sememangnya kita ni jarang yang dapat mengenal personaliti diri masing-masing. Disebabkan itu lah, banyak tanggapan yang muncul termasuklah mengenal personaliti diri melalui tarikh lahir. Jadi, itu sebabnya ada bintang seperti Virgo, Libra dan sebagainya.

Mesti korang pernah terjebak juga kan? Lagi-lagi masa zaman sekolah dulu. Zaman sekolah dulu memang agak ramai juga lah yang baca benda ni. Hehehe. Sebenarnya ianya syirik untuk kita mempercayai. Tapi, bagi Nurul la kan, tak salah untuk kita ambil mana yang baik untuk dijadikan semangat untuk kita mengenali diri kita sendiri.

Tapi, apakata kita teliti dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Ianya sekadar untuk panduan kita sahaja dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNya yang mencipta kita.


RAHSIA BULAN KELAHIRAN

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar.
  • Berperwatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam,
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.


MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangat.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.


APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Suka diberi perhatian.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Agresig dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.


MAY
  • Keras hati dan tegas.
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Mudah dipujuk.
  • Bahagian telingan dan leher mudah diserang penyakit.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Fizikal yang baik.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros.


JUN
  • Berfikiran jauh dan berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif.
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Cepat marah dan cepat sejuk.
  • Suka bercakap dan berdebat.
  • Orang yang sangat tertib.
  • Mudah kecil hati.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila hati terluka.


JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar difahami.
  • Agak pendiam.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Rajin dalam membuat kerja.


OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat berfikir.
  • Sifat suka berangan.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Suka mencari kawan.


SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Otak bijak dan mudah belajar. 
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan dan melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik.


OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jalan tengah.
  • Suka menawan dan sopan santun. 
  • Kecantikan luar dan dalam.
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Suka kegiatan luar.
  • Orang yang adil.
  • Mudah patah semangat.


NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk difahami.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik.


Jadi, korang yang mana satu? Try share-share sikit dekat komen. Hehehe. Nak diingatkan, ini sekadar hiburan je tau. Jangan kita percaya 100%. ^^ Kalau Nurul, kebanyakan yang ada dalam bulan Januari tu semua betul :p


8 comments:

  1. bulan januari ada kena mengena la sikit hahahahaha

    ReplyDelete
  2. bulan 8 :D ada jugak yg macam ye, ada yang eh eh takde punnn hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. CCL bulan 11 . Sifat degil tue mcm xkena jers .hehe

    ReplyDelete
  4. Ada ciri-ciri itu pada bulan kelahiran saya..

    ReplyDelete
  5. kita aprilll... ada la sikit yg kena hihihi

    ReplyDelete
  6. Hampir sama ..cuma saya tak nak bagitau bulan apa saya lahir..

    Tahu tak pe..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D