Blog Berwajah Baru | Design By Sis Awa

By Nurul Syahirah - October 03, 2017


Assalammualaikum semua !!! Entri ni berdasarkan perasaan excited Nurul tau. Hehehe. Seriously lagi semangat nak buka blog ni. Tapi kenapa?

Haaa ! Korang perasan tak blog Nurul dah berwajah baru. Yeahhhh !!! Akhirnya blog Nurul bertukar wajah lagi. Mungkin kali ni template yang akan digunakan lama. Nurul memang cepat bosan sampai sebulan tu berkali-kali tukar template. Tapi kalau sekali Nurul dah puas hati, memang akan guna lama template tu. And kali ni memang Nurul super duper puas hati sangat sebab template ni seriously cantik !


Nurul memang dah lama usha hasil tangan daripada Sis Awa. Siapa tak kenal kan design graphic yang hebat sekarang ni. Harga yang ditawarkan pun tersangat la murah sehinggakan Nurul tak sabar nak ambil perkhidmatan beliau. Dan akhirnya Nurul terjebak juga.

Dan paling terharu, Nurul dapat warna tema favourite Nurul !! Time Sis Awa kasi design tu, serious rasa nak menangis sebab tak sangka boleh kena dengan warna kegemaran Nurul. Bukan apa, Nurul memang agak cerewet bab-bab warna ni. Nurul cuma inform dekat Sis Awa yang Nurul nak warna pink. Tapi tak sangka Sis Awa dapat detect warna favourite Nurul. Nurul tak tahu warna apa sebenarnya. Last-last inform je warna pink :D


Blog pun makin kemas dan teratur. Template pun senang loading dan sangat ringan. Paling penting ianya mesra SEO. Hari ni juga dapat, hari ni juga ku pasang dekat blog. Hehehe. Memang kena dengan citarasa Nurul ^^ Tq Sis Awa sebab sudi melayan karenah Nurul yang mengada ni. Hohoho :D

Pada siapa nak tempah design blog tu, boleh la contact Sis Awa ye. Seriously memang korang akan berpuas hati dengan design yang diberi. ^^







  • Share:

You Might Also Like

30 Comments