Review Product | Wawawax Hair Removal - Syahirah Valiant

Post Top Ad

September 27, 2017

Review Product | Wawawax Hair Removal


Setelah sekian lama Norahwax Nurul habis, kali ni Nurul topup pula dengan Wawawax Hair Removal. Fungsi memang agak sama tapi ada beberapa jenis yang Nurul suka sangat dengan Wawawax Hair Removal ni. Korang ada yang dah pernah try? Best tak? :D

Sekarang memang dah ramai yang wax je kan. Tiada lagi menggunakan pisau cukur untuk mencukur bulus. Memang lagi digalakkan untuk wax daripada korang mencukur. Tapi kenapa? 

  • Kulit korang akan gatal lepas mencukur.
  • Bakal dijangkiti kuman sebab kita tak tahu apa yang ada dekat pisau cukur tu.
  • Kulit akan luka kalau tersilap kena pisau cukur.
  • Kulit akan menjadi kasar.
  • Bulus akan tumbuh dengan cepat dan pantas !
  • Kulit akan menjadi hitam.

Yes, ini lah serba sedikit sebab kenapa korang tak boleh bercukur. Bukan apa. Kita sebagai perempuan mesti la nak jaga penampilan kita kan. Tidak kira la luaran atau dalaman. Bila dah jadi perkara di atas ni mesti la tak best kan. Kita pun dok risau je. Lagi-lagi untuk bakal pengantin.

Jadi, sebab tu Nurul suggestkan korang guna Wawawax Hair Removal ni. Ianya memang the best sekali kalau korang nak mencukur. Bukan hanya melicinkan bulus korang, kulit pun akan menjadi cantik. Seriously. Wax ni lain daripada yang lain.




Kenapa Nurul suggestkan Wawawax? Banyak sebabnya tau. Dan Nurul memang dah cuba dan dah terbukti keberkesananya. 

  • Mudah menanggalkan bulus yang ada.
  • Boleh digunakan pada Miss V.
  • Tidak perlu panaskan. Tinggal sapu dan tarik. Habis licin bulus korang nanti. Hehehe.
  • Botol dia Nurul paling suka sebab boleh bawa ke mana sahaja. Senang nak bawa pergi travel. Botol pun comel kan ^^
  • Diberi starter kit untuk membuang bulus. (Stick dan kain)
  • Kulit akan menjadi lembut sebab kandungannya adalah honey.
  • Melambatkan pertumbuhan bulus.

Ada yang bertanya, wax ni tak sakit ke? Eh, giler tak sakit. Hahaha. Kalau mula-mula guna tu memang sakit. Lagi-lagi kalau tempat kulit kita tu lembut. Nurul first time guna memang sampai menangis dan taubat tak nak guna lagi. Hehehe. Tapi gagahkan juga gunakannya sampai la sekarang. Alhamdulillah. Sekarang dah tak sakit da tau sebab kita dah biasa. Wax ni lagi best daripada mencukur. Nak cantik mesti la kena rasai kesakitan tu sikit. ^^

"Lepas guna kain dan stick tu kena buang ke?"

Tak pun awak. Kain dan stick tu boleh basuh dan gunakan balik. Jadi recycle. Memang best sangat. Jimat pun jimat kan. Bulus pun tak sepah merata-rata. Kalau cukur kan risau dia terbang-terbang. Jadi, nakkan wawawax? Haaaa, klik je link dekat bawah ye ^^






10 comments:

  1. Replies
    1. hehehe.. memang kak.. tak rugi guna walaupun sakit.. ^^

      Delete
  2. haha, pernah guna wax tp tak ingat brand apa, 1st time time tarik tu,
    mak oii, sakit la juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. first time guna memang sakit sangat.. Nurul sampai menangis.. tapi bila da biasa tu ok je.. takde sakit sangat..

      Delete
  3. dah lama tak wax. Dulu ada norahwax je sekarang dah bersepah dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sekarang dah banyak brand da..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad