Editing Blog | Atiehilmi.Com - Syahirah Valiant

October 18, 2017

Editing Blog | Atiehilmi.Com

Editing Blog Atiehilmi.Com | Alhamdulillah. Siap lagi satu editing blog daripada kakak blogger cantik kita ni. Editing sebenarnya bukan lah kepakaran Nurul. Tapi Nurul minat dan ceburi bidang ni sedikit demi sedikit dengan bantuan photoshop dan youtube. Hehehe. Belajar dari youtube je tau.

Jadinya, cikai-cikai je la hasil daripada Nurul ni. Asalkan ianya simple dan sedap mata memandang. Betul tak? Kalau yang design serabut-serabut ni Nurul tak gemar sangat dan bukan lah kepakaran Nurul. Jadinya, kalau korang nak Nurul buat editing blog, pastikan taste korang jenis yang simple je ye :D


Setelah bincang punya bincang, jadi la blog kakak cantik ni. Alhamdulillah, walaupun banyak coding yang tak kena, boleh juga Nurul hasilkan blog yang comel dan simple ni. Paling penting, blog haruslah senang loading tau ! Kalau tidak, orang pun malas nak masuk blog kita tu.

Kecantikan blog adalah subjektif. Yang penting dalam blog adalah content dan ringan. Sebab selalunya readers akan tengok semua ni. Kalau blog awak tu berat, akan menghabiskan data orang. Ingat senang ke nak tarik hati readers tu untuk baca blog kita. Tak kan?

Jadi, kalau korang nak buat editing blog sendiri, sedikit tips untuk korang adalah korang kena pastikan blog korang tu tidak berat dan tidak akan membebankan readers. Hehehe :D Sikit je kan tips nya. Kata sikit tadi. Nanti-nanti la Nurul ulas lagi pasal tips editing blog ni ye.



Dan istimewanya editing blog dengan Nurul ni adalah Nurul akan edit sekali SEO blog korang sampai lah jadi 100%. Kenapa seo ni kena jadi 100%?

Ini lah yang memainkan peranan untuk munculkan blog kita di halaman google. Nurul memang titikberatkan seo ni pada setiap blog yang Nurul edit. Jadinya, hanya RM50 sahaja untuk pakej editing blog dan seo. Murah kan? Hehehe. Nurul tak nak ambil mahal-mahal sebab Nurul faham, Nurul edit simple dan memang berbaloi dengan hasil yang akan Nurul bagi dekat korang.


Dan terima kasih kakak cantik sebab gunakan khidmat Nurul yang tak seberapa ni. Halalkan mana yang terkurang ye :D


10 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D