10 Rahsia Menarik Penjagaan Kulit Muka Dan Badan Cara Orang Korea - Syahirah Valiant

October 18, 2017

10 Rahsia Menarik Penjagaan Kulit Muka Dan Badan Cara Orang Korea

10 Rahsia Menarik Penjagaan Kulit Muka Dan Badan Cara Orang Korea | Semua orang nak cantik. Betul tak? Lagi-lagi bila tengok muka-muka orang korea. Semua orang pun nak kurus. Lagi bagus kalau kurus macam orang korea. Dah la cantik, kurus pula tu. Memang pakej la kan.

Tapi, diaorang semua pun usaha tau. Bukan jadi macam tu je. Jom kita bongkarkan 10 rahsia apa yang mereka lakukan untuk kelihatan cantik dan kurus. Mana yang korang boleh buat, jom kita buat ^^

Image result for skincare korea

Bukan setakat perempuan korea je yang ada kulit muka yang flawless. Malah lelaki pun sama. Jadi, kecantikan tu bukan hanya untuk perempuan je tau. Untuk lelaki pun sama. Tak salah untuk lelaki tampil dengan wajah yang flawless. Jangan kata dia "auuwwww" tau. Bukan ! Memang itu fitrah manusia untuk kelihatan cantik dan flawless.


1. PENJAGAAN KULIT YANG WAJIB ADA
  • Pencuci muka (Kalau boleh korang cucilah muka guna alat pobling tu. Orang korea majoriti guna tu je. Mana la tahu kan tangan kita ada kuman.)
  • Toner
  • Moisturizer
Ketiga-tiga benda dekat atas ni merupakan benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi yang korang boleh guna seperti serum, eye cream, night cream, essence dan lain-lain. Tapi yang tiga tu adalah yang paling basic. Kan ada orang yang jenis malas nak pakai banyak-banyak produk, so boleh la at least ada tiga item tu.


2. PEELING GEL
Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit-kulit mati dan daki-daki. Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali. Paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga tau. Kalau jenis kulit kering, pakailah seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada tau. Haaaa.? Baru tahu? Hehehe. Sebab tu kalau tengok kulit badan orang korea ni flawless-flawless belaka.


3. SUNBLOCK
Kalau dekat Malaysia, orang kita pakai time nak pergi pantai je kan. Tapi orang korea tak tau. Diaorang pakai sunblock ni hari-hari k. Consultant kecantikan korea sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup pun takpe, asalkan kena pakai sunblock. Bukan setakat muka je. Tangan pun kena sapu. Bila tak pakai sunblock, kulit akan mudak jadi kusam, tumbuh bintik-bintik jeragat, jerawat, sunburn dan macam-macam lagi yang korang tak jangka boleh jadi.


4. TIDAK MAKAN MAKANAN BERMINYAK
Kalau korang tengok menu makanan orang korea ni, sangat jarang kita jumpa yang berminyak dan manis kan. Kebanyakan yang tawar dan tawar tu bukan sebarang tawar ye. Ianya sangat sedap ! Paling-paling pun makanan diaorang banyak yang dibakar dan direbus sahaja. Sebab tu kulit diaorang terjaga dari dalam lagi dan ini juga rahsia kenapa orang korea selim-selim tau. Iolssss pun jeles k. ~


5. BANYAK MAKAN SAYUR
Kalau sesiapa yang pernah pergi korea, mesti tahu pasal ni. Menu makanan diaorang biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan / ayam / sotong) + 6 jenis sayur. Haaaa. Nisbah sayur yang paling banyak kan. Tapi memang betul pun. Dah lah main dish tak berminya, sayur pula sampai 6-8 jenis. Tak perlu explain lagi apa kebaikan sayur ni. Semua orang dah tahu kan. Kan bagus kalau Malaysia pun amalkan pemakanan macam ni.


6. BANYAK BERSUKAN
Orang korean memang amalkan gaya bersukan ni. Tak kira la tua atau muda. Nenek-nenek pun masih bersukan tau. Kelassss tu ~ Hahaha. Kalau kita, memang liat nau la nak pergi bersukan. Orang korea setiap weekend memang diaorang akan pergi hiking. Umur yang dah 50+ pun badan diaorang masih slim dan kulit pun masih cantik. So apa kata, kalau bercuti tu, jom la kita bersukan ye. Kita cuba ubah aktiviti kita. 


7. PAKAI FACE MASK
Orang korea ni memang rajin pakai face mask. Kalau dekat korea sana, banyak sangat face mask yang terjual. Tapi kenapa face mask? Mask ni sangat membantu untuk melembutkan dan buat kulit rasa fresh tau. Nurul bab-bab face mask ni memang Nurul addicted sangat. Sampaikan Nurul pun terjebak kumpul face mask. Dan memang sekarang Nurul biasakan diri untuk pakai 2 kali seminggu. Korang try la. Memang kulit akan rasa fresh sangat. Lagi best kalau mask tu kita pakai sampai la kita tertidur. Bila pakai tu memang lembut je muka kita.


8. MAKAN SEAWEED
Seaweed dalam makanan korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yang dah diproses, ada juga seaweed yang fresh yang dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yang sangat bagus untuk kulit kita tau. Dan orang korea selalu guna seaweed dalam masakan diaorang.


9. TAUHU
Orang korea sangat banyak makan tauhu sama la macam seaweed tu. Tauhu ni banyak khasiatnya untuk kesihatan dan kulit. Memang ramai orang Malaysia tak suka makan tauhu. Dan Nurul pun. Hehehe. Sebabnya ntah la, rasa yang tak kena dengan tekak. Tapi tanpa sedar tauhu ni memang banyak khasiatnya.


10. KOSMETIK SURGERY
Ni dah biasa kita dengar kan. Tapi surgery diaorang buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka dan lain-lain. Untuk penjagaan kulit dan dalaman adalah semua yang Nurul listkan dekat atas. Jadinya, kalau kita tak buat pembedahan plastik pun kita boleh jadi cantik dengan amalkan 9 cara di atas.


Jadinya, nak cantik, nak sihat semua kena ada usaha. Jangan bergantung pada supplement semata-mata. Kita perlu bersenam dan bersukan juga. Pemilihan makanan dan skincare juga memainkan peranan penting dalam hal ni. ^^



2 comments:

  1. kena betul2 rajin kalau nak kulit muka cantik kan? hi salam perkenalan btw, sy baru follow this blog :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D