Bukan Semua Orang Suka Dengan Apa Yang Kita Lakukan

By Nurul Syahirah - October 14, 2017

Bukan Semua Orang Suka Dengan Apa Yang Kita Lakukan | Ok, entri ni lebih kepada personal ye. Atau lebih kurang idea daripada pendapat Nurul sendiri. Mungkin ada yang pernah mengalaminya atau mungkin memang tak pernah mengalaminya. Kalau macam tu, Alhamdulillah. Awak sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang supportive. 

Kenapa terdetik hati Nurul nak bercerita tentang ini? Sebabnya hari ini merupakan hari yang mungkin akan menjadi hari yang tak best untuk Nurul. Sebab apa? Adalaaahhhh ~ Hehehe. Takde la. Yela kan ~ Ada masa-masa yang ada je orang nak *kondem* kita. Ada je orang nak kritik apa yang kita buat.

Image result for down emotion

Kadang-kadang sampai terdetik dek hati, tak boleh ke kita buat apa yang kita suka. Tak boleh ke kita buat sesuatu yang kita selesa. Dan macam-macam lagi. Sebab kita nak buat sesuatu tu kita tahu benda kita buat tu tak salah. Tak merugikan kita. Tapi kenapa je ada orang yang suka sangat *kondem* kita.

Tak kisah la siapa pun. Kawan-kawan, adik-beradik, malah keluarga sendiri pun boleh menjatuhkan kita. Tak percaya? Takpe. Nurul dah hadapi semua ni. Tapi Nurul telan sebaik mungkin. Nurul ambil apa yang mereka-mereka ni cakap sebagai cabaran untuk Nurul.

Kenapa Nurul berlagak kuat sedangkan hati ini lemah? Sebab buat apa kita nak tunjuk kelemahan kita dekat orang kan. Biarkan .... Bila kita dah berjaya, itu la yang akan mengejutkan diaorang daripada mimpi dan dunia *kondem-kondem* ni. In Sha Allah.


Bukan apa, cumanya kalau boleh, jadilah seorang yang supportive. Tak kira la dengan sesiapa pun. Jangan sesekali ada niat untuk menjatuhkan. Antara kawan, malah keluarga sekalipun. Jangan ! Kerana orang yang awak jatuhkan tu la akan menjadi tulang belakang awak. Akan menolong awak tatkala susah. Pada Nurul, memang mudah untuk orang ambil kesempatan. Sebab Nurul akan fikir baik je tentang orang tu. Tapi Nurul bukan bodoh untuk menilai. :)

Hadam baik-baik ayat kesat orang lain tu. In Sha Allah, awak akan berjaya. Nak menangis kerana tak tahan? Menangis la. Menangis sepuas hati awak. In Sha Allah, itu yang akan melegakan awak. Air mata bukan menunjukkan kita lemah. Tapi air mata untuk kita terus kuat hadapi cabaran yang seterusnya. ^^

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments