Amalkan Tips Ini Dan Anda Sudah Bersedia Untuk Jalani Latihan Industri - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 12, 2017

Amalkan Tips Ini Dan Anda Sudah Bersedia Untuk Jalani Latihan Industri

Amalkan Tips Ini Dan Anda Sudah Bersedia Untuk Jalani Latihan Industri | Setiap pelajar IPT mesti ada dalam modul pembelajaran tentang latihan industri. Betul tak? Latihan industri ni sangat penting untuk semua pelajar kerana dalam latihan ini akan dedahkan pelbagai info yang sangat berguna untuk kegunaan pelajar dalam pekerjaan. 

Ada juga pelajar yang menyatakan latihan industri ni tak penting. "Alaaaa. Latihan industri je. Bukan kerja betul-betul. Tak payah buat pun takpe kan." Eh, banyak cantik muka awak. Nak lulus kan? Nak berjaya kan? Kena la usaha sikit ye. Lagipun latihan industri ni akan dedahkan korang dengan banyak benda yang ada dalam dunia pekerjaan. Jadi, masa bekerja nanti takde la terkial-kial.

Image result for intern

Latihan industri merupakan satu latihan yang menyediakan bakal graduan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar. Selama ni kita belajar je kan dalam kelas. Kali ni kita kena apply kan apa yang kita belajar tu dalam kerja. Jadi, takde masa untuk main-main ye. Tak rugi pun latihan industri ni sebab ianya akan dedahkan perkara baru kepada para pelajar. Benda-benda ni semua sangat berguna untuk pelajar bila dah hadapi dunia pekerjaan.

Jom amalkan 6 tips yang Nurul akan share untuk korang dan korang sudah bersedia untuk jalani latihan industri dengan yakin dan berjaya.


1. BERSEDIA AWAL

First sekali sebelum korang pergi latihan industri tu, korang kena kenal syarikat tu dulu tau. Kenal macam mana? Setiap syarikat majoriti memang ada web atau info-info yang ada dalam google tu. Korang just baca dan ingat apa yang ada dekat syarikat tu. Dan apa yang syarikat tu buat. Paling tepat korang perlu cari maklumat tentang syarikat tu.

Lepas dah kenal syarikat tu, korang kena tahu skop atau modul latihan yang bakal diberi. Ini akan membuatkan korang lebih ready dengan kerja-kerja yang korang perlu lakukan. Dalam dunia pekerjaan ni lebih kepada perkara kemahiran tau. Sebab tu kemahiran tu penting bila kita nak bekerja. Dan dalam dunia pekerjaan ni akademik kita hanya diuji sahaja. Sejauh mana yang kita faham apa yang kita belajar selama ni.


2. HARI PERTAMA

Wajib buat !! Datang 15 minit awal tau. BUKAN 15 MINIT LAMBAT ! Hahaha. Jangan main-main ye. Walaupun hanya intern, kedatangan tu diambil juga ye. Syarikat akan tengok attitude kita macam mana. Itu juga akan melambangkan personaliti diri kita dan juga tempat kita belajar. Bila korang datang awal tu, korang boleh kenal-kenal kawasan syarikat tersebut. Kan best. Itu tandanya kita boleh berdikari sendiri.

Bila dah sampai tu, mesti la ada sesi suai kenal kan? HR selalunya akan briefing tentang syarikat dan keperluan yang perlu ada untuk bekerja. Paling penting korang jangan lupa tanya tentang pakaian yang perlu korang pakai semasa bekerja ye. Sebab ada sesetengah syarikat yang menyediakan uniform sendiri.


3. BAWA DOKUMEN BERKAITAN

Selalunya pensyarah korang akan meminta korang untuk bawa dokumen yang diperlukan yang dibekalkan daripada pensyarah. Contohnya surat tawaran dan perakuan dari institut. Selalunya dua dokumen ni sangat penting dan first day tu memang majikan tempat korang praktikal tu akan minta.

Ada juga sesetengah syarikat yang meminta korang untuk isi borang daripada syarikat mereka. Lebih kurang untuk simpanan rekod syarikat. Sebab semua tu penting untuk syarikat. Jadi, korang perlu isi ye. Haaa ! Jangan lupa bawa pen siap-siap. Hehehe. Walaupun akan tersedia, tapi korang sediakan siap-siap menandakan yang diri kita ni bersedia awal.


4. MAKLUMKAN APA YANG HENDAK DIPELAJARI

Ada IPT yang sediakan skop dan modul yang perlu dipelajari dan benda ni korang perlu maklumkan kepada pihak majikan supaya pihak majikan tahu apa yang korang perlukan. Jadi, ianya akan memudahkan korang juga untuk belajar. Jangan malu-malu untuk tanya ye.

Kalau tidak disediakan, takpe. Ini peluang untuk korang bagitahu apa yang korang nak belajar. Jadi, pihak majikan akan mudah untuk menyediakan latihan yang diperlukan untuk korang.


5. TEMUJANJI DENGAN PENSYARAH

Selalunya pensyarah akan datang untuk pantau kita kan masa praktikal tu. Haaaa. Benda ni korang kena dapatkan kebenaran daripada pihak majikan sebelum buat sebarang komitmen temujanji. Jangan main redah je ye. Mungkin syarikat tersebut ada polisi yang tertentu. Jadi kita kena hormat ^^


6. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Dalam laporan latihan industri korang tu, fakta organisasi yang hendak ditulis adalah perkara yang betul. Jangan main reka-reka je ye. Maklumat tu semua akan dinilai oleh pihak organisasi dan pihak IPT. Dan pastikan laporan latihan industri korang tu SIAP ye ^^ Hehehe.


Jeng jeng jeng ~ Itu sahaja tips ringkas yang Nurul boleh kasi berdasarkan pengalaman Nurul. Boleh la korang applykan ye. Good luck pada sesiapa yang bakal menjalani latihan industri. Jangan nervous tau. Yakin pada diri. Ini permulaan untuk korang melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar ^^



10 comments:

  1. Kadang tu time internship tulah company akan nilai kita kan...ada juga company yang terus offer student utk kerja kat situ..tengok performance lah kan..sebab tu kena jaga prestasi kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau dapat diserap terus tu lagi bagus..

      Delete
  2. impression tu penting untuk markah yang bagus :)

    ReplyDelete
  3. Mula-mula memang cuak.. tapi lepas seminggu, rasa best praktikal ni.. lagi best bila abang2 dan kakak2 selalu belanja makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan.. selalu jugak macam tu time Nurul praktikal :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad