Popiah Creamy Carbonara By Projekmommy - Syahirah Valiant

September 13, 2017

Popiah Creamy Carbonara By Projekmommy


Siapa penggemar popiah dekat sini? Meh Nurul nak story something yang mungkin akan membuatkan korang nak try popiah ni tau. Sebab apa? Haaaa. Selalunya kalau popiah inti dia mesti ayam, daging atau sayur kan? Atau mungkin orang transformasi kan jadi popiah cheese. Haihhh. Macam-macam dah popiah sekarang ni.

Tapi popiah ni Nurul tak pernah jumpa lagi dan tak pernah terfikir dek akal nak buat popiah macam ni. Popiah apa? Popiah Creamy Carbonara By Projekmommy. Haaaa. Kemain lagi nama dia tau. Ala-ala barat gitu. Tapi seriously, popiah dia ni memang creamy sangat. Rasa dek lidah kita likat-likat tu. Dengan adanya carrot dan juga sosej. Ayokkk. Terliur da? Hehehe. Belum lagi Nurul share popiah yang dah masak tu. Lagi la korang bakal terliur tau :D


Selalu carbonara kita makan dengan spagethi atau makaroni kan? Tapi sekarang ni zaman kan makin moden. Moden la juga makanan kita haaa. Daripada kuih melayu. Jadi transformasi kan mengikut citarasa zaman sekarang. Hehehe. Orang sekarang kan memang suka carbonara ni. Termasuk la Nurul. First-first Nurul beli ni tak tahu pun dalam nya inti carbonara. Sebab sticker takde. Mungkin akak ofis Nurul tu tak letak la kut. Bila dia kasi je gambar ni, Baru tahu inti dia carbonara tau.

Lagi la Nurul suka. Hahaha. Time buat kerja tu kemain excited lagi nak balik sebab nak goreng popiah ni tau. Haaa. Lupa bagitahu. Akak ofis Nurul yang buat popiah ni. Homemade lagi ye. Memang hasil tangan dia. Kalau orang lain tiru pun memang tak sama. Jadi, memang popiah ni resepi rahsia akak ni. Alhamdulillah. Makin maju perniagaan orang Islam. Semoga perniagaan akak ni dipermudahkan. Amin.



Jeng jeng jeng ~ Saksikan kesedapan inti popiah ni. Hohoho. 3 biji dah selamat masuk ke dalam perut Nurul ni. Seriously sedap. Cuma dah kenyang je tak makan banyak. Kalau lapar time tu, memang ku humbat 6 ketul popiah ni. Hahaha. Korang nak cuba tu meh la datang Puchong. Kita sergah akak ni untuk buat COD popiah ^^ 

Nak order? Boleh hubungi :

KAK LELY : 013-441 0923

Nak hidangkan untuk tetamu pun memang tetamu akan suka. Lagi-lagi bila makan time panas. Memang lagi umphhh gitu ! :D




2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D