Peluang Kedua Tidak Seindah Peluang Pertama - Syahirah Valiant

Post Top Ad

September 25, 2017

Peluang Kedua Tidak Seindah Peluang Pertama

Image result for beach weheartit


Assalammualaikum wbt. Entri kali ini bukan la bertujuan untuk meroyan atau apa tau. Hehehe. Asyik tips je yang Nurul kasi. Kali ni Nurul mengambil keputusan untuk buat entri tentang personal pula. Bukan la untuk meluahkan perasaan atau apa. Cuma mahukan pendapat yang padu daripada korang semua ^^

Peluang? Apa yang korang faham tentang peluang? Setiap orang pasti pernah mendapatkan peluang ataupun pernah beri peluang tidak kira la pada sesiapa pun. Betul tak? Cumanya, peluang yang kita beri tu adakah ianya dihargai atau tidak. Ataupun adakah peluang yang kita dapat tu kita gunakan sebaik mungkin ataupun tidak. Aippp. Banyak pula ataunye kan. Hehehe.




Korang dalam golongan yang mana?


Kalau Nurul, Nurul adalah golongan yang banyak memberi peluang kepada orang lain. Peluang macam mana? Entah la ~ Berbagai jenis peluang. Tapi adakah dihargai. Tidak sama sekali. Hohoho. Sedih kan. Tapi nak buat macam mana. Lain orang lain perangainya. Yang kita ni kena la tabah dan sabar untuk menghadapi semua tu.

Adakah Nurul pernah diberi peluang? Yes, memang pernah. Nurul memang pernah diberi peluang untuk terus berjaya dalam pelajaran dan juga kerjaya Nurul. Alhamdulillah, dalam pembelajaran telah pun Nurul dapat. Tinggal dalam kerjaya je masih dalam proses. Adakah ianya mudah? Tidak sama sekali. Segalanya perlukan proses dan perlukan kesabaran yang sangat mendalam.


Image result for sky mirror malaysia


Pada yang telah menerima peluang kedua, tolong la hargainya. Kerana peluang kedua tidak seindah peluang pertama. Jangan diulang benda lalu yang membuatkan seseorang jadi tawar hati dengan kita. Kenapa? Ianya akan menjadikan korang akan menyesal seumur hidup. Pada yang telah memberi peluang beribu sekalipun, pastikan peluang tersebut tidak akan menyakitkan diri korang juga. Jaga-jaga. Sekarang macam-macam ragam orang ni. 

Bukan mudah.




Seseorang yang telah bersama awak walaupun time tu awak susah, itu lah orang yang perlu awak hargai seumur hidup awak. Tapi biarlah ada ikatan yang sah ye. Bukan main tibai je couple-couple tu semua. Bila umur da meningkat, memang nampak tiada istilah akan stay sampai mati sedangkan tak kahwin lagi. Hohoho. Maaf la. Iolsss allergik bab ni. Hahaha.


Jadi, apa yang korang boleh buat? Hargai la seseorang yang sentiasa bersama dengan awak walaupun time tu awak dalam keadaan yang teramat susah.


Hahaha. Mana yang meluat membaca tu sila cepat-cepat klik entri lain dalam blog Nurul tau. Tapi please jangan keluar lagi dari blog Nurul ni. Hehehe ^^


Jika ianya bermanfaat untuk korang, boleh la korang jadikan ia sebagai rujukan korang ye ^^




4 comments:

  1. Nak bagi second chance kat orang pun selalunya tengok dulu layak ke tidak...Membazir masa kalau orang tak hargai, so mai lagi suka move on dari second chance. HAHAHA. eh lari tajuk ke comment ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tak lari tajuk pun Mai.. tapi memang betul tu.. buang masa je bagi second chance dekat orang yang tak layak :D

      Delete
  2. guna kan peluang yg ada sebaiknya.
    sebab kekadang tu, takkan ada peluang kedua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ^^ Nurul sokong statement ni.. kalau dah sakit, memang susah nak dapatkan peluang kedua..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad