Pengalaman Cash Out Side Income Melalui Sushivid - Syahirah Valiant

Post Top Ad

September 22, 2017

Pengalaman Cash Out Side Income Melalui Sushivid

Image result for sushivid

Fuyooo ! Dah famous Sushivid ni. Alhamdulillah. Salah satu platform untuk sesiapa sahaja jana side income. Memang bukan mudah untuk mendapatkan duit lagi-lagi dengan ekonomi yang macam sekarang sebab segala-galanya memerlukan duit. Duit yang kita ada tak mencukupi untuk menampung keperluan seharian kita. Lagi-lagi untuk yang telah berkeluarga. Jadi, tak salah untuk kita menjana side income. Walaupun ianya agak sedikit, tapi memadai untuk membantu dalam hal-hal seharian.

Nurul daripada students sehingga la dah bekerja ni masih berkeinginan untuk membuat side income sebab Nurul tahu yang gaji setiap bulan kita dapat tu tak mencukupi. Memang kita bersyukur dengan apa yang kita dapat. Cumanya keadaan sekeliling yang membuatkan kita perlukan lebih daripada itu. Betul tak?

Ni cerita 2 minggu lepas rasanya. Hehehe. Nurul sampai terlupa entri ni dah terperap lama dalam draft blog ku ini. Mana taknya. Dah macam-macam idea datang sampai lupa entri ni tertunggak lagi. Siapa dah ada sushivid tu, jangan cakap sushivid ni tak boleh datangkan hasil tau. Hasil nya akan banyak kalau kita sabar dan terus berusaha. Cerita dia gini, 2 minggu lepas Nurul dah berjaya cash out duit daripada Sushivid ni. Yeahhh. Walaupun tak banyak, tapi boleh la lepas beli mcd. Hahaha.



Ok, ni akaun sushivid Nurul. Pada mulanya memang tak tahu nak guna. Tapi Nurul ni jenis suka kaji. Dan Nurul kaji la sehingga akhirnya dapat juga tahu macam mana nak guna. Current funds tinggal sikit sebab ku da cash out kan. Hehehe. Dan untuk buat pengetahuan korang, income sushivid ni menggunakan currency USD tau. Dan lagi banyak la income kita boleh dapat. Korang pun tahu kan jumlah USD tu besar macam mana. 

Sebelum pergi lebih lanjut, Nurul pernah story dekat korang mengenai apa benda SUSHIVID ni. Korang boleh baca entri terdahulu Nurul DI SINI. Cara nak mendaftar pun Nurul ada terangkan juga. Boleh la kita sama-sama jana income dengan Sushivid ni. Yeahhhh. Tak tahu macam mana nak guna? Takpe, pm je Nurul. Nurul akan ajarkan sampai korang pandai ^^


Alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu, dapat la juga Nurul cash out RM50 daripada hasil yang Nurul dah baja ni. Nampak sikit kan? Yes, memang sikit. Tapi kalau korang berusaha dan rajin mencari, memang banyak giler korang akan dapat. Korang boleh dapat lagi besar daripada gaji bulanan korang. Tak percaya? Dipersilakan untuk try and error. Memang Nurul yakin korang akan suka. Sushivid ni kita boleh cashout berapa pun kita nak. Tanpa ada minimum jumlah. Selalunya minimum kena keluarkan RM50 kan. Tapi sushivid tak. RM10 pun korang boleh keluarkan ^^


BLOGGER JE KE BOLEH JOIN?

Ada yang bertanya dengan Nurul, blogger je ke boleh join sushivid ni. Eh, tak pun sayang. Sesiapa sahaja boleh join. Ni syaratnya untuk korang join kalau takde blog.

  • Youtubers : 250 suscribers
  • Instagrammers : 2000 followers
  • Bloggers : 2000 visits every month

Ni dia. Selalunya Instagrammers yang ramai join. Alaaaa. 2000 followers tu senang je nak dapat. Then boleh la korang menjana income dengan currency USD. Bukan calang-calang currency tau. Umpama kita dah bekerja dekat luar negara. Gitu ~



REFERRAL PROGRAM

Sushivid pun ada referral program ke? Mestilah ada. Lagi best tau. Selalu referral program ni orang atas je dapat hasil kan. Tapi sushivid tak. Sushivid mengamalkan sikap win win situastion. Orang atas dan bawahan dapat hasil yang sama. Jadi, memang takkan rugi untuk korang join program ni. Alhamdulillah, Nurul dah dapat hasilnya.


Bestkan? Korang nak join? Boleh. Meh daftar SINI dan Nurul akan guide korang sampai la korang berjaya cashout income pertama korang. Rugi tau kalau tak grab peluang ni. Mana tahu dapat pergi bercuti dengan hasil sushivid korang ni. ^^



Tengok-tengok tadi Nurul dapat RM10 lagi. Alhamdulillah. Bestnyaaa ^^






4 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad