Bonding Time With My Siblings - Syahirah Valiant

October 22, 2017

Bonding Time With My Siblings

Image result for bonding time siblings

Bonding Time With My Siblings | Bukan selalu kita ada masa untuk keluar dengan keluarga atau adik-beradik. Seriously memang bila kita asyik busy je memanjang, memang takkan ada masa untuk lepak atau keluar dengan keluarga. Mana taknya, bila balik keje tu, dah penat confirm-confirm la rasa nak tidur kan. Memang tak dan nak lepak dengan family.

Cuma hari sabtu atau ahad je. Itu pun kalau Nurul tak busy. Jadi, bila ada masa free tu, memang akan gunakan untuk lepak dan keluar bersama. Macam Nurul cakap tadi, bukan senang untuk ada time macam ni. Sekarang Nurul luangkan masa dengan family dan adik-adik. Nanti bila dah ada keluarga sendiri, macam mana agaknya nak agihkan masa tu. Takut-takut !

Nak dijadikan cerita, semalam dapat juga la Nurul keluar dengan adik-adik nakal Nurul ni. Hahaha. Bukan selalu kan. Dapat lah belanja diaorang ni makan dan tengok wayang. Walaupun tak gaji lagi ! Hehehe. Tapi takpe, ibu selalu pesan, lagi banyak kita keluarkan untuk keluarga sendiri dengan ikhlas, lagi banyak yang Allah akan bagi nanti. Percayalah ~ Jadinya, memang Nurul akan selalu ingat apa yang ibu cakap walaupun time tu rasa macam duit tu tak cukup je.




Sempat la belanja adik-adik ni secret recipe. Takpe, bukan selalu pun kan. Ganti tugas ibu abah pula. Hahaha. Selalunya ibu abah je yang belanja kitaorang.

Bila si wafiq aiman tu tahu kaklong dia nak belanja secret recipe, bukan main seronok lagi dia. Memang pas-pas semalamnya birthday dia. So ini hadiah daripada kaklong ye :D



Perut dah kenyang, kita pergi tengok wayang pula. Gambar terkabur. Hahaha. Nak tahu Nurul dengan adik-adik tengok cerita apa?

>> USHA SINI <<



Ok, nak story tentang adik-beradik Nurul ni sikit. Nothing special about us. Cumanya sangat special bagi Nurul. Hahaha. Nurul merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Sorang lagi tak mau ikut sebab katanya nak exam. Eh, mengada kau :p

Ok, kiranya Nurul ni kaklong la. Nurul memang seorang kakak yang agak garang kalau diaorang-diaorang ni buat salah. Paling terer nya, adik kedua Nurul ni payah nau nak dengar cakap Nurul tau. Tapi bila dah kena tu, baru dia akan cakap "betul la cakap kau long." Kan ~ Kita cakap tu bukan lah apa sangat kan. Cuma untuk kebaikan dia juga. 

Dan yang lelaki ni yang paling bongsu dan paling manja. Nurul tak tahu la dah besar nanti macam mana. Hahaha. Plus mengada ! Semua dia je. Tapi Nurul memang rapat dengan adik bongsu ni. And yang ketiga takde dalam gambar sebab dia tak nak ikut. Yang itu memang ikut kepala dia je. Apa yang dia rasa dia nak buat, dia akan buat. Tak heran dengan semua orang. Hahaha. Sabor je la ~



Jalan-jalan dekat ioi tu, terjumpa keychain-keychain comel. Last-last nampak ada BAYMAX ! Korang pun tahu kan Nurul ni addicted dengan baymax. Hahaha. Last-last grab la satu. Comel sangat tau ! Letak dekat kunci kete :D




Dah, jom balik. Penat dah. Hahaha. Rata-rata gambar Nurul semua Nurul ootd yang simple-simple je kan. Sebab bagi Nurul, biarkan simple asal kita selesa. Kalau nak pakai yang crowded-crowded sangat tapi kita tak selesa. Buat apa kan. Nurul pun memang jarang sangat makeup. Cukup la sekadar :

Serum + CC Cream + Eye treatment + Compact powder + Lip balm


So, kaki dah melecet dan puas la kita berjalan. Hahaha. Tak salah untuk kita curi sikit masa untuk bersama dengan keluarga dan adik-beradik. Sebab mereka la penguat kita untuk kita berjaya selama ni. Gaduh-gaduh tu biasa. Nurul pun ada. Tapi "air yang dicincang, takkan putus" dan macam itu la hubungan kekeluargaan ^^


6 comments:

  1. seapnyaa kek..:)
    singgah hujung minggu..")

    ReplyDelete
  2. Sangat beruntung kerana ada beradik yang sporting..

    ReplyDelete
  3. Best lah ada kak long yang sporting dan belanja adik-adik

    ReplyDelete
  4. kak liez suka habiskan masa dgn family terutama mak ka liez...
    even dah kahwin husband still xkisah if kak liez lepak or pergi rumah parent even dia kat rumah..sbb kak liez mmg xde kawan bff.. since dr dulu boleh kira je berapa kawan yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. lepak dengan family tu lagi best kan.. Nurul pun jenis bukan yang ada ramai kawan pun.. so memang dengan family je la :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D