Skop Kerja Sebagai Customer Service - Syahirah Valiant

Post Top Ad

September 19, 2017

Skop Kerja Sebagai Customer Service

Image result for customer service

Customer Service merupakan layanan yang disediakan oleh sesuatu syarikat untuk melayani keperluan dan memberikan maklumat kepada pelanggan yang biasanya meliputi penerimaan order atau pesanan barang, menjawab pertanyaan-pertanyaan atau memberikan informasi dan menenangkan pelanggan-pelanggan yang membuat aduan berdasarkan produk atau servis yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Tetapi untuk customer service bahagian bank lain pula. Mereka mempunyai pelbagai bidang skop iaitu penerima tetamu, sebagai deskman, salesman, customer relation officer dan communication. Baru Nurul tahu lepas buat research. Hehehe.

Customer Service atau orang selalu panggil CS adalah pekerjaan untuk melayan pelanggan. Tugas utama CS adalah memastikan keperluan dan pertanyaan pelanggan dijawab dengan tepat sehingga pelanggan puas hati dengan maklumat yang kita berikan. Selagi mereka tak berpuas hati dengan maklumat yang kita berikan, pelanggan akan tetap bertanya dan terus bertanya. Malah customer service ini juga merupakan jawatan yang sangat penting kerana kita perlu berinteraksi dengan pelanggan bagi syarikat yang sedang kita bekerja.

Jadi, jawatan ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Bukan itu je ye. Kita perlukan informasi-informasi yang ada supaya kita mudah untuk menjawab setiap pertanyaan pelanggan tersebut. Jadi, pelanggan akan melihat bahawa syarikat ini mempunyai customer service yang berinformasi.


Dekat atas ni merupakan tugas utama sebagai seorang customer service. Tugas lain sebenarnya ada tapi depends pada sesebuah syarikat. Contoh macam Nurul, Nurul merupakan customer service bahagian warehouse dan bersangkut paut dengan akaun. Jadi, ianya lebih kepada operasi dan bahagian kira-kira. Hehehe. Nasib baik la da ada basic. So mudah untuk melakukan tugas.

Nurul sebagai customer service bukan sahaja untuk mengangkat call melayan pelanggan. Malah Nurul perlu menyelesaikan order daripada pelanggan untuk diberikan pada pihak operations. Jadi ianya bersangkut paut dengan order. Sebenarnya kerja sebagai customer service ni tidak la banyak. Tapi kena banyak bercakap sebab kita memang 100% menggunakan telefon dan melayan pelanggan. Jadi, pada sesiapa yang mempunyai kesabaran yang tinggi dan suka bercakap dengan telefon, korang memang digalakkan untuk memohon jawatan ini :D



4 comments:

  1. perkongsian yang bagus

    anda telah ditag http://www.maisarahsidi.com/2017/09/comeback-giveaway.html :)

    ReplyDelete
  2. Pernah jadi CS disebuah syarikat penerbangan dulu. Memang sangat mencabar apabila berdepan dengan passenger yang selalu gunakan 'customer is alway right'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betul tu.. memang kadang2 menyampah jugak.. hehehe.. tapi sabar je la :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad