5 Cara Berhadapan Dengan Pasangan Curang - Syahirah Valiant

Post Top Ad

October 13, 2017

5 Cara Berhadapan Dengan Pasangan Curang

5 Cara Berhadapan Dengan Pasangan Curang | Setiap orang majoriti pernah ada pasangan yang suka curang kan? Macam perangai curang tu dah jadi salah satu rutin dia. Haihhh. Kita la pula yang kena menahan amarah dan sakit hati tu. Mana taknya. Bila kita tengok orang yang kita sayang, boleh sayang orang lain di belakang kita.

Apa kata kalau dah tak nak tu cakap terus terang. Jangan curang-curang macam ni. Sebenarnya tak elok juga kan. Kesian orang tu. Bila dah kena curang tu, ada yang boleh terima kenyataan, ada yang masih mencuba untuk menerima kenyataan dan ada juga yang tak boleh terima kenyataan langsung. Jangan begitu. Jom kita amalkan 5 cara berhadapan dengan pasangan yang curang. In Sha Allah, korang kena kuat ye.

KUMBANG BUKAN SEEKOR, BUNGA BUKAN SEKUNTUM

Pernah dengar kan? Hehehe. Tapi betul tu. Allah tunjukkan kenapa dia curang supaya kita tidak salah untuk memilih pasangan. ^^

5 Cara Berhadapan Dengan Pasangan Curang

5 CARA BERHADAPAN DENGAN PASANGAN CURANG


1. JANGAN SALAHKAN DIRI SENDIRI
Jangan sesekali korang pindahkan kesalahan ke bahu diri sendiri. Ramai pasangan yang curang suka cari jalan yang selamat dengan cara menyalahkan pasangan mereka. Stress kan. Dia yang curang, dia cakap tu salah kita. Banyak cantekkk ! Tapi kita fikir positif je la ye. Mungkin betul ada kekurangan di sana sini, tapi semua tu bukan tiket untuk pasangan kita curang. Kekurangan boleh dibetulkan jika kita saling menerima antara satu sama lain.


2. BERSEMUKA
Bila dah kena curang tu, mesti lah sakit hati kan. Rasa geram je dengan si dia tu. Tapi, kalau korang pendam rasa berseorangan pun tidak akan selesaikan apa-apa masalah malah akan makin membebankan jika tidak diluahkan. Kalau boleh, cuba la bersemuka dengan pasangan korang tu untuk selesaikan. Tapi ! Jangan bila bersemuka tu nak marah-marah. Jangan tau. Cool down dan istighfar banyak-banyak. Korang perlu kekal tenang dan bertindak secara rasional. Tunjukkan dekat dia yang takde dia pun kita boleh hidup la. Hehehe. Tapi hakikatnya memang menyakitkan.


3. APA YANG BOLEH DIMAAFKAN?
Setiap orang ada prinsip tersendiri dalam bab memaafkan ni. Tapi sebelum memaafkan. cuba korang jadi detektif dulu. Hehehe. Sebab kadang-kadang pasangan yang curang tu tak ikhlas pun nak minta maaf. Dia cuma nak uji kita ni lemah ke kuat. Tapi kalau boleh, anggap je korang takde jodoh dan terus memaafkan. Dan move on tau. Jangan menangis-menangis mengenang orang yang tak sudi tu :D


4. MENYESAL ATAU TIDAK
Kadang-kadang ada jenis pasangan yang senang je dia kata pasal dia curang tu merupakan satu kesilapan dan amat menyesal sekarang ni. Entah betul atau tidak tu kita tak tahu la kan. Semua orang yang curang boleh cakap macam tu. Tapi tak tahu dia betul-betul menyesal ataupun tidak. Takut dia buat balik je. Betul tak?

Tapi ada jenis orang yang mudah untuk memberi peluang dan percaya balik pada pasangan dia. Tu takpe. Terpulang pada korang untuk bagi peluang seterusnya atau tidak. Tapi majoriti memang tak bagi pun. Hahaha. Dah kena macam tu ingat senang-senang ke nak terima macam tu je. Takpe, itu bukan jodoh kita.


5. TETAPKAN PERATURAN
Tetapkan  peraturan ni depends pada korang nak buat macam mana. Kalau macam Nurul, sayang memang sayang. Tapi kalau dah tak nak, buat cara betul. Contohnya kalau dah tak nak, bagitahu terus terang. Nurul tak nak dengar perkataan curang. Kan lebih baik kita berterus terang daripada menipu. Memang akan menyakitkan. Tapi percayalah, itu yang terbaik untuk kita ^^


Jangan sedih bila korang hadapi masalah macam ni. Korang cuma fikir positif je. Orang yang curang tu TAK LAYAK untuk korang ! Ingat tau. Jangan kita jadi lemah. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita semua. In Sha Allah, jodoh kita merupakan orang yang baik-baik :)



4 comments:

  1. Dicurangi memang sakit.. Untung la mereka yang dapat move on dengan cepat.. huhu :'(

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan no5 tapi no3 tu kalau ira hanya bibir je lafaz tak seiring hati pun. Masa nak kita beria dah dapat curang pulak loser ahh orang camni hahahaha (eh emo pulak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sabar-sabar.. memang akan emo kalau teringat balik.. lagi2 kalau kita pernah kena kan..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad