Tips Mudah Untuk Mendapatkan Job Sebagai Blogger

Saturday, September 16, 2017


Zaman sekarang ni blogger tumbuh bagaikan cendawan. Terlalu ramai. Ada yang aktif dan ada juga yang tidak. Ada yang jadikan blog sebagai tempat mencari rezeki dan ada juga yang menjadikan blog sebagai diari. Macam-macam ragam kan. Semuanya boleh hanya dengan blog. Percaya lah ~ Blog ni sangat meluas sehinggakan ianya merupakan hak kita.

Kali ni Nurul nak fokuskan pada blogger yang ingin mendapatkan job sebagai blogger. Ye la kan ~ Jadi blogger tapi takkan tak nak buat duit sampingan. Betul tak? Tapi nak dapatkan job ni kena ada caranya tau. Kalau tidak memang blog korang takkan dipandang oleh para PR ataupun company-company yang memerlukan.

Tapi macam mana?


Sebelum Nurul teruskan dengan tips untuk dapatkan job, Nurul nak korang fikir kenapa korang jadi seorang blogger? Nurul minta tolong sangat jangan jadi tamak dalam mendapatkan job. Pastikan diri kita merupakan seorang yang humble. Jangan sesekali ada perasaan riak ye :)


1. RAJIN UPDATE ENTRI BARU DI BLOG
Ni Nurul rasa merupakan tips yang sangat mudah. Walaupun mudah, tapi ianya amat payah untuk kita buat. Kenapa Nurul cakap macam tu? Sebab memang pun. Nurul pun pernah alami proses macam ni. Ada yang tak dapat update entri disebabkan kehilangan idea la. Macam-macam alasan yang diri kita sendiri buat. Tapi tanpa sedar alasan tersebut akan menjatuhkan kita lagi.

Jadi, jangan malas untuk update entri ye. Dah banyak kali Nurul ulang. Paling minimum untuk korang update blog adalah seminggu sekali. Dan paling baik adalah tiap-tiap hari. Mana yang korang pilih?

Kenapa Nurul pentingkan benda ni? Sebab daripada entri kita dalam blog la akan membuatkan PR dan sesiapa sahaja yang nak bagi kita job akan membuat first impression. Kalau blog kita ada banyak entri yang terbaru, maka besarlah peluang korang untuk mendapatkan job tersebut. Kalau blog kita entri pun malas nak update, korang rasa PR atau company yang terlibat nak ke ambil kita? Haihhh. Takde maknanya la. Buat rugi diaorang je. Kalau kita jadi diaorang pun, kita tak nak ambil blog yang takde entri baru kan?

Bukan itu sahaja. Dengan cara kita update entri baru ni la kita dapat belajar banyak benda. Kita pun dapat belajar cara untuk kita betulkan teknik penulisan kita. Time kita belajar dulu selalu dengar perkataan practice makes perfect kan? So macam tu juga la dalam dunia blog. Semuanya kena praktis.



2. SHARE ENTRI KE MEDIA SOSIAL
Bahagian ni pun memerlukan kerajinan yang sangat tinggi. Macam kita berbisnes juga. Kalau kita rajin buat promosi, maka banyak la hasil jualan yang kita dapat. Blog pun macam tu juga tau. Bukan sekadar update je. Kena la promote dekat media sosial. Blog sangat suka kalau kita share tau. Lagi mudah untuk entri kita naik ke rank google.

Time korang share tu, korang buat lah ayat-ayat yang membuatkan orang tertarik nak baca blog kita. Ini lebih kepada copywriting. Ingat bisnes je ke ada copywriting. Hehehe. Blog pun ada tau. Dan kita selitkan juga # yang berkenaan. Contoh yang selalu Nurul letak adalah #bloggermalaysia #beautybloggermalaysia. Tapi korang boleh je letak apa yang korang nak. 

# ni memudahkan untuk PR atau company cari blog korang. Bukan je peluang untuk dapat job tu ada. Malah pageviews blog korang pun akan meningkat. Macam Nurul cakap tadi, blog korang akan ada potensi untuk naik ke rank google. Haaa ~ Pastikan korang rajin la ye :D



3. JOIN GROUP SOCIAL MEDIA + BLOGGER COMMUNITY
Ok, ni Nurul hanya share dengan readers Nurul je ye. Hehehe. Rezeki perlu dikongsi bersama. Jadi, Nurul nak cakap yang group ni serious banyak job yang ditawarkan untuk blogger. Jadi peluang untuk korang dapatkan job tu sangat lah tinggi. Nak try join? Boleh. Klik je link dekat bawah ni ye :D




4. REGISTER DI CATJIRA
Platform ni tak ramai blogger yang gunakan sebab platform ni tak famous pun. Tapi platform ni la Nurul dah dapatkan banyak job. Alhamdulillah. Harga pun sangat lumayan tau. Jadi kenapa korang tak nak join? Haaa ~ Pergi join cepat-cepat. Then recommend diri korang sendiri untuk job tu sebelum job tu tamat.


Kesimpulannya, job untuk blogger ni tersangat la banyak. Sama la juga seperti blogger yang tumbuh bagaikan cendawan. Terlalu ramai dan ianya akan menyebabkan terlalu ramai persaingan antara kita. Tapi takpe. Korang percaya dengan rezeki Allah kan? Jadi, kita yakin dan bersangka baik dengan Allah. Nescaya job tu semua milik korang. :)

Dan nak diingatkan sekali lagi. Jangan la memilih sangat pada peringkat awal ni. Grab je job yang sekecil mana sekalipun. Daripada kecil kita akan membesar. Job kecil-kecil ni jadikan ianya sebagai tempat untuk korang mencari pengalaman.

Faham kan apa yang Nurul maksudkan? Hehehe. Semoga korang dapat job yang korang nak tu. ^^




You Might Also Like

33 Comments

  1. Thanks Nurul fir the tips... liez dah lama blogging tp xfaham lg bab2 ni... liez masih menggali ilmu dr sifu2 mcm nurul ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome kak liez.. Ya Allah, belum sampai ke sifu kak.. hehehe.. Nurul pun masih nak belajar lagi ni :D

      Delete
  2. Alhamdulillah terima kasih sudi berkongsi tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama awak.. semoga ianya bermanfaat :D

      Delete
  3. thank you for this great sharing :D

    ReplyDelete
  4. tq tips ni.masih lagi belajar dan mencari ilmu

    ReplyDelete
  5. Tq sgt2 nurul share tips ni.. sgt berguna..

    ReplyDelete
  6. Sis, Catjira tu macam mana? like a blog, twitter ke macam mana? Boleh bagi link tak dekat beeha ? https://beehaazman19.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Petua yang bagus dan terbaik.

    Terima kasih..

    Saya pernah update 3 kali sehari.. Tetapi tak de orang baca.

    ReplyDelete
  8. tenkiu nurul for the tips!!sangat berguna..

    ReplyDelete
  9. Tips yang praktikal dan berguna. Terima kasih!

    ReplyDelete
  10. Bab rajin tu susah sikit sebab tunggu hari cuti je ada masa. Tapi bila dah cuti, otak pulak dah block.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. memang ada part gitu.. sebab tu kena tulis dalam bku time ada idea tu.. biar tak lupa :D

      Delete
  11. Good tips .. catjira ok CCL akan research nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terima kasih CCL.. a'ah.. kena cari tau :D

      Delete
  12. Thank you, Nurul share this info .

    Banyak rupanya platform if nak jana side income from blog.

    Part no 1 tue sgt lah agree , Nadia mmg ada masalah tue. Up entri nampak mmg mudah tapi serious nadia mmg ada je blogging slump .

    Btw, really a nice tips. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome nadiah.. betul tu.. banyak cara sebenarnya.. tinggal kita je nak mencari..

      Delete
  13. Good sharing.. :)
    Semoga terus success sebagai blogger..

    ...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah,terimakasih sis nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis.. semoga ianya bermanfaat ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us