6 Teknik Study Last Minit - Syahirah Valiant

October 30, 2017

6 Teknik Study Last Minit

6 Teknik Study Last Minit | "Aduyai, macam mana la ni. Baru je habis paper petang tadi. Tak sempat nak bernafas lega lagi, esok ada paper lagi. Mana sempat nak study semua subjek kalau macam ni."

Haaaa. Pernah kan korang alami benda ni. Dan Nurul pun pernah juga alaminya. Paper yang berturut-turut sampai risau tak dapat nak cover semua bab. Plus dengan subjek tu subjek susah. Lagi lah buat kita gelabah kan. Mana la nak sempat cover semua dalam tempoh satu malam. Otak pun boleh tepu. Betul tak?

Yang penting, Rileks dan jangan panik ye.

6 TEKNIK STUDY LAST MINIT

Bagi yang terpaksa study last minit tu, bolehlah korang mencuba 6 teknik mudah ni ye. In Sha Allah, akan dipermudahkan. Yang penting, kita dah usaha semampu kita.


1. LIHAT BALIK NOTA
Berbanding membaca kesemua isi kandungan dalam buku teks, disarankan untuk korang membaca nota ringkas atau nota yang telah diberikan oleh guru atau pensyarah kerana biasanya isi yang terkandung tidak panjang seperti dalam buku teks. Ianya sangat "straight forward" dan mudah untuk korang ingat.

Ianya juga mudah difahami. Ada juga guru atau pensyarah yang memberi nota berasaskan point yang penting sahaja dan selalu ditanya dalam exam.

school, study, and motivation image


2. CARI INFO YANG PENTING
Sambil korang baca nota tu, cari juga definisi perkataan yang penting, fakta-fakta penting, konsep yang berkaitan dan sebagainya. Sediakan highlight ye. Mudah untuk korang warnakan bahagian-bahagian yang penting.

Tulis semula isi-isi yang korang rasa penting dalam kertas yang berasingan. Ini kerana akan memudahkan korang untuk mengingati apa yang korang tulis. Dan paling bagus, nota kecil itu korang boleh gunakan keesokan harinya.

Foto Kredit: pinterest.com


3. BACA TOPIK YANG PENTING
Memandangkan agak mustahil untuk korang cover semua topik dalam satu malam, refer semula pada study guide. Korang kena bandingkan tajuk yang diberi dalam study guide dan buku teks. Tapi kebiasaanya guru atau pensyarah hanya akan fokus pada tajuk yang penting sahaja. Jadi, korang juga boleh beri tumpuan pada topik yang lebih dapat perhatian.

Kiranya macam soalan ramalan gitu ~


4. SEMAK 'KEY POINTS'
Apabila korang dah kenal pasti topik yang penting, fahami isinya. Kemudian lihat mukasurat awal dan akhir, sambil tu cari kata kekunci berserta konsepnya.

Jadi, korang akan dengan mudah memahami keseluruhan teks. Biasanya di akhir teks akan diberi summary dan jika ia berkaitan dengan formula, ia juga akan disenaraikan. Jadi, jangan lupa untuk baca muka surat akhir ye :D


5. REVIEW SEPINTAS LALU
Lepas korang dah memahami satu topik, lakukan review sepintas lalu untuk mengetahui sama ada korang dah menguasai topik tersebut atau belum. 

Paling bagus korang bagi markah pada diri sendiri apabila korang berupaya mengingati topik tersebut.


6. TIPS BELAJAR MENGHAFAL
Jika korang masih lagi tak berpuas hati dengan tahap penguasaan terhadap sesuatu topik, korang boleh menggunakan kaedah menghafal. Kaedah ni memang agak sakit sikit sebab ianya berkait dengan hafalan. Tapi teknik ni memang selalu Nurul buat dan Alhamdulillah, boleh lah jawab walaupun tak menguasai topik tersebut.

  • Mnemonic device : Ia adalah cara yang termudah untuk menghafal di mana ia menggunakan kaedah singkatan huruf seperti ROYGBIV untuk warna-warna pelangi dalam bahasa Inggeris.
  • Pegs : Iaitu menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu. Kaedah menghafal juga mudah dengan cara ini.
  • Chunking : Susun info dalam satu kategori. Misalnya dalam subjek kewangan, ia meliputi stok, bon, fund dan sebagainya. Jadi bila berdepan dengan soalan kewangan, korang akan ingat senarai di bawah kategori tersebut.

JANGAN ABAIKAN WAKTU TIDUR !

Walaupun korang bertungkus-lumus untuk study dan buat yang terbaik untuk exam korang, jangan sesekali korang abaikan waktu tidur korang. Waktu tidur sentiasa kena jaga lagi-lagi bila waktu exam menjelma.

Ini kerana jika korang kurang tidur, badan mudah letih, tidak fokus malah akan ada potensi besar untuk membuat kesilapan sewaktu menjawab soalan kerana otak tidka dapat berfungsi sebaiknya.

Pastikan juga korang makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan salmon, kacang, coklat gelap, teh hijau dan jus delima yang kaya dengan protein, omega-3 serta fiber yang meningkatkan lagi keupayaan otak untuk berfikir.


Study last minit ni memang selalu juga students buat walaupun ianya agak tidak elok. Hehehe. Dan Nurul salah seorang yang suka sangat study last minit. Yes ! Nurul mengaku. Hehehe. Dan teknik ni memang selalu Nurul praktikkan bila exam makin tiba.

Semoga berjaya ! :)




2 comments:

  1. akak time study dulu slalu baca key point ja . haha. sbb malas. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sama la kak.. kita pun ingat point2 je..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D