Perbezaan BB Cream Dan CC Cream

Wednesday, September 13, 2017

bbcreamversuscccream-1024x617

Apa yang beza sangat BB Cream dan CC Cream ni? Dok sebut atau pakai je kan. Perbezaan dua ni pun tak pernah nak ambil tahu. Hehehe. Nurul la tu. Ok, hari ni Nurul share dengan korang apa beza BB cream dan CC cream ni. Dan info tambahan bagaimana kita nak guna 2 cream ni.


BB CREAM

BB Cream adalah bentuk ringan daripada foundation dan moisturizer yang membuatkan kulit jadi lebih putih dan bersih. Dengan bantuan SPF dan antioksidan, BB Cream sekaligus elok di pakai pada siang hari. Menggunakan BB Cream tidak perlu dicampur lagi dengan pelembab kerana di dalamnya sudah terkandung moisturizer atau pelembab. Ianya akan memberikan hasil paparan kulit yang lebih segar dan membuatkan tekstur kulit kelihatan lebih lembut.

BB Cream ni tidak seberat foundation dan menjadikan ianya tidak terlalu berminyak dan menyebabkan masalah jerawat pada kulit. Ianya sangat sesuai digunakan sebagai base makeup pada setiap hari. Biasanya BB Cream ni disertakan dengan sunblock, pemutih wajah ataupun pelembab.



CC CREAM

Apa itu CC Cream? CC Cream ni lebih kurang sama dengan BB Cream tetapi ianya lebih memberi tumpuan pada pembetulan warna.

CC Cream ni juga lebih ringan daripada BB Cream dan menjadikan ianya tujuan utama adalah untuk membetulkan warna kulit yang berkaitan seperti warna pucat atau kemerahan. Seperti BB Cream, ianya mempunyai SPF yang sesuai digunakan pada siang hari.



Bagaimana untuk menggunakan? Jika anda mengalami masalah jerawat, mempunyai kulit kusam, bintik hitam atau kemerahan, maka CC Cream adalah yang sesuai untuk anda. Malah BB Cream pula sesuai digunakan pada yang tiada masalah kulit. Huhuhu. Untung la kan.

Tapi pada pendapat Nurul, Nurul lagi prefer pakai CC Cream sebab mungkin memang sesuai dengan kulit Nurul. Malah ianya ringan dan tak membuatkan muka Nurul berminyak. Korang pula suka pakai yang mana?? Meh share dekat sini :D






You Might Also Like

7 Comments

  1. Replies
    1. wahhhh.. bb cream cosmoderm memang bagus :D

      Delete
  2. baru tau bez dia..hihi.. nice sharing

    ReplyDelete
  3. Guna bb cream, tak pernah lg guna cc cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul tak sesuai pakai bb cream.. huhuhu..

      Delete
  4. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us