Bahaya Cakaran Kucing Pada Manusia - Syahirah Valiant

October 11, 2017

Bahaya Cakaran Kucing Pada Manusia

Kucing lover mesti suka gomol-gomol kucing tu kan. Ada satu tahap sampai kucing tu rimas. Paling sakit hati bila kucing tu mencakar nya kulit cantik kita ni. Hahaha. Tu memang geram. Rasa nak marah je. Tapi kucing tu pun marah kita sebab dia rimas. 

Dan caranya untuk bagitahu kita yang dia rimas adalah dengan mencakar atau paling-paling pun menggigit. Macam kucing Nurul. Dia tu memang langsung orang tak boleh pegang sangat. Cepat je tangannya nak mencakar. Walaupun dah potong kuku dia, tetap rasa pedih. Alahai ~ Tapi korang tahu tak, cakaran kucing pada kulit manusia pun akan membawa kepada keburukan tau. Apa benda keburukan tu?

Image result for cakaran kucing

Tajam kan? Hahaha. Sebenarnya cakaran kucing pada manusia sangat berbahaya tau. Korang kena take note dan kena tengok dekat kucing korang juga. Korang juga jangan lupa untuk selalu bawa kucing ke doktor haiwan atau ke salon kecantikan untuk merawat kesihatan tubuh kucing tersebut. Ianya akan menggelakkan sebarang virus yang berbahaya pada kucing kesayangan korang.

Bukan hanya pada cakaran je yang merbahaya. Malah bulu kucing pun merbahaya. Bahkan air liur kucing pun merbahaya untuk manusia kerana terdapat kuman Bartonella Henselea yang sangat bahaya kalau terkena manusia. Untuk itu, selepas korang pegang kucing kesayangan korang tu, pastikan cuci tangan dengan bersih ye.


BAHAYA CAKARAN KUCING PADA MANUSIA


1. CSD ATAU CAT SCRATCH DISEASE

Penyakit ini biasanya dipanggil sebagai Cat Scratch Disease (CSD). Gejala awalnya adalah demam dimana demam ini disebabkan kerana adanya bakteria. Demam juga merupakan tanda tubuh anda mengalami infeksi dan merupakan tanda virus akibat bekas cakaran kucing. Selain daripada cakaran, penyakit ini berasal dari jilatan kucing.


TIPS MENCEGAH CSD

Ada beberapa tips yang boleh korang gunakan untuk mencegah CSD ni.

1. Selepas memegang kucing, korang perlu membasuh tangan sebelum melakukan aktiviti lain. Basuh dengan bersih ye supaya kuman yang ada pada kucing tidak melekat pada tubuh kita.

2. Jangan selalu membelai kucing kerana tubuh kucing juga mengandungi virus Bartonella Henselea yang ada pada kutu kucing. *ni tak boleh buat sebab kucing ni comel sangat. Memang akan pegang selalu. Hehehe*

3. Mandikan kucing korang selalu supaya tidak dijangkiti virus yang berbahaya.



2. RABIES

Rabies bukan hanya ada pada anjing je ye. Kucing pun pembawa kepada virus ini cumanya nisbah nya yang agak sedikit. Sebenarnya rabies bukan disebabkan oleh cakarannya, namun air liur kucing yang ada di kaki kucing yang menjadi puncanya. 


CARA MENGATASI RABIES

1. Cuci bekas cakaran. Lepas kena cakar tu, cepat-cepat pergi basuh tempat kena cakar tu dengan sabun. Memang agak pedih. Tapi abaikan kerana dengan cara ini akan dapat membersihkan kuman yang ada.

2. Gunakan serum anti rabies.

3. Buat pemeriksaan doktor dengan kerap.



3. PENYAKIT JANTUNG

Cakaran kucing menjadikan bakteria streptokokus mudah untuk masuk melalui aliran darah setelah kita kena cakar dalam jangka waktu enam hari. Bila tangan kita mula membengkak atau bertukar menjadi ungu, itu tandanya kita mengalami keracunan pada darah. Jadi, pergi jumpa doktor cepat-cepat untuk dapatkan rawatan susulan.

Bakteria ini juga akan mengakibatkan manusia mengalami penyakit jantung. Sebab tu la kalau nak bela kucing pun kena berhati-hati. Di sebalik kecomelan mereka, terselitnya sesuatu yang agak bahaya.


So, pada yang bela kucing tu pun kena jaga-jaga tau. First step adalah dengan hantar kucing anda pergi vaksin. In Sha Allah, kita akan selamat bersama anak berbulus kita tu ^^


5 comments:

  1. terima kasih kongsi info ttg cakaran kucing..terbaik..salam kenal awak, moh ler lawat blog saya https://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, masukkanlah blog saya y tak seberapa tu dalam senarai bloglist awak..huhu.

    ReplyDelete
  2. bahaya sangat. kalau ada sakit susulan tu cepat-cepat pergi klinik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. risau jugak kalau ada kuman dekat cakaran dia tu..

      Delete
  3. Memang bahaya. Cakaran kucing tak boleh dipandang ringan.

    Pernah nampak orang biarkan cakaran kucing akhirnya luka tu merebak sehingga terpaksa di potong tangan beliau..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D