8 Cara Atasi Rasa Rendah Diri - Syahirah Valiant

October 15, 2017

8 Cara Atasi Rasa Rendah Diri

8 Cara Atasi Rasa Rendah Diri | Perasaan rendah diri memang perlu ada pada setiap orang. Sebenarnya perasaan tu merupakan satu perasaan yang bagus. Tapi ! Ada tapi tau. Tapi ianya satu perangai yang tak baik kalau kita terlalu merendah diri sehinggakan orang lain sanggup pijak kita.

Haaaa. Macam mana tu? Maksud Nurul, kita memang boleh ada perasaan dan perangai rendah diri tu. Cumanya kita kena tahu batas. Jangan terlalu merendah diri sehinggakan awak sanggup dipijak oleh orang lain. Tak baik untuk kesihatan tau. Hehehe. Ini serious. Kalau korang memang dah ada perangai tu dan susah nak ubah macam mana?

Jangan risau. Semua benda kita boleh ubah. Cumanya nak atau tidak je. Meh Nurul share serba sedikit cara untuk korang atasi masalah ini. Tapi ingat ye. Jangan sampai jadikan diri korang tu sombong ! Tu lagi tak baik ^^

Image result for humble

1. Hentikan hubungan dengan mereka yang akan membuatkan korang tidak selesa atau yang selalu je mengkritik korang. Contohnya macam ni, pasangan korang yang suka membandingkan korang dengan orang lain. Siapa je yang suka dibandingkan. Betul tak? Itu kalau dalam perhubungan.

Kalau macam antara kawan, kawan korang ni selalu je jatuhkan korang. Ada je benda yang diaorang nak kritik. Kalau benda yang diaorang kritik tu benda elok takpe jugak. Ni benda yang rasanya korang tak buat salah pun. Haaaaa. Hati-hati di situ ye.


2. Hargai diri sendiri. Setiap individu ada kekuatan tersendiri. Ilmu yang korang ada tu tak semestinya orang lain akan ada. jangan takut untuk suarakan pendapat. Sebab mana la tahu pendapat korang boleh diterima pakai. Korang yang untung.

Tapi bila nak suarakan pendapat tu, ada je orang lain kondem? Ahhhh ! Abaikan semua tu. Suarakan aje pendapat korang. Diaorang tu jeles sebenarnya. Tu yang macam tu. Hehehe.


3. Jangan terlalu memaksa diri untuk jadi seperti orang lain. Tolong lah jadi diri korang sebenar. Sebab bila kita jadi diri sebenar, orang akan lagi selesa. Mungkin ada yang tidak. Tapi sila abaikan sebab itu lah diri kita. Kenapa kita nak jadi orang lain sedangkan kita boleh jadi diri sendiri? 


4. Kalau dekat tempat kerja tu, bersaing lah secara sihat. Jangan sesekali korang ada niat nak jatuhkan orang lain. Kalau korang rasa ada orang yang nak jatuhkan korang, korang kena lagi bijak daripada dia tau. Hehehe. Biar dia terkesima terus. In Sha Allah, korang akan berjaya ^^


5. Tanamkan dalam fikiran bahawa korang pun mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka-mereka yang berada disekeliling korang. Fakta ! Orang yang suka memperkecilkan orang lain adalah orang yang sebenarnya tidak yakin dengan diri sendiri. Ayokkk ! Nak ke korang jadi macam tu? Mesti tak nak kan. Jadi, tolong yakin pada diri sendiri.


6. Jika rasa rendah diri korang tu berasal daripada perasaan yang terlalu sensitif atau terlalu mengkritik diri sendiri,itu mungkin disebabkan korang terlalu serius terhadap diri sendiri. Huhuhu. Nurul la ni. Nurul memang agak ada perasaan tu sikit. Tapi slow-slow perasaan tu hilang bila kita yakin pada diri sendiri.

Jangan ambil kisah dengan gosip-gosip yang ada 'berterbangan' di telinga korang. Kenapa orang lain boleh berjaya sedangkan kita tak boleh? Kita pun mampu berjaya seperti orang lain.


7. Jika korang rasa tidak disukai atau tidak diperlukan, itu mungkin kerana mereka meletakkan expectation yang terlalu tinggi terhadap korang. Korang kena palau ke apa. Abaikan. Benda tu semuanya mainan dunia. Kita buat hal kita. Nanti kita yang berjaya. Bukan orang lain kan. Jadi, benda-benda remeh macam ni tak perlu dihiraukan.


8. Jika korang sendiri menerima sahaja untuk selalu berada di posisi kedua, macam mana orang lain nak hargai korang? Haaa. Fikir-fikirkan lah. Orang lain akan menghargai korang kalau korang berada di kedudukan yang pertama. Tak nak ke? Ingat tau ! Hanya diri korang sendiri je yang mampu mengubah nasib diri sendiri.


Perasaan rendah diri ni ada kebaikan dan mungkin akan menjadi buruk kalau kita terlalu berasa rendah diri. Jangan biarkan orang pijak kita seakan-akan kita tidak boleh berjaya. In Sha Allah, semoga entri kali ni memberi manfaat kepada korang ye ^^



4 comments:

  1. Perasaan rendah diri ni membuatkan kita kurang yakin dengan diri sendiri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. setuju tu.. sebab tu kalau boleh jangan terlalu merendahkan diri :D

      Delete
  2. Bahaya nua rasa rendah diri yang melampau ni buat kita susah nak maju ke hadapan. Keyakinan diri tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. kadang2 sampai macam tu sekali..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D