Kulit Muka Pedih Akibat Skincare - Syahirah Valiant

September 04, 2017

Kulit Muka Pedih Akibat Skincare


Dalam bab penjagaan kulit, satu bab yang sangat penting adalah mencuci muka. Sebabnya kulit muka akan sentiasa terdedah kepada kotoran dan jika tidak dibersihkan, bukan sahaja menyebabkan masalah seperti jerawat, tetapi muka pun akan nampak kusam dan tidak berseri. Nutrien daripada produk kecantikan kulit juga susah untuk diserap.

Image result for cuci muka


Tapi kadang-kadang tu ada yang pernah rasakan kulit muka akan jadi pedih selepas mencuci muka. Tapi sebab apa ye? Adakah skincare tersebut tidak sesuai dengan kita atau sebagainya? Adakah disebabkan iritasi kulit?

Iritasi pada kulit biasanya menimbulkan gejala seperti kemerahan, gatal atau kulit yang menggelupas. Adanya jerawat pada wajah juga dapat menyebabkan kulit muka kita tergores saat mencuci muka. Dalam hal ini, kita disarankan untuk menukar pencuci muka yang kita pakai sekarang kepada pencuci muka yang lain kerana ianya mungkin akan menyebabkan kulit muka menjadi lebih pedih.


Nurul nak share dengan korang tentang satu cerita yang mungkin akan menjadi iktibar untuk kita yang suka sangat pakai skincare tanpa sebarang kaji selidik terlebih dahulu. Jangan ye. Kerana sikap itu akan memudaratkan muka cantik / hensem korang tu. Sayang kan kalau muka dah elok tapi tiba-tiba alami breakout yang akan menyukarkan untuk kita baiki balik. Memang sedih.

Dalam beberapa bulan yang lepas, Nurul ada dapat whatsapp daripada seorang hamba Allah ni menyatakan yang kulit muka dia pedih selepas cuci muka. Dan Nurul pun tanya dia guna skincare apa. Rupanya dah bermacam-macam jenis skincare yang beliau gunakan tapi hasilnya sama juga. Kulit muka pedih selepas mencuci. Tapi kenapa ye?




Entri yang lepas ada Nurul ceritakan bagaimana beliau suruh Nurul suggestkan skincare apa yang terbaik untuk beliau. Tapi yang paling penting, beliau langsung tak berkira pasal berapa harganya sekalipun. Beliau kata sebab memang dah tak tahan sangat. Muka pedih dan menggelupas. Elok je muka hensem-hensem then jadi macam tu. Korang sebagai kaum adam pun tak nak kan. Hilang kemachoan anda. Hehehe.

Dan semalam Nurul tanya beliau sama ada skincare yang Nurul suggestkan tu still rasa pedih ke tak. Nak tahu apa kata beliau? Jom-jom baca bawah ni :D




Alhamdulillah. Beliau sangat puas hati dengan keputusan skincare Enfuselle ni. Kulit beliau pun dah tak rasa pedih macam skincare yang lain. Kenapa Enfuselle?


1. ENFUSELLE PURIFYING CLEANSING GEL
  • Gel pencuci ini bertindak dengan lembut bagi menyingkirkan kotoran pada wajah, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit terasa lembut dan segar.
  • pH yang seimbang.
  • Hipoalergik.
  • Mencerahkan tona kulit.


2. ENFUSELLE PURIFYING TONER
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip.
  • pH yang seimbang.
  • Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris dan witch hazel.
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang besar pada kulit.
  • Membantu mengawal kulit berminyak.
  • Hipoalergenik.

Jadi, sebab itu la skincare enfuselle shaklee menjadi pilihan customer Nurul ni. Alhamdulillah :)







4 comments:

  1. Takutnya kalau tersalah cuba produk muka :(
    Siqah pernah cuba produk salah dan kesannya tak teruk. Naik jerawat halus banyak sangat. Dan sekarang Alhamdullilah dah okay :) tinggal kesan parut jerawat pulak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. memang serious takut.. kena hati-hati pilih..

      Delete
  2. takut btul nak pakai skincare yg ada dlm pasaran skg, bila dah ada side effect tu aishh rasa mnyesal beli, smuanya nak tau untung ja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. itu lah.. pembeli sekarang ni kena pandai buat research ..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D