Tips Untuk Meningkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan - Syahirah Valiant

September 21, 2017

Tips Untuk Meningkatkan Dan Menguatkan Daya Ingatan

book, study, and studyblr image

Selalu bila time exam je mesti kita risau kalau kita tak ingat apa yang kita dah study tu kan. Bila dah hafal tu asyik lupa je. Memang tak best. Bukan setakat zaman belajar je. Zaman dah bekerja pun banyak benda yang kita lupa. Kadang-kadang ada kerja yang tak siap lagi pun kita boleh lupa. Alahai ~

Sebenarnya kita dapat meningkatkan dan menguatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Pelupa memang sifat manusia. Tapi kita boleh hindari perkara tersebut. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.


1. MEMBACA AL-QURAN
Sekirang kita seorang muslim, amalkan membaca Al-Quran walaupun ianya sehelai muka surat setiap hari. Lebih baik kita baca walaupun sehelai daripada kita tak membaca. Membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Bukan itu sahaja tau. Untuk yang ada masalah rabun pun bila membaca Al-Quran, rabun kita akan menurun. Tak percaya? Cuba la.


2. AMALKAN TIDUR YANG CUKUP
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan pun perlukan rehat yang mencukupi. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat atau data yang telah disimpan oleh otak akan terjejas dan juga akan menjejaskan kemampuan untuk memperlajari sesuatu yang baru.. Jadi, korang wajib amalkan tidur yang mencukupi di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.


3. MENGAWAL TEKANAN
Tekanan hanya akan membuatkan jiwa korang tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan korang terganggu. Haihhh. Tak mau macam tu tau. Bila korang tertekan, korang pun akan lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Korang tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan juga akan terjejas. Jadi, tekanan tu perlu korang atasi ye. Pergi tengok running man, confirm korang akan lupa masalah korang. Hehehe.

school, notebook, and book image

4. BERHATI-HATI DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN ATAU MAKANAN TAMBAHAN
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi sebenarnya ada yang tak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan tapi sebaliknya ada yang memberikan kesan sampingan. Haihhh ! Takut kan. Jadi, korang kena lebih berhati-hati dalam mendapatkan supplement atau vitamin. Memang supplement dan vitamin sangat penting untuk badan kita. Tapi pastikan yang korang pilih tu takkan memudaratkan korang. Yang penting, pastikan ada kelulusan KKM dan JAKIM ye ^^


5. BERSENAM
Bersenam pun dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Jadi, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Walaupun ianya hanya la sekadar berjalan kaki. Asalkan dapat mengeluarkan peluh toksin dalam badan kita. Bukan je daya ingatan pun jadi kuat, malah kesihatan pun terjamin.


6. ELAKKAN KEMURUNGAN
Kemurungan pun lebih kurang dengan masalah tertekan tu. Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup korang tidak ceria. Korang akan sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa je. Lama-kelamaan ia akan turut menjejaskan daya ingatan korang dan membuat korang tidak hirau dengan persekitaran. Kemurungan ni tak boleh dibiarkan berterusan tau sebab ianya akan menjadi lebih parah. Jadi, ubatilah kemurungan tersebut.


So tunggu apa lagi tu. Takkan la korang nak alami masalah pelupa ni? Hehehe. Mesti tak nak kan. Sebab Nurul pun sedang mengalaminya. Hohoho. Tapi kena atasi masalah ni. Kan best kalau otak kita ni cepat je ingat sesuatu yang baik. In Sha Allah. Yang ada anak-anak tu boleh la suruh mereka buat tips ni dalam pembelajaran. In Sha Allah bakal jadi top students nanti. Amin :D



5 comments:

  1. Sejak nk masuk 3series ni makin pelupa plak..huhu..letih agaknya perlu cukup rehat la nampaknya

    ReplyDelete
  2. Tips yg bagus dan berguna. Yg no. 1 memg kena amalkan. Ingatan kuat, pahala pun dpt kan

    ReplyDelete
  3. Tips yg sgt bgus..no.1 mrmg kne amalkan. Selain dari kuat igtan, dpt pahala juga

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D