Mudahnya Mendapatkan Rawatan Di Doctor On Call

Thursday, September 14, 2017



Setiap kesakitan yang kita alami memang tidak dapat dielakkan. Atau mungkin ianya akan datang tidak kira masa di mana kita berada. Contohnya seperti kita sedang travel di luar atau dalam negara dan mungkin diri kita atau ahli keluarga kita yang akan sakit. Tidak kira la sakit demam atau apa sekalipun.

Tapi untuk mendapatkan bantuan on time memang agak sukar. Contoh seperti kita bercuti di dalam kawasan perhutanan yang sukar untuk ada klinik atau hospital. Jadi bagaimana kita nak dapatkan bantuan secara on the spot? Ok, kali ni Nurul nak memperkenalkan pada anda semua satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan klinik atau consultation secara chat, dalam talian atau secara video call. Ini memudahkan anda untuk berhubung dengan para doktor tentang penyakit yang anda alami.


Doctor On Call menawarkan perkhidmatan seperti di klinik-klinik atau hospital seperti biasa. Consultation da juga penghantaran ubat. Cumanya kita boleh dapatkan consultation di rumah anda sahaja. Ubat pula boleh diambil di farmasi mereka atau boleh nak suruh pihak mereka hantar ke depan rumah kita sahaja. Mudah kan? Jimat masa dan tak perlu nak keluar rumah. Mana tak larat sangat nak bangun tu memang elok la anda mencuba servis Doctor On Call ni. Tapi bagaimana nak guna? Jom Nurul ajar anda macam mana nak guna perkhidmatan DOC.



Anda perlu REGISTER terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan DOC. Anda hanya perlu ke laman web https://www.doctoroncall.com.my/ dan klik pada perkataan register.




Ok, kemudian, isi maklumat anda seperti yang diberikan :

1. Nama
2. Email
3. Mobile Phone
4. Password

Dan tick pada box di bawah. Kemudian setelah anda selesai isi maklumat diri anda, klik pada box REGISTER




Kemudian, anda dikehendaki untuk memilih kategori apa yang anda perlukan consultation. Contoh macam Nurul, Nurul perlukan consultation tentang keadaan kulit Nurul. Jadi Nurul pilih bahagian General Health. Terpulang pada anda nak pilih yang mana.

Dan kotak bawah dia, anda dikehendaki untuk menceritakan serba sedikit tentang keadaan anda. Contoh anda batuk. Anda boleh tulis dekat situ yang bahawa anda mengalami batuk dan sejak bila. Ini berkaitan dengan penyakit yang anda alami. Kiranya macam kita jumpa doktor dekat klinik juga.




Di sini, anda dikehendaki untuk menyediakan report kesihatan anda atau gambar keadaan anda sekarang. Ianya akan lebih memudahkan doktor untuk mengenalpasti keadaan kesihatan anda. Jika tak nak letak pun takpe.




Anda boleh memilih dengan cara macam mana anda nak doktor consultation. Nurul lebih memilih untuk bahagian chat sebab Nurul busy. Jika anda memerlukan consultation dengan kadar yang segera, anda boleh memilih untuk menggunakan kaedah audio call atau video call.

Pada yang nak video call, pastikan connection internet anda kuat dan ini akan memudahkan doktor untuk memeriksa keadaan anda.




Selepas anda memilih kaedah untuk doktor memeriksa anda, anda akan ke bahagian ini. Ini merupakan setting untuk anda tetapkan masa untuk doktor memeriksa anda. Anda boleh tukar masa tersebut dengan sendiri. Dan di situ akan menyatakan harga untuk consultation anda. Jika menggunakan kaedah chat, ianya percuma. Audio call dan video call sahaja yang memerlukan pembayaran. Tetapi ianya sangat murah dan serendah RM20 untuk consultation.





Dan anda sudah boleh membuat consultation dengan doktor. Ini melalui chat ye. Anda boleh memaklumkan kepada doktor bagaimana keadaan anda. Apakah simptom penyakit anda. Ianya sangat mudah dan servis mereka sangat cepat.





Setelah anda selesai membuat consultation bersama doktor, anda akan menerima email seperti ini. Ini yang seperti Nurul maklumkan bahawa sama ada anda nak mengambil sendiri ubat di 'online farmasi' ataupun penghantaran secara percuma di depan pintu rumah anda. Setiap pembelian kurang daripada RM100 akan dikenakan caj RM10 untuk penghantaran. Jika pembelian anda lebih daripada RM100, tiada caj penghantaran dikenakan.





Dan akhir sekali, ini merupakan senarai ubat dan senarai harga ubat anda. Pada peringkat ini, anda akan mendapat ubat anda dengan cepat dan pantas.



APA ITU DOCTOR ON CALL ?

DoctorOnCall.com.my menjadi platform Tele-Kesihatan Dalam Talian Pertama Malaysia oleh Health Digital Technologies Sdn Bhd. Doctor On Call debut sebagai platform telehealth dalam talian pertama Malaysia yang menghubungkan peakit dengan rangkaian doktor dan pengamal perubatan yang luas melalui kemudahan panggilan audio atau video.

Menerajui usaha mereka untuk penjagaan perubatan yang berpatutan dan mudah, Doctor On Call bertekad untuk mempercepatkan sektor telemedicine di Malaysia. Di Amerika Syarikat, 1.25 juta konsultasi panggilan didokumenkan pada tahun 2005 dan permintaan untuk perkhidmatan telemedicine ditetapkan meningkat dengan ketara kepada 27 juta pada 2018.

Doctor On Call diasaskan pada tahun 2016 dimana ianya merupakan perkhidmatan perundingan perubatan dalam talian yang menghubungkan pesakit dengan doktor dan pengamal perubatan yang berpengalaman di seluruh negara. Ia juga mempunyai farmasi berasaskan preskripsi dalam talian yang menyampaikan keperluan perubatan anda ke depan pintu rumah anda.







Pada pendapat Nurul yang dah cuba dan mendapatkan rawatan di Doctor On Call ni, Nurul rasakan ianya sangat berbaloi dengan masa dan wang anda. Kenapa? Sebab kalau kita tak larat nak pergi klinik, kita hanya boleh mendapatkan rawatan daripada rumah sahaja. Tak perlu susah-susah untuk bangun dan membahayakan diri sendiri jika kita berseorangan. Dan paling penting, ianya sangat mudah digunakan dan anda boleh menggunakan perkhidmatan ini di mana jua anda berada. 



UNTUK KETERANGAN LANJUT :










You Might Also Like

6 Comments

  1. Wah bestla ...bagusnya ada app doktor on call ni...boleh la cuba nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. memang best.. sangat mudah digunakan.. :D

      Delete
  2. ya lah mudah.. mcm beli ubat jer hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat mudah.. kalau mcm tak larat pergi klinik, boleh je dapatkan konsultasi ni..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us