Jangan Percaya! 7 Mitos Penjagaan Kulit - Syahirah Valiant

October 07, 2017

Jangan Percaya! 7 Mitos Penjagaan Kulit

Image result for wash face

Bila sebut je orang Melayu ni, kita memang terkenal dengan pantang larang tersendiri. Tak tahu la dari mana datangnya. Kata orang tua-tua sering menjadi 'penyedap' sesebuah kenyataan agar seseorang berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya macam "Jangan potong kuku malam-malam takut nanti kuku mati."

Mesti korang pun pernah dengar kan. Padahal orang tua-tua cakap macam tu hanyalah untuk menakut-nakutkan orang agar lebih berhati-hati kerana zaman dulu mana ada elektrik pada waktu malam kan. Nanti takut tercedera pula kalau potong kuku malam-malam.

Tapi ! Dalam penjagaan kulit pun ada mitos-mitos tertentu. Ada juga yang mempercayai mitos tersebut sehinggalah sekarang. Jom kita ketahui 7 mitos penjagaan kulit. Tapi, jangan percaya tau ! ^^


1. KULIT BERMINYAK BOLEH DISELESAIKAN DENGAN CARA MENCUCI KULIT LEBIH DARI 2 KALI SEHARI

Cuci muka banyak kali dalam sehari ternyata bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk kulit berminyak. Sebab apa? Ini kerana penghasilan minyak pada wajah adalah kerana hormon dan tindak balas tubuh seseorang yang mempengaruhi penghasilan sebum atau minyak wajah.

Oleh itu, sabun pencuci hanya akan mencuci minyak di permukaan kulit sahaja dan bukannya secara menyeluruh untuk jangka masa yang panjang.


2. MAKEUP BUAT MUKA NAIK JERAWAT

Dulu pun Nurul percaya ayat ni sebab ibu Nurul selalu sebut perkataan ni. Hahaha. Sebenarnya pakai makeup tidak akan membuatkan wajah naik jerawat sebaliknya jerawat akan datang serang korang jika korang tak peka akan kebersihan diri atau tidak mencuci makeup sebersih-bersihnya terutamanya sebelum tidur.


3. TAK PERLU PAKAI PELEMBAP UNTUK KULIT BERMINYAK

Salah ni. Pelembaplah yang membantu menstabilkan kembali keadaan kulit agar penghasilan minyak dapat dihadkan.


4. FOUNDATION MENYUMBAT PORI WAJAH

Sebaliknya dengan memakai lapisa foundation atau bedak asas sebenarnya dapat membantu melindungi liang pori dari terkena sinaran UV, terkena habuk, debu kotoran mahupun partikel-partikel halus yang akan menyesak pori wajah sebelum menjadi keras membentuk jerawat, whiteheads dan blackheads.

Walaupun korang pakai makeup, muka korang masih boleh bernafas. Jangan risau ye :D


5. SELULIT BOLEH DIHAPUSKAN DENGAN PENGGUNAAN PRODUK MEDIKASI

Krim ubat-ubatan atau kecantikan sama sekali tidak dapat menghapuskan selulit. Hanya senaman, amalan diet yang seimbang dan urutan yang dapat memecahkan serta menghilangkan lemat selulit degil.

Cuba manfaatkan teknik dry body brushing!


6. LEBIH TINGGI NILAI SPF, LEBIH TINGGI KADAR PERLINDUNGAN

Nilai SPF pada korak pembungkusan krim pelindung cahaya matahari tidak menggambarkan tahap perlindungan yang diberikan kepada kulit bahkan cuma memberi andaian kepada korang berapa lama perlindungan itu boleh bertahan.

Jika korang berada di bawah terik sepanjang hari, seseorang perlu menyapu krim perlindungan beberapa kali secara berkala untuk memastikan ia terpelihara secara menyeluruh.

Kata pakar, sila gunakan krim pelindung dengan SPF 15, sapu setiap 2 jam sekali. Bukan sekali je ye.


7. AIR PANAS KEMBANGKAN PORI, AIR SEJUK KECILKAN PORI

Liang pori pada wajah tidak sensitif pada suhu. Sebenarnya apa yang berlaku adalah air panas akan membuatkan permukaan kulit membengkak sedikit dan sebab tu la pori terlihat terbuka dan mengembang. Apabila wajah disimbah dengan air sejuk, ia sebenarnya akan kembali kepada saiz asal bukannya bertambah kecil.


Jadi, mitos-mitos ni janganlah dipercayai lagi ye. Semoga ianya bermanfaat untuk korang ^^


16 comments:

  1. Ye ker?Apa-pun dari kita jak tuh mau percaya atau tidak..

    ReplyDelete
  2. nice entry sis . hihi , done follow

    ReplyDelete
  3. Hihi.. Ade gak terkena btg hodung nih.. Salu dgr ckp2 org kan.. Hikhik..

    ReplyDelete
  4. Sekarang dah start pakai sunscreen :D Dan betul kena pakai lebih dari sekali sehari kan.

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing. Kesimpulannya kena jaga kebersihan kulit baru la jerawat susah nak muncul.

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D