Kimchi Yang Enak Di Wagle Wagle

Sunday, September 03, 2017


Sekarang ni ramai yang suka makan makanan korea kan. Tapi ada la juga sesetengah orang yang tak suka. Maklum lah, tekak melayu ni payah sikit nak terima makanan yang rasanya agak lain. Sama juga la macam Nurul. Tapi Alhamdulillah makanan korea kena dengan tekak Nurul dan dah menjadi kegemaran Nurul pulak tu. Hehehe.

Nak dipendekkan cerita 2 hari lepas Nurul pergi makan makanan korea dekat area puchong ni. Memang Nurul suka pergi sana sebab murah dan sangat berbaloi. Jumlah makanan pun sangat la banyak. Memang kenyang dia macam kita makan dekat kedai mamak. Nurul paling suka dengan harga dia sebab terlampau murah. Seriously. Nurul memang berkira sikit harga. Yela kan ~ Kita pun nak saving juga. Tapi untuk sesiapa yang addicted dengan makanan korea ni, Nurul suka lah nak suruh korang pergi sini. Hehehe.



Ini dia nama kedai korea WAGLE WAGLE . Hehehe. Comel je kan nama kedai ni. Kedai ni memang makanan korea yang halal. Jadi korang tak perlu risau jangan la was-was ye. Nurul dah banyak kali pergi sini. Alhamdulillah memang makanan yang best sangat.

Wagle Wagle ni dekat mana? Dekat Setiawalk Puchong je. Tapi Nurul tak berapa sure kalau ada branch lain. Jom Nurul nak share dengan korang makanan apa yang Nurul order :D



Binsu




Ice Lemon Tea



Main Menu


Jadi inilah dia menu yang Nurul order untuk makan 2 orang. Alhamdulillah memang seriously kenyang. Tapi sebenarnya bukan ini Nurul nak fokuskan. Nurul nak fokuskan tentang Kimchi dekat wagle wagle ni.




Selalunya kimchi ni orang kata tak sedap kan. Sebab rempah dia yang banyak dan mungkin rasa masam yang tak menyelerakan. Nurul makan kimchi dekat kedai korea lain pun tak boleh masuk. Memang dibiarkan je kimchi tu. Huhuhu. Nasib baik la side dish je. So takde la nak membazir.

Tapi kimchi dekat wagle wagle ni seriously sedap tau. Nurul suka sangat kimchi dekat sini sebab rasa dia yang tak banyak rempah. Makan dengan nasi serious sedap. Entah la. Nurul pun tak tahu nak describe macam mana. Hehehe. Tapi macam korang teringin nak try, boleh la pergi wagle wagle setiawalk Puchong ye. Tempat yang sesuai untuk makan satu keluarga :D






You Might Also Like

4 Comments

  1. Sejak tengok drama korea memang nak try semuaaa makanan korea. Haha. padahal ada yang tak kena kat tekak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. ada yang tak kena dengan tekak.. tapi kebanyakan memang sedap :D

      Delete
  2. Sedapnyaaa! Siqah suka makanan Korea! Kedai ni jauh lah pulak sampai ke Puchong. Teringin nak pergi rasa :)

    Siqah makan kimchi kali pertama masa ke Korea dulu. Lepas tu kat Malaysia, rasa semua kimchi tak sedap. Hihi. Mungkin kena p rasa yang kedai ni pulak. Mana tahu kena dengan selera tekak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. sebab dekat Malaysia susah nak dapat kimchi yang sedap.. tak sama yang dekat korea sana :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us