6 Peraturan Pakaian Ketika Dalam Penerbangan - Syahirah Valiant

October 14, 2017

6 Peraturan Pakaian Ketika Dalam Penerbangan

6 Peraturan Pakaian Ketika Dalam Penerbangan | Majoriti memang ramai yang pernah naik kapal terbang kan? Tapi pernah tak korang terfikir dalam kapal terbang pun ada dress code tau. Hahaha. Dress code la sangat. Takde la ~ Maksudnya ada serba sedikit peraturan pemakaian yang korang perlu tahu.

Memang kita pakai pakaian yang selesa. Cumanya kalau boleh biarlah yang sedap mata memandang. Jangan bantai pakai selipar pulak. Hahaha. Selalunya kalau Nurul, Nurul akan matchkan pakaian Nurul dengan tempat atau keadaan sekeliling.

Tak tahu macam mana? Takpe, jom baca sampai habis ^^

Image result for airport

Memang tiada larangan dalam pemakaian untuk berada di dalam kapal terbang. Cumanya pakaian kita tu mesti la nak yang bergaya sikit ke. Yang ada class sikit ke. Yela kan ~ Pakaian kita juga melambangkan keperibadian diri kita sebenarnya. Jadi, tak rugi kalau korang ikut peraturan ni :D


1. JANGAN PAKAI BAJU FAVOURITE
Apa benda pulak baju favourite ni? Sekarang kan memang semua benda kena update dalam Instagram dan Facebook. Pasti korang nak nampak bergaya kan dengan outfit yang korang pakai tu. Tapi jangan korang pakai baju favourite korang, risau ada adegan dalam kapal terbang yang akan menghancurkan baju favourite korang tu contohnya kopi panas tertumpah. Uishhh ! Tak sayang ke dengan baju tu?


2. FESYEN SUMMER
Fesyen summer? Faham-faham la ye fesyen summer macam mana. Terdedah sana sini. Tak sejuk ke nak pakai macam tu dekat dalam kapal terbang. Keadaan dalam kapal terbang ada kalanya akan menjadi sejuk dan ada kalanya akan menjadi panas. Jadi, korang kena la pandai-pandai serasikan dengan pakaian korang pakai tu. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Kalau korang pakai baju lengan pendek tu, eloknya bawa lah baju sejuk atau jaket.


3. SELIPAR JEPUN
Selipar jepun memang selesa dipakai. Betul tak? Rasa ringan je kaki kita. Tapi jangan menyesal sudah la ye. Suhu dalam kapal terbang ada kalanya akan menjadi terlampau sejuk. Beku kaki korang tu nanti. Kalau boleh, pakai lah sneakers atau kasut bertutup untuk keselesaan korang dan penumpang yang lain.


4. BAJU TIDUR
Ada ke yang buat perangai macam ni? Hahaha. Rasanya Nurul tak pernah jumpa lagi. Tapi tak tahu la kalau korang dah pernah terjumpa. Jangan sesekali korang buat. Hahaha. Elok la perangai tu sikit. Perangai slumber korang tu simpan sikit tau. Boleh ke korang berhadapan dengan orang ramai dengan gaya gitu? Hehehe. Mesti tak kan?


5. SELUAR LEGGINGS
Ini mungkin ramai yang buat kut. Seluar ni memang selesa. Tapi itu la. Agaknya sesuai tak dengan suasana dan suhu dalam kapal terbang? Tapi jangan terkejut juga kalau korang tak boleh boarding atas alasan memakai leggings. Ada kes dari syarikat penerbangan United Airlines menghalang penumpang dari menaiki kapal terbang kerana memakai leggings. Jaga-jaga ye ^^


6. PAKAI MINYAK WANGI
Memang takkan lengkap hari kita kalau keluar tak pakai minyak wangi. Kan kan ~ Cumanya jangan lah pakai berlebihan ye. Orang yang 10 batu pun boleh bau. Hahaha. Ini tipu. Tapi sebagai satu perumpaan la ye. Cukup la dengan bauan yang soft dan ringan. Kalau bau yang kuat, kesian penumpang yang lain terpaksa cover hidung bau perfume korang yang tak sedap tu. Hehehehe


So, dah ready untuk bercuti? Yeahhhh ! Tapi malangnya. Kita kerja. Budak sekolah best la cuti sampai seminggu.. Huhuhu. Tapi takpe, semoga perkongsian Nurul kali ni dapat bagi manfaat untuk korang ye ^^



12 comments:

  1. Nice tips Nurul. Baju tidur tu so far tak pernah jumpa, tapi kalau jumpa pun macam cute je dia ni pakai baju tidur. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. cute memang cute.. tapi orang pandang pelik je.. hehehe :D

      Delete
  2. Belum lg naik kpl terbang.. rupanya byk perkara kna amek tahu ye..

    ReplyDelete
  3. Menarik info ni. Lagipun akak tak pernah naik flight lagi ni hehe.

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. kelakar point2nye ira.. tapi kadang2 risau ade orang buat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu la.. risau je ada yang buat perangai :p

      Delete
  5. Betullll, tudung pun kena pakai yang selesa untuk tidur dan senang nak betulkan bila nak landing :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. Respect la siapa mampu pakai baju tidur dan selipar naik kapal terbang. Sejuk gila kut!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu pasalnya.. kulit buaya tu :p

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D