8 Jenis Penyakit Sosial Di Tempat Kerja Yang Boleh Merosakkan Reputasi Anda - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 03, 2017

8 Jenis Penyakit Sosial Di Tempat Kerja Yang Boleh Merosakkan Reputasi Anda

Image result for work colleague

Lepas habis belajar sudah semestinya kita nak bekerja. Masa tu juga la kita akan sibuk dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan kita. Dan sudah semestinya kita nak cari pekerjaan yang menjadi idaman kita selama ni. Jadi, sebab itu kita akan mula menyediakan langkah yang teratur dari temuduga sehinggalah ke hari pertama bekerja. Tapi korang tahu tak ada sesuatu yang bakal merosakkan reputasi korang di tempat kerja. Apa benda sikap tu? Baca sampai habis ye ^^

Virus ataupun perangai buruk akan sentiasa ada di tempat kerja. Tidak kira la orang lain yang melakukan atau kita sendiri yang buat. Tapi kalau boleh cuba elakkan kerana ianya akan menjatuhkan reputasi korang. Dan sekaligus akan menunjukkan imej yang buruk kepada majikan.


DISIPLIN
Disiplin dalam pekerjaan tersangat la penting. Cuba korang fikir adakah korang datang awal di tempat kerja selama ni? Apa yang korang pakai? Adakah semuanya korang lakukan dengan disiplin atau tidak. Kalau disiplin korang pun korang tak nak jaga, jangan tanya kenapa korang tak lama dengan syarikat tersebut. Dah buat salah pergi buat-buat tanya pula kan. Haihhh ! Harapnya disiplin kita semua terjaga la semasa dalam pekerjaan.


MALAS
Boleh dikatakan ini virus yang sangat bahaya. Antara simptom yang bakal menjurus korang ke arah ini adalah datang lewat pulang awal, curi-curi tidur, mula mengelak menjadi ketua setiap tugasan berkumpulan dan segala benda perangai buruk. Bila simptom ni muncul, korang faham-faham la ye bahawa penyakit malas sudah menguasai diri korang. Tak nak biarkan sifat tu ada dalam diri? Senang je. Korang buat kerja korang tu dengan penuh tanggungjawab. In Sha Allah, korang akan terhindar daripada penyakit tersebut.


PECAH AMANAH
Jangan sesekali korang menyalahgunakan tanggungjawab yang diberi. Hal ni bukan je boleh menjejaskan nama baik malah akan membawa korang kepada hal-hal yang lebih berat seperti disaman atau dipenjarakan. Kena ingat ye, kita cari rezeki tu biarlah secara halal. Janganlah kerana duit semata-mata, mata korang gelapkan dengan perkara ini dan akhirnya akan membuatkan korang terjerumus ke dalam masalah seumur hidup.


BULI
Penyakit berlagak orang kata. Bukan lah sesuatu yang asing lagi dalam dunia pekerjaan. Hal ni terjadi bila ada je senior dalam syarikat tersebut yang cuba menunjuk kuasa pada staf baru memulakan kerja. Ingatkan zaman sekolah je ada. Rupanya dah bekerja pun ada juga. Jangan buat perangai macam ni tau. Kan lebih elok korang sebagai senior beri tunjuk ajar agar memudahkan operasi kerja seharian di pejabat. Kerja korang sendiri juga yang akan dimudahkan nanti.


LAMAN SOSIAL
Memang hidup kita sekarang ni penuh dengan media sosial semata-mata. Tapi takkan la masa kerja pun korang nak menghadap benda tu kan. Then takkan la korang makan gaji buta je. Tak elok tau. Biarlah kerja yang kita buat tu ikhlas dan gaji yang kita akan dapat tu pun akan terasa banyak. Bila korang menghadap benda-benda tu semua, produktiviti kerja korang pun akan terjejas. Kalau boleh jangan campur adukkan media sosial dengan hal kerja.


GOSIP
Alaaaa. Setiap syarikat ada pasal gosip mosip ni. Hehehe. Benda ni memang tak elok sebab ianya akan menampakkan diri korang tidak produktif. Tapi memang tak dapat dielakkan benda ni. Kadang-kadang ada juga yang membuatkan kita marah kan. Tapi kalau boleh jangan disebarkan.


GANGGUAN SEKSUAL
Huhuhu ! Ni takut sangat. Lagi-lagi pada para wanita. Kalau boleh kita jauhkan lah diri daripada orang-orang yang macam ni. Memang ada tau. Kalau korang ternampak ataupun korang sendiri yang kena, lebih baik laporkan kepada pihak atasan. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Nak buat tindakan pun dah tak sempat nanti.


PMS
PMS ni memang normal la kan. Tapi kalau boleh jangan la dihemburnya orang lain disebabkan korang tu tengah PMS. Kesian orang yang tak bersalah tu. Kalau ada salah nya, cuba tegur elok-elok. Orang pun tak suka kalau kita marah-marah kan. 


Jadi, 8 penyakit ni kalau boleh korang elakkan la ye semasa bekerja. Kita bekerja untuk mencari rezeki. Tapi biarlah rezeki tu yang halal. Kita melakukan kerja dengan telus. In Sha Allah, hasilnya sangat best nanti ^^



8 comments:

  1. Kena take note ni. Tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Yang paling top, sosial media tu..kak fiezz pun kadang ralit sangat dengan sosial media tambah2 bos tak bagi keja sangat..haih, mmg lepak kat socmed je la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Nurul pun gitu juga.. tapi sebelum nak main media sosial tu, siapkan keje dulu.. jangan tak siap lagi dah ralit.. hehehe..

      Delete
  3. Ya lah perlu jaga juga adab bila bekerja dan bersosial media ni.
    Kerja itu tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik jadi bos Masa keje dulu. Jadi Tak Ada lah orang nak.buli hihi

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad