Cara Terbaik Untuk Membersihkan Berus Makeup Anda - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 04, 2017

Cara Terbaik Untuk Membersihkan Berus Makeup Anda

makeup, pink, and Brushes image

Siapa yang suka makeup ni mesti ada berus makeup kan? Yeahhh ! Sama juga la dengan Nurul. Hehehe. Tapi, korang tahu tak brush ni sebenarnya kena cuci juga? Kalau tahu bagus. Tapi kenapa kena cuci? Ok, berus tu korang kena cuci supaya bakteria-bakteria dan kotoran lain tidak hinggap di wajah kita. Korang boleh anggap ni salah satu untuk menjaga kebersihan juga. Ye la kan ~ Siapa pula nak pakai brush yang kotor-kotor tu.

Brush makeup ni juga kalau boleh jangan share dengan orang lain ye. Nurul cadangkan korang untuk cuci berus makeup korang sekali seminggu. Ataupun dua kali seminggu ikut pada kekerapan korang menggunakan solekan. Jadi, berus korang akan tetap bersih bila digunakan.


Terdapat 2 cara untuk membersihkan berus-berus makeup korang tu dengan betul berdasarkan jenis personaliti dan sejauh mana yang korang sempat. Hehehe. Aktiviti harian juga akan membantutkan kita untuk cuci berus tau. Jom ikuti langkah ini :D


BASUHAN YANG KUAT

1. Beli makeup remover yang jenis spray tu untuk korang bersihkan brush. Jenis ni senang untuk korang cuci dekat tempat kerja atau time korang berjalan. Jadi, berus korang tak terbiar lama.

2. Gosokkan kepala berus ke depan dan ke belakang di atas tuala atau tisu secara berulang kali sehingga tiada lagi kesan kotoran yang tinggal.

3. Korang kena sembur pada berus yang berlainan dalam waktu yang berbeza ye. Jangan pakai sekali sembur je. Nanti tak bersih.


BASUHAN YANG LEMBUT (yang boleh dibuat sendiri)

1. Tuangkan satu sudu besar syampu bayi atau syampu organis ke dalam satu mangkuk kecil. Kemudian, tambahkan air suam supaya ianya berbuih. Celupkan berus ke dalam campuran tersebut (hanya satu berus pada satu-satu masa), pusingkannya dengan lembut untuk biarkan kotoran tersebut hilang.

2. Selepas membasuhnya, biarkan berus-berus tersebut direndam selama 5-10 saat, tidak lebih dan tidak kurang.

3. Ambil satu persatu berus dan alirkan ke air sejuk di atasnya untuk membuang baki kotoran dan korang boleh rapikan bulu-bulu berus tersebut.


Related image

Jadi, sangat mudah sebenarnya untuk kita menjaga kebersihan berus makeup kita. Jangan biarkan berus makeup korang tak berbasuh ye. Kotor tau. Nanti nak calit dekat muka dah payah. Nanti mula la tumbuh jerawat ke apa. Kan lagi merana. Jadi, lebih baik korang basuh berus makeup korang sebelum terlambat ^^



7 comments:

  1. sha basuh sendiri je haha tapi jarang makeup. brush beli letak dalam kotak je😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. brush memang basuh sendiri je :D

      Delete
  2. Baru saya tahu yang berus mekap ni kena cuci Dan Ada caranya nak cuci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. nak cuci brush makeup pun ada caranya yang betul :D

      Delete
  3. wah, thank you share! nak cuba la cuci macam ni pulak..

    ReplyDelete
  4. nice tips...nak try cara kedua tu :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad