Coffee Testing By Lesoel Coffee - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 02, 2017

Coffee Testing By Lesoel Coffee

No automatic alt text available.

Pada Ahad yang lepas iaitu 1 Oktober 2017, Nurul dijemput hadir untuk menyertai satu event yang mungkin akan menjelouskan coffee lover. Hehehe. Alhamdulillah, event yang sangat best dan banyak input yang Nurul dapat dalam event ni. Kita datang event bukan sekadar nak bersuka ria je tau. Tapi macam-macam yang kita belajar antaranya Nurul dapat belajar macam mana nak bergaul dengan orang.

Dan paling penting, Nurul dapat belajar sesuatu yang sangat menarik tentang kopi. Pada mulanya Nurul bukan lah penggemar kopi tau atau bukan lah dipanggil sebagai coffee lover. Tapi Nurul suka bau kopi sebab ianya akan mendatangkan aroma yang sangat menenangkan. Lagi-lagi seperti kopi oleh Lesoel Coffee ni. Bauan aroma dia tersangat lah berlainan daripada kopi dekat pasaran luar. 

Kenapa Nurul cakap macam tu? Sebab Lesoel Coffee ni tesktur yang sangat lembut dan tak kuat. Bila pegang je serbuk kopi tu, memang sangat lembut. Memang adunan yang sangat soft. Jom Nurul story serba sedikit tentang Lesoel Coffee ni. Coffee lover kena baca sampai habis tau. Hehehe ^^



LESOEL COFFEE

We are coffee lovers who appreciates convenience and also great coffee at the same time. We are constantly searching for the most unique aroma & taste for coffee lovers by exploring & roaming just like the wolves and putting authenticity, convenience and simplicity into every cup of coffee, touching people's lives in the process.

Le Seul means ....

One and only or Unique in French. We made it our mission to deliver the most convenient cuppa with aroma and taste so unique, it will surprise all coffee lovers.

Apa yang Miss Vinci story dekat Nurul hari tu bahawa perniagaan ini merupakan perniagaan kopi di mana beliau ingin mencari kelainan terhadap kopi. Perasan tak orang Malaysia suka minum kopi dengan gula? Tapi bagi chinese, mereka suka minum kopi tanpa gula. Pada mulanya memang agak pelik kenapa tak letak gula. Tapi bila Nurul rasa tu, umphhhh ! Serious sedap. Hahaha.Walaupun kopi tanpa gula, ianya tak rasa pahit langsung dan memang sangat ringan rasa dia. 

Kalau kopi dekat pasaran tu kalau tak letak gula memang akan pahit kan. Tapi Lesoel Coffee ni langsung tak rasa pahit yang tak boleh minum langsung. Nurul pun boleh minum, maksudnya coffee lover pun mesti la suka sangat-sangat kan ^^



Sekarang ni kopi yang dijual banyak yang berbentu serbuk kan bila kita buka je plastik nya. Tapi Lesoel Coffee membuatkan kelainan dari segi packaging di mana mereka membuat dalam bentuk sachet. Kira ala-ala dekat hotel. Tapi yang hebatnya, 1 sachet untuk kita minum pun dah memadai tau. Memang kopi akan pekat walaupun kita guna 1 sachet sahaja. Dan paling bestnya, serbuk kopi ni sangat halus di mana kita kacau dia memang terus hilang. So takde la serdak-serdak kopi tu. Nurul memang tak suka serdak kopi bila tengah minum tu. Tu yang bila tengok sangat best. Minum pun tenang.

Jadi, dengan adanya packaging sachet ni, mudah la untuk kita bawa ke tempat kerja ke, pergi travel ke. Sangat mudah. 1 kotak ni ada 12 sachet tau. memang mencukupi sangat sebab selalunya kopi ni orang minum waktu pagi je kan. Jadi, ianya bekalan yang sangat mencukupi untuk dibawa travel.


Bukan hanya kopi je. Nurul pun dapat merasa aiskrim yang sangat best. Sedap dan tekstur air krim ni sangat berat di mana ianya sangat mengenyangkan. Hehehe. Pelbagai pilihan yang boleh kita rasa sampaikan Nurul pun boleh rambang mata tau. Ni tengah sibuk nak memilih aiskrim yang sesuai dengan rasa yang bakal digabungkan dengan kopi istimewa ini.




Dan akhirnya Nurul pun memilih aiskrim perisa Rocher. Rasa dia memang serious la Nurul cakap. Sedap sangat-sangat. Nurul pun memang chocolate lover, jadi ianya sangat kena dengan tekak Nurul. Dengan ada coklat-coklat larva tu. Hahaha. Memang ini jadi salah satu aiskrim favourite Nurul la. Terima kasih pada pihak Piccoli Lotti juga sebab berikan aiskrim percuma ni ^^

Dan paling penting, bila aiskrim ni minum sekali dengan Lesoel Coffee, ianya sangat best. Rasa yang pekat bergandingan dengan rasa yang lembut, memang akan mengkhayalkan pada sesiapa je yang merasa. Coffee lover patut cuba menu baru ni tau ^^


Ni yang best sangat tau. Owner Lesoel Coffee sangat peramah orangnya. Walaupun busy dengan tetamu yang hadir, masih sempat untuk berborak dengan kami sebagai blogger. Then kita tanya-tanya tentang kewujudan Lesoel Coffee ni. Sebenarnya mereka ni bride to be tau. Hehehe. Congrats ^^ Datang je event mereka ni, dapat good news macam ni. Siapa yang tak happy kan. ^^

Nurul bukan berseorangan hadir event Lesoel Coffee ni. Nurul bersama 2 orang blogger lagi datang memeriahkan lagi event mereka. Boleh la Nurul kenal dengan blogger lain juga kan. Kan dah dapat kawan baru :D



Sebelum balik tu sempat lagi berselfie dengan PR Liyana yang sudi menjemput kami ke event yang super duper hebat ni. Suasana event ni sangat macam ala-ala santai tau. Pernah kan pergi cafe yang tenang je. Macam tu la juga situasi dekat sini. Yang paling best bila kita pekena dengan Lesoel Coffee tu ^^




"Dah puas minum kopi tu, tak nak ke share dengan kitaorang dekat mana nak beli?"

Hehehe. Nak share la ni. Lesoel Coffee buat masa sekarang hanya boleh didapatkan di online sahaja tau. Senang kan. Order dan barang akan sampai depan pintu rumah anda :D










CONTACTS :






12 comments:

  1. Replies
    1. hahahaha.. kan.. rasa pun memang yummy ! ^^

      Delete
  2. Saya peminat kopi..tp tak boleh telan tanpa gula..kena cuba coffee ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu kena try kopi ni.. walaupun takde gula memang sedap :D

      Delete
  3. Tengok gambar tu pun macam dah boleh hidu haruman aroma kopi tu.. fuhh

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa dapat ke food event! coffee nya pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. coffee dia memang menarik ^^

      Delete
  5. Memang akak so jealous dengan Nurul okay..
    Nurul dapat minum kopi best.. Melting nampak coffee dalam mug tu..
    Harus cari di Lazada.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kopi dia memang best kak.. akak kena cuba tau ^^

      Delete
  6. wahhhh dah update !! cepatnya >__<

    Ais krim tu sedap2 kan <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kena update.. nanti bertindih dengan keje lain.. yeahhh ! sangat betul :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad